Thursday, 30 June 2022

UDANG MERAH vs IOI

 Semalam pesan durian  dari Syafiq Durian @ Bukit Belimbing.

Nak pesan daripada 
WAK LAN  warisan petani......macam jauh naw..Kalau dekat-dekat dah redah cari dusun dia dah...hihihi...

Dia cakap dia dah simpankan durian udang  merah dan ioi..


Suruh dia buka siap-siap.Ni gadis yang dok buka durian dengan tangkas ni baru umur 16 tahun ni..
Laju tangan dia mengopek durian yang berduri tu..Sap sup sap...siap sebekas.


Ni saya punya ...
Katanya ada udang merah dan ada ioi..

Saya tak tau mana udang merah


Yang saya tau saya suka kalau isinya kuning.

Kata penjual tu yang kuning lembut tu ioi.
Yang kuning keorenan tu udang merah.
Wallahua'lam
Saya bukan kenal durian...!🤭

Ni mungkin gred D..E...@ F dah kot sebab isinya tak la seksi sangat.

Banyak macam isi dah terlalu ranum.Tapi tampuk buah masih elok belum pecah.Kata penjual tu buah baru ambil dari Muar  pagi tadi.Wallahua'lam..
Saya buka tau pun..


Ni yang oren sikit ni udang merah .Yang kuning lembut tu ioi.

Yang isi masih sempurna tak benyek,saya dah asingkan 1 bekas polisterin tu dan dah siap frozen untuk tuan tanah kedaung yang akan balik KL minggu depan .

Bila bgtau dah simpan durian untuk dia..kemain suka dia...

10 comments:

  1. Saya tak pernah jumpa durian merah. Kelmarin ada kawan cerita pernah sekali makan durian udang merah. Katanya, durian paling sedap pernah dia rasa. Katanyalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak saya pula kata Musang King la paling sedap(dah la harga fir'aun)🤣
      Saya pula macam sedap ioi la..🤭
      Tapi ramai kata Udang Merah sedap..
      Makanya sebab itu kot durian ada banyak klon..Sebab sedap itu subjektif

      Delete
  2. Kedua-dua jenis durian ni, saya tak pernah makan. Tapi cantik, isinya kuning. Biasa makan durian kampung je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun suka durian kampung sebab lebih manis berbanding durian klon yang lebih lemak.Tapi semua durian ada keistimewaan dan peminatnya kan..termasuk durian belanda🤣

      Delete
  3. Ahnaff tak berapa suka udang merah. Dia kate pahit, xsedap 🤣. Xsedap sudah. Biar mami je yg mkn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun perasan durian udang merah ada rasa pahit-pahit tu..
      Hahaha....mami juga yang untung

      Delete
  4. alahai sedapnya kak, dana pun tak kenal jenis durian yang tahu dana paling suka yang pahit2...nikmat sungguh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau macam tu dana boleh la pilih durian udang merah sebab ramai kata durian tu pahit-pahit sikit dan saya pun rasa macam tu jugak

      Delete
  5. Mesti tuan tanah kedaung tak sabar nak balik KL.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...
      Kena umpan durian terus menangkap🤭

      Delete