Friday, 27 December 2019

MEE KERING GORENG SAMPAI MALAM

Semalam agak kecoh dengan GERHANA MATAHARI 2019....
Kerana tulis entri tu juga pageview  blog ni yang  setiap hari 5k++ mencanak jadi hampir 3x ganda
Tak perasan pun
Cuma bila buka nak update pasal scone
Tengok-tengok pageview dah lebih 13k
Maksudnya ramai la rakyat Malaysia yang alert dengan sesuatu peristiwa
Tambah lak fenomena Gerhana Matahari bukan selallu berlaku
Actually bila baca Gerhana Matahari dari sudut agama memang  kecut perut
Ia bukan fenomena biasa
Tetapi lebih kepada peringatan hampirnya kiamat
Takutttt

Mee Kering Goreng Sampai Malam
Kisahnya Mee ini untuk breakfast & bekal abang
Tapi jadi menu makna malam
Sebabny dah xde sapa makan
Mak aku panaskan & paksa semua makn  mee ni sebagai dinner🤭

Mee ni hanya abang yang bawa bekal
Pastu xde sapa makan
Mak aku makan kat luar ngan mak Zamir
Kakak lunch kat luar juga gi jumpa kak Nurul baru balik exchange student dari Acheh
Asalnya aku nak makan
Tapi lepas minum tealive yang abang beli malam tu rasa kenyang
Kuarkan semua kain baju mak aku dari almari
Ingat nak pilih-pilih mana yang patut simpan
Mana yang dah patut buang
Sebab dah hujung tahun kan
Bilik aku dah settle dah aku pilih & buang sebelum kakak balik dari Kedah
Ssgala barang2 Uitm kakak & baju-baju lama kakak aku dah masuk plastik hjtam & abang dah buang berlori-lori
Dah cerah bilik & almari pakaian bilik aku
Cadar pun aku beli baru ikut taste aku warna grey
Elok siap kemas bilik & pasang cadar baru
Kakak pun balik dari Kedah
Elok jer la bilil berkemas bersih menyambut kakak balik
Hmmmm.... Nasib badan aku hanya jd tukang kemas
Minggu ni plan nak pilih & asingkan baju2 dalam almari bilik mak aku plak
Eloknya kena buat masa mak aku xde kat rumah
Kalau mak aku ada semua mak aku x kasi buang
So, aku dah plan nak kemaskan masa mak aku xde...
Senang skit aku nak masuk plastik hitam & susun ssmula baju-baju untuk tahun 2020
Kalau ada yang tetiba mak aku cari & aku dah buang, aku akan cakap la x tahu
Hahahaha

Tapi semalam belum sempat kemas habis mak aku dah balik
Mmmm... Terhenti separuh jalan
Mak aku tanya naper x makan mee ni
Aku cakap x sempat nak makan


MEE KERING GORENG
10 keping mee kering
2 keping dada ayam -hiris  gaul sikit garam
4 sudu minyak masak
4 sudu kicap manis
4 bawang putih - cincang
1 cawan kobis hiris
1 batang carrot -hiris halus
1 kiub ayam
Daun sup dan daun bawang
Limau/lemon hiris

Bahan Blend:
10 cili kering- gunting & rendam air panas
1 bawang besar

1. Rendam mee kering dalam air panas lebih kurang 5 minit sahaja..Tapis
2. Panas minyak dan tumis bawang putih hingga harum
3. Masukkan isi ayam & goreng hingga masak & sedikit garing
4. Masukkan bahan blend dan masak hingga naik minyak
5. Tambah sikit garam dan kiub ayam.
6. Masukkan pula mee yang sudah dicelur  dan ditapis
7. Tambah sayur-sayuuran
8. Gaul sebati sambil direnjiskan kicap manis.
9. Sesuaikan rasa dan tutup api..
10. Masukkan daun sup daun bawang..

11. Perah limau sebelum makan..

Pukul 5 camtu kakak pun balik
Pukul 7 abang la balik
Mak aku cakap ssmua kena makan mee ni jer untuk dinner
Mak aku panaskan mee
Goreng Telur Mata
Buatkan air panas
Sedap la plak
Makan panas2 ngan nescaffe caremel latte
Dengan hujan-bujan tengah sejuk kat luar sana

Selepas fenomena Gaerhana Matahari sejak pukul 11 lebih hingga pukul 3 lebih
Langit mula mendung
Ni masa snap pic ni pukul 5.30 petang
Hujan dah mula turun sampai ke malam


4 comments:

  1. Salam Kita mendung seharian Dan hujan seharian berhari Hari.
    Berani awak buang barang personal orang lain.baju Baju Dan barang Tu mungkin nostalgia...kotbkot Baju Tu brand Mahal Mahal dia nak pakai awak buang?
    Awak buang Baju kakak awak Dan benda benda time belajar uitm?
    Baju baju mak kot kot dia punya Baju favourite ...yg dia Rasa selesa Dan confident pakai untuk Hari meeting etc...kot kot awak buang?

    Kalau orang lain mahu gaduh Besar..

    🤭🤭🙅🤥

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi..
      Buang jer
      Kalau tanya nanti banyak la yang x boleh buang🤣
      Macam kakak tu kalau tanya semua nak guna lagi...
      Tapi dah bertahun dalam tong tu x guna pun.. 🤭

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Wow shocking.. 😣🙊🙊🙊🙈🙉

    ReplyDelete