Wednesday, 4 December 2019

NASI LEMAK KUNING BUNGKUS SURAT KHABAR

Nasi Lemak Kuning Bungkus Surat Khabar
Antara makanan yang mak aku selalu masak
Ni makanan nostalgia bukan sahaja nostalgia untuk mak kau
Tapi dah jadi makanan nostalgia untuk aku juga


Ni mak aku masak semalam hari Isnin
Kalau masak Nasi Lemak Kuning ni
Wajib mak aku akan  ungkus guna surat khabar
Baru feel nak makan
Ksalu bungkus dalam kertas minyak nasilemak tu lain rasa dia
Tak sesedap bungkus surat khabar
Tapi bukan letak terus atas surat khabar
kena la alas plastik dulu
Mak aku kata dolu-dolu kalau beli mee goreng ke,nasi campur ke,
Semua guna surat khabar macam ni
Waaaaa...cam best la
Sekarang ni surat khabar tu dah susah nak dapat
Utusan & Kosmo pun dah tutup
Yang ada nampak kat 7E tu just Metro & Berita Harian jer



Ni mak aku kata nasi lemak versi Kedah lama
Nasi Lemak Kedah versi lama mak aku cakap memang macam ni
Warna kuning,
Hanya ada sambal bilis & telur
xde timun bagai
Kalau Kedah baru
Nasi lemak putih biasa tu
Itu mak aku cakap kalau dolu-dolu kat Kedah dipanggil NAsi Santan
Nak tahu cerita yang panjang pasal Nasi Lemak Kuning ni leh tengok NASI LEMAK KUNING UNGKUS SURAT KHABAR ...kat sini...



Paling feel makan bila buka jer bungkusan nasi lemak kuning ni
Bau dia..
Pergh
Harummmmmm

Mak aku kata rempah ratus ni yang buat bau dia harum


NASI LEMAK KUNING KEDAH..cara mak aku
3cawan beras( sebaikknya beras jenis nasinya lerai)
3 cawan air( ikut jenis beras)
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula( opsyen)
1sudu teh serbuk kunyit( yang ni guna pewarna kuningvtelur star brand 1/2 sudu)
1 daun pandan simpul
2 sudu minyak+ 1 sudu merjerin

Bahan Tumis:
2 biji bawang merah keecil- hiris
2 ulasa bawang putih- hiris
1 batang kulit kayu manis ( anggaran 3cm)
5 biji buah pelaga
2 kuntun bunga lawang
10 bunga cengkih
1/2 sudu besar lada hitam biji
1 helai pandan digunting2

1. Panaskan minyak+ marjerin dan tumiskan bahan tumis hingga harum
2. Masukkan 3 cawan air( ikut beras). Kalau nak cepat..masukkan air panas baru mendidih
3. Tuang kan dalam rice cooker dan biar mendidih semula.Tambah garam,gula dan pewarna kuning
4. Semantara tu basuh beras dan toskan.
5. Bila air tumis dalam rice cooker dah mendidih baru masukkan beras dan pandan simpul..
6. Tanak hingga masak dan lerai2kan nasi semasa masih panas supaya terlerai cantik


Ni mak aku buatkan 9 bungkus
TApi saiz L la
Ada yang saiz XL
Asalnya ak aku cakap untuk abang bawa bekal
Tapi abang x nak bawa plak
Abang kata xnak bekal nasi plak
Nak diet..hahahah
Abang kata nanti kat tempat training abang nak makan roti bakar jer
So...3 yang depan ni mak aku bawa bagi kat security perumahan kitorang ni
Lagi 3 mak aku bawa bekal nak makan ngan chik Yati & chik ruby
Lagi 3 bungkus mak aku tinggalkan untuk aku
Sebab aku x nak ikut mak aku hari ISnin
Nak kemas rumah

No comments:

Post a Comment