Wednesday, 8 June 2022

HANTAR CELLA KE SHAHAB PERDANA UNTUK BALIK KE TRENGGANU

Minggu lepas Cella kata dia tengah bz final sem.Tapi dia tetap nak ikut balik kampung sebab dia pun cuti 4 hari hingga Isnin  Cuti Hari Keputraan YDPA.

Dah suruh dia booking flight dari KT ke Alor Setar.Tapi katanya dah seminggu dia servey,tiket memang tengah mahal. Air Asia &Malindo Air...biasanya tak sampai RM100 sehala dah melinjak RM300++ sehala.Tengok MAS lagi la terlipong molot..Lebih RM1k untuk return..Makanya hari Khamis malam Jumaat dia naik bas balik KL dulu.Sabtu pagi bertolak kami 3 beranak + sorang kawan Adah menempuh 11 jam perjalanan.Malam pula anak bujang tu bertolak dengan kawannya menempuh 12 jam perjalanan.


Hari Ahad Cella masih servey tiket flight,kot-kot ada tiket yang masuk akal🤭.Malangnya tetap harga mencecah awan.Nak tak nak booking tiket bas je la sebab Selasa pagi ada test dan face to face class.


Sani Ekspress menjadi pilihan kerana boleh terus sampai depan UniSZA.Kalau tak salah harga tiketnya RM60...


Isnin malam....Haikal offer nak hantar Cella ke Shahab Perdana Alor Setar.TQ Haikal...!

Bas Cella....Sani Ekspress...pukul 9.30 malam.

Pukul 9.33 bas pun sampai..


Sempat lagi nak posing..


Mmm....cucu nenek...
Banyak la pesanan dan amanat nenek.

Kerana booking last minutes dapat seat paling belakang..tingkat bawah pulak tu..

Keelbihan naik bas kat Shahab Perdana ni dapat la hantar hingga tangga bas ...hihihi

9.42 Sani Express pun bergerak meninggalkan Alor Setar . Ini pengalaman pertama Cella ke Trengganu dari Kedah.

Nasib baik sekarang ada apps ni..Boleh la sentiasa pantau perjalanan dia  tanpa perlu call.
Alhamdulillah pukul 6.46  Cella selamat tiba di depan McD depan UniSZA tempat "mendarat" Sani Ekspres..Lebih kurang 9 jam juga perjalanan dari Alor Setar ke Trengganu..

14 comments:

  1. Semoga dipermudahkan urusan pengajian cella di sana

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, Selamat kembali ke kuliah, Tuan Tanah Kedaung. Sebak pulak tengok nenek ngan cucu tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih SK..
      Neneknya lagi la ..nak melepaskan cucu naik bas sengsorang dari AS..dia macam nak ikut sekali ja🤣

      Delete
  3. Rindunye dengan shahab perdana tuuuu.. dengan cella pun rindu jugak..nk baca celoteh dia 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mai la Jaja ..sesekali bawa Ahnaff & Sofea menjejak kenangan lalu mami dia

      Delete
  4. bagus sani ni sebab dia bas dia canggih sikit boleh pantau online gitu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bas Sani memang jadi pulihan dak dak UniSZA sebab ada mini stesen dia depan kampus tu..App tu Cella kata kita yang kena install..live location

      Delete
  5. Alhamdulillah selamat sampai sudah. Rindu pula celoteh dia dlm blog ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      Doakan dia ambil balik blog ni lepas ni🤭

      Delete
  6. tulah adakala teknologi boleh legakan kerunsingan...kalau tak tu puaslah teragak-agak dah sampai ke belumn...kat mana agaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Ammi .
      Kalau tak ..dulu tu sejam sekali nak call update..kita sebagai mak memang risau.sekrang boleh la pantau online

      Delete
  7. Mak ai 9 jam... Tidur jew ler nampak nyer😴😴

    ReplyDelete
  8. Agaknya kalau dania sambung belajar nanti SA pun akan hantar dia macam ni jugak kan...mesti sedih..mesti rasa sunyi...

    ReplyDelete