Sunday, 12 June 2022

JOM,MAKAN KETUPAT DAUN BULUH

Jom,makan ketupat daun buluh..


Ketupat daun buluh cicah serondeng daging.Raya puasa hari tu tak order pun ketupat daun buluh ni.Balik kali ni 2kali order=  10kg ketupat daun buluh!

Haaaa....qadha terus...🤣


Ni order bawa balik KL ..


Dulu ketupat daun buluh ni kita upah orang buat.Bawa beras pulut sendiri & upah orang kat Kampung Paya Kercut buat.Kalau 20 tahun dulu upahnya hanya RM8.Kita hanya bawa beras pulut yang harganya masa tu baru RM2.50 rasanya kalau tak salah.Sekilo beras pulut dapat menghasilkan -+2.5 kg ketupat.

Beberapa tahun kemudian beras pulut dah naik jadi RM5 dan upah buat ketupat daun buluh juga naik jadi RM12 dan kemudian naik lagi kepada RM15 dan RM18.

Lepas tu,dalam 10 tahun  kebelakangan dah tak upah lagi sebaliknya terus tempah yang dah siap.Masa tu masih dijual secara sekilo beras  pulut.Maksudnya mereka akan buat dan ikat ketupat hasil sekilo pulut tu tanpa mengira berapa biji ketupatnya.Masa ni harganya RM25 sekilo pulut( 2.5kg ketupat)

Kemudian,beberapa tahun kebelakangan ni,sebelum Covid 19..kebanyakan penjual tidak lagi mengira kuantiti pulut sebaliknya mereka menjual mengira berat ketupat yang sudah siap dimasak iaitu sekilo ketupat dengan harga RM 25-RM30.Kadang bukan musim perayaan pun ada jumpa dijual di pasar tani dan tepi pasar ikan dengan harga RM1 untuk sebiji(tanpa serondeng)

Dua minggu lepas saya nampak ada rakan dalam group reunion form 5 dulu share iklan open order ketupat daun buluh ni.Saya tidak begitu yakin dengan iklan tu sebab dalam iklan tu penjualnya masih mengambil tempahan menggunakan sukatan sekilo beras pulut.Saya cuba pm tepi dan tanya.Alhamdulillah,bukan scamer..🤣🤣


Ni yang saya tempah untuk KENDURI KESYUKURAN 6.6.2022

Selain makan dengan serondeng untuk rasa savoury...Boleh cicah dengan susu pekat atau air gula melaka untuk versi manis.Pun sedap...

12 comments:

  1. Tak pernah lagi makan ketupat daun buluh ni. Nampak padat betul pulutnya, mesti teksturnya liut2 gitu. Rasanya sejak dulu2 pun semua benda naik harga setiap tahun, kan. Zaman cucu-cicit kita mudah2an depa tak struggle sgt cari wang, huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul SK...pulut tu padat meliut..tak jumpa perkataan meliut tu sebelum ni...hihihi

      Semoga anak cucu kita Allah mudahkan urusan depa dunia dan akhirat

      Delete
  2. Macam-macam style nak makan ketupat daun buluh y Mama Cella. Saya nak cecah serondeng heheheee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun suka bila cicah serondeng...Tapi sesekali nak juga yang manis melintas di tekak boleh cuba cicah susu..hihihi

      Delete
  3. Nmpk sdp mak cella.. mcm nk je.. 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti sy try tanya kalau depa boleh pos..in sha Allah boleh ja order.Sebelum ni saya order untuk event tempat kerja guna khidmat bas ekspress..Tapi awal pagi kena tunggu kat TBS la

      Delete
  4. wahhhh menariknya.... tak pernah rasa teringinnya nak rasa, kalau dekat sya dah order jugak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la..kalau depa boleh pos,pasti ramai boleh rasa

      Delete
  5. Kalau makan ngn air gula tu rasa mcm makan kuih lopes ke kak.. mcm sedap jeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau lopes tradisional dulu yang bungkus daun pisang 3 segi tu kalau yang isi lopes warna kuning tu memang rasa dia mirip sangat Jaja sebab depa gaul pulut dengan abu chang

      Delete
  6. cuba open order untuk bloggers pulak mamacella..

    ReplyDelete