Saturday, 11 June 2022

KENDURI KESYUKURAN 6.6.2022- HARI KEPUTRAAN YDPA

Buat kenduri kesyukuran pada 6.6.2022 bersamaaan Hari Keputraan YDPA.



Plan asal bersama mak,Achik dan Pakchik,kami nak buat kenduri kecil-kecilan makan dalam rumah saja.



Tapi lepas dicongak-congak macam tak selesa pula nak hidang dalam rumah.Nanti tertumpah kuah la..Minuman ais pula meleleh basah lantai la pulak nanti.Bersempit-sempit pula nak bersila


Achik yang urus untuk  tambah kerusi meja.Depa banyak contact..Saya tak tak tau.Malam depa datang hantar kerusi meja.


Malam-malam Haikal,Cella & Achik dok menyusun meja kat porch.

Nasib baik Haikal tengah cuti.Kebanyakan yang lain  juga cuti berkembar sempena keputraan YDPA.

Cella pun rezeki dapat balik sebab cuti YDPA jugak.Tu yang malam tu lepas kenduri teru balik Trengganu.Adah & Nurul balik KL esok paginya subuh-subuh lagi sebab dah kerja.

Kita rancang nak buat doa selamat dalam rumah saja..Tapi takdirnya jadi mini kenduri juga.Nasib baik porch ni besar juga boleh menampung  meja hidangan dan meja makan  bulat besar tu.


Niat asal nak makan dalam rumah saja.Nak jemput sedara mara yang dekat-dekat saja sebab nak buat makan-makan kecil kecilan saja


Tapi akhirnya jadi kenduri jemput setaman.Kata mak ajak jiran-jiran  sebagai  kenduri naik rumah jugak la sebab sejak masuk rumah ni 2017 tak buat kenduri lagi.


Mula cadangan asal nak makan nasi putih gulai ikan,ayam goreng dan sambal belacan saja.

Tapi last minutes jadi nasi tomato pula sebab kedai gulai ikan temenung tu tak boleh masak.

Jadilah menunya nasi tomato lauk ayam masak merah..
Dah macam kenduri kahwin pulak🤭🤣

Daging Masak Hitam

Dalca Sayur

Acar Timun

Pastu Achik order Lamsam

Laksa pun ada

Pakcik order 100 pcs Karipap Sedap..Besar-besar karipapnya..sedap pulak tu..sesuai namanya


Pakcik juga order 100 pcs Lepat Bunga Cicar

Achik tambah lagi pesanan Pulut Sekaya @ Seri Muka..

Achik order 4 loyang =248 pcs.Memang banyak kan...Tapi lepas tu dipack & bagi jiran-jiran dan sedara mara bawa balik.

Ketupat Daun Buluh pun ada .

Serondeng Daging untuk makn dengan ketupat daun buluh


Minuman Sejuk hanya Air Oren.

Tapi saya tambah pula buat Cocktail Buah Naga..Takda pula dalam pic..


Achik pun masak bubur jagung 2 flask besar  sebagai pencuci mulut Pun tak dak pulak gambarnya .Hanya ada video Achik tengah masak.


Sebahagian menu untuk makan-makan pada cuti Hari Keputraan YDPD baru ni.
Terima kasih Achik dan Pakcik yang banyak menyumbang tenaga dan wang ringgit. Alhamdulillah,Allah mudahkan urusan.


11 comments:

  1. Ini bukan kecil-kecilan dah MC, besar-besaran ni :) Juadah pun pelbagai, alhamdulillah rezeki dikongsi bersama. Ketupat daun buluh & lepat bunga cica sy belum pernah rasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ...
      Ketupat daun buluh tu famous kat belah Pendang PH..
      Lepat bunga chicar pun..

      Delete
  2. Wahhhh... Dah macam open house lepas raya ni, syukur semuanya dipermudahkan dan rezeki melimpah ruah buat tetamu dan tentunya untuk tuan rumah, sedekah yg dibawa pahalanya hingga ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinn...
      Tu la kalau tau SK bercuti di Penang...ajak jugak2 dah mai jamuan ni😁

      Delete
  3. Meriahnya! Pelbagai menu dihidang. Rasa nak selit sekali di situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..
      Mai la Cikgu Amie...saya tunggu

      Delete
    2. Tunggu ya Mama Cella. Saya nak banyakkan zikir dulu heheheee.

      Delete
    3. hahaha...in sha Allah ada rezekinya...

      Delete
  4. Replies
    1. Alhamdulillah..
      Agak ramai jugaklah menunya...hihihi

      Delete
  5. Ni dah macam kenduri doa selamat..alhamdulillah ramai yang datang kan...memang kebiasaaan kalau berlebih makanan akan di pack dan di sedekahkan pada jiran tetangga

    ReplyDelete