Monday, 20 June 2022

MEMENUHI JEMPUTAN KE RUMAH KAK MANJA


Semalam ke rumah Kak Manja memnuhi jemputan di Kampung Tok Dagang,Seremban.

Pergi bersama Kak Mus.Ikut hiway LEKAS dalam 1jam++.

Saya belum pernah sampai Kampung Tok Dagang.Hanya berbekal Kak Mus cakap dia tau nak ke LEKAS.Saya pun drive la slow-slow...Selebihnya cuba waze walaupun saya memang tak pandai guna waze.Saya hanya tahu guna signboard🙈🙈
Alhamdulillah,sampai juga akhirnya setelah melepasi 3 toll..!!


Sampai dalam pukul 2 petang & memang sengaja kosongkan perut sebab dah boleh agak hidangan  kenduri @ Negeri 9 memang sedap-sedap.Minumannya pun sedap.Saya rasa macam kordial mangga Sunquick tapi ditambah air soda menjadikan rasanya sedap pada tekak saya.Boleh tiru ni.

Ambil sesenduk nasi.Tapi lauk penuh pinggan..hihihi
Ada kari daging,masak lemak cili api daging salai,pajeri nanas dan juga fillet ikan goreng 
Masya Allah sedap- sedap semuanya.

Kuih pun sedap-sedap.Paling saya suka seri muka durian dan wajik.Wajik dia nampak berkilat dan tidak keras.Sedap sungguh.
Asalnya saya ambil sikit saja.


Tapi Kak Mus kata dalam piringmya dia terambil banyak.Nak kurangkan segan dia boh dalam piring saya separuh🤣


Sebelum balik sempat berposing jap bersama Kak Manja..Kak Mus..Kak Zam dan 2 anak dara Kak Manja.Ambil aura positif Kak Manja sikit.Kak Manja ibu yang hebat.Semua anak-anaknya cemerlang dalam pendidikan dan sahsiah.Semoga ukhwah kami semua berkekalan hingga ke Jannah.

14 comments:

  1. Wah, berseri-seri, berkilau-kilauan selepas menjamu selera di majlis kenduri.

    ReplyDelete
  2. Anak2 Mak Cella pun tidak kurang cemerlangnya tau. Saya pun kalau ke kenduri, tak lepaskan peluang utk penuhkan pinggan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinn...
      Semoga anak-anak kita dan rakan-rakan semua semua ..Allah kurniakan kecemerlangandunia dan akhirat

      Delete
  3. tengok semua menu nya alahai sedapnya, suka menu kenduri macamni. Bosan kalau asyik nasi minyak dan nasi beriani je heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan....
      lagi2 bila umur dah banyak...selera lebih terarah nasi putih berlauk kampung

      Delete
  4. Dekat ngan rumah SA tu kak..rumah SA sebelah Lekas je...hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada alamatnya boleh singgah lepas ni🤭

      Delete
  5. bestnya lauk pauk kenduri!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...kalau tiap hari makan kenduri pun takpa ni🤣

      Delete
  6. Bestnya mkn lauk kenduri.. mcm2 ada.. 🤗

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la Kak Lin...
      Kalau boleh hari-hari nak makan kenduri🤭

      Delete