Minggu lepas (sebenarnya dah masuk 2 minggu lepas) masa balik Kedah...rezeki dapat bunga betik yang lebat di tebing tali air tepi rumah Achik..
Saya masak ikut gaya Cikgu Amie dari blognya
BUNGA BETIK TUMIS PEDAS
1 mangkuk bunga betik.
Minyak,garam dan sedikit perasa.
Bahan Tumbuk:
10 cili padi.
5 bawang merah.
5 bawang putih.
1 genggam bilis
1 ketul kecil kunyit( saya tambah supaya warna lebih segar)
1. Celur bunga betik dan tapiskan.
2. Panaskan 3 sudu minyak dan tumis bahan tumbuk hingga harum.
3. Masukkan bunga betik celur dan bahan perasa( saya guna secubit kiub pati ikan bilis)
4. Kacau rata dan sesuaikan rasa.Siap
**masa saya tengah taip resipi ni,En Solan menjenguk screen handphone saya & dia tanya " hantar resipi kepada siapa?"
ðŸ¤ðŸ¤ðŸ¤ðŸ¤
Saya hanya gandingkan dengan lauk kontroversi ni sahaja ..Ayam kan menjadi kontroversi sekarang ni kan.
Katanya lepas ni nak dinaikkan RM15 sekilo.
Huhuhu
Sy kalau sayur kampung mcm ni cepat ja telioq haha ...
ReplyDeleteEntahlah MC, serba-serbi mahai la 😬
Makanan nostalgia kita kan kalau lauk2 kampung .Tapi bunga betik ni sedap betul la PH
DeleteTak pernah masak bunga berik. Menarik ni. Nanti boleh Cuba.
ReplyDeleteTerima kasih kerana berkongsi.
Cuba la fizalinolie..
DeleteSaya rasa sedap sangat sebab sebelum ni dok masak saya tak rebus dulu.Bila rebus dulu rasa dia lebih sedap
wahhhh blh mkn rupanya bnga betik!
ReplyDeleteBoleh ezy.fia
DeleteBunga,pucuk,dan buahnya.
Saya tengok kat youtube,di Indonesia batang betik yang masih muda(dekat pucuknya) pun dijadikan ulaman mentah.Nampa sedap betul dorang kunyah rangup.
Dulu saya tak tahu bunga betik boleh dibuat sayur. Dah kawin baru tahu. Keluarga Encik Suami suka masak bunga dan pucuknya sekali. Sekarang kalau nak makan lauk bunga betik, Encik Suami minta dari pekerjanya yang rajin tanam pokok betik. Kalau ada pokok jantan, memang selalulah dapat bunga betik. Sejak berumur ni, saya suka makan yang pahit2 Heheee.
ReplyDeleteTu la..banyak dapat ilmu masakan dari blog cikgu terutama masakan Sabah dan Cocos..Lepas ni kalau ada bunga betik lagi nak try lodeh Cocos la...
DeleteXprnh terbayang bunga betik tu bole dimasak.. 🤗
ReplyDeletebuat kerabu sedappp.... mak selalu buat ma kita kecik kecik dulu..alahai sekarang susah nak jumpa pucuk dan bunga betik
ReplyDelete