Bekal hari Jumaat
Heee..... Cam biasa la cuti sekolah aku banyak ikut mak aku jer
Bored dok umah..
Pasni nk cari kerja la
Takkan nak melangut 3 bulan oo nk tunggu result..
Dulu abang tunggu result kerja KFC
Kakak tunggu result kerja Petronas
Aku.?
Mmm... nak cari kerja la ni...
Heeee
Pagi Jumaat mak masak vermicellai Olio ni
Heee pasta jugak pun
Selalu spaghetti olio
Ni vermicelli olo
Rasa sama jer
Tapi size dia kecik skit
Tapi bukan la sehalus angel hair...
Selama ni aku ingatkan kalau masakan pasta semua dari Italy
Rupanya bukan semua..
2 hari lrpas tengok chanel 511
Mati2 selama ni ingatkan Spaghetti Bolognese tu dari Italy
Rupanya cheff tu cakap kalau cari Bolognese kat Italy memang xde...
Sebab Bolognese tu asal dari British
Laaaaa.... ingatkan asal masakan pasta jer mesti la Italy...
Mmmm..betul la cakap cikgu
Semakin kita belajar
Semakin kita tahu yang kita tak tahu
Kalau x belajar kita tak tahu yg banyak lagi ilmu yang kita ni x tahu
Sebab manusia ada beberapa golongan
Ada yang dia tahu yang dia tahu
Ada yang tahu yang dia tak tahu
Ada tang tak tahu yang dia tahu
Paling sedih ada yang tak tahu yang dia tak tahu
Sebab dia ingat dia tahu..
Kesiannnnn.......!
VERMICELLI OLIO
1 paket spaghetti /vermicelli rebus 10 minit
1 dada ayam-potong
1 sudu teh garam
1 kiub ayam
1 bawang holand-cincang
5 bawang putih - cincang
1 lada merah besar-dadu kecil
1/2 capsicum hijau-dadu kecul
1/2 broccoli- hiris & dicelur 2 minit
1 pokok daun pasly-cincang
1 sudu besar lada hitam-basuh/keringkan&tumbuk kasar
1 sudu besar chilly flakes
4 sudu minyak
1 paket spaghetti /vermicelli rebus 10 minit
1 dada ayam-potong
1 sudu teh garam
1 kiub ayam
1 bawang holand-cincang
5 bawang putih - cincang
1 lada merah besar-dadu kecil
1/2 capsicum hijau-dadu kecul
1/2 broccoli- hiris & dicelur 2 minit
1 pokok daun pasly-cincang
1 sudu besar lada hitam-basuh/keringkan&tumbuk kasar
1 sudu besar chilly flakes
4 sudu minyak
1. Panaskan minyak & tumis bawang holland & bawang putih
2..Masukkan ayam & sikit air hingga ayam masak. Sambil tu rebus pasta
3.Masukkan garam,kiub ayam kedalam tumisan
4.Terus masukkan pasta yang sudah direbus, broccoli rebus, cili & gaul rata
5. Taburkan lada hitam tumbuk & gaul rata
6. Tabur chilly flakes & gaul lagi
7.Sesuaikan rasa & tabur pasly cincang
2..Masukkan ayam & sikit air hingga ayam masak. Sambil tu rebus pasta
3.Masukkan garam,kiub ayam kedalam tumisan
4.Terus masukkan pasta yang sudah direbus, broccoli rebus, cili & gaul rata
5. Taburkan lada hitam tumbuk & gaul rata
6. Tabur chilly flakes & gaul lagi
7.Sesuaikan rasa & tabur pasly cincang
Haaaaa... Ni la bekal hari Jumaat
Vermicelli Olio tu
Ada 5 bungkus
1 abang bawa bekal
Dengar abang citer kat mak aku makanan kat cafe tempat baru ni mahal..
Dah la ada break 2x..
Tea break & lunch
So... abang kata nak bawa bekal..
Abang kata susah nak bajet..
Tak berani amik ayam
Nasi putih ngan telur pun abang kata dah rm5. 50..
Kalau ayam mesti 7@8 ringgit
Abang kata minum pun air kosong jer sebab kena bajet sebab 3 bulan ni training x dapat gaji. Hanya dapat allowance
Haaa... harap2 pasni abang slim la...
Hahahahaha...
4 lagi bekal aku ngan mak aku
1 untuk mak aku
1 untuk aku
2 lagi mak aku cakap untuk achik cleaner yang tengah tolong mak aku kemaskan bilik kerja...
Tahun lepas time aku cuti sekolah camni kalau ikut mak akub... selalu bawa bekal dalam mangkuk tingkat...
MANGKUK TINGKAT BERISI BEKAL... kat sini...
MANGKUK TINGKAT 2..kat sini....
BEKAL MANGKUK TINGKAT 3..kat sini
Haaa.... ingat dah habis sekolah dah xde bekal..
Eh, aku dah habis sekolah la...
TidakkkkkkkkkkkkkkðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
Pergi la kerja Dan belajar memandu...
ReplyDeleteDan bali lepak kat kg...
In sha Allah memang nk kerja...
DeleteLesen pun nak 😅😅😅
Doakan kiter dapat dua2 tu.. Hee