Friday, 20 December 2019

BATANG JORAN PANCING TRADISIONAL DARIPADA PELEPAH SALAK

Balik dari kenduri  nenek ajak balik kampung....
Achik layannn jer terus drive balik kampung..
Visi utama nak amik pelepah Pokok Salak
Nak buat batang pancing..
Batang pancing tu nenek call fishing rod
Hahahaha
Kalau dalam bahasa Rusia dipanggil Joran..
Kikikiki

Pokok salak yang masih muda
Belum berbuah
Banyak jer pokok salak besar yang pelepahnya besar dan panjang  kat kampung nenek
Tapi mak aku kata kena amik pelepah salak muda sebab nak pelepah pendek jer
Coz nanti nak masukan dalam kereta.
Kalau panjang sangat x muat nak masuk kereta

Pelepah salak tu memang dah bentuk cantik semulajadi macam joran
Ringan panjang & runcing hujungnya
Memang sebijik bentuk joran a.k.a fishing rod

Tapi pelepah salak banyak duri
Kena hati2 buang semua duri & daun2nya

Durinya tajam..
Tengok pjang guna parang jer buang duri & daun salak

Ni la fishing rod pelepah pokok salak tu selepas dah dibuang duri & daunnya

5 batang joran pelapah salak
Tapi belum boleh mancing
Kena pasang tali & mata kail dulu
Kena letak pelampung
Pasang umpan
Baru boleh memancing

Ni mata kail
Mcam huruf ل
3 bentuk mata kail
Semua ada 5 sebab joran ada 5
Nenek yang akan pasang
Yang lain semua x reti nak pasang
Heeeee

Ni pelampung..
3 biji pelampung sebab 2 dah siap ikat pada joran lain
1 joran akan guna 1 pelampung sahaja
Pelampung ni nenek ikat agak-agak 2 jengkal dari paras mata kail
Tujuannya supaya senang nak detect ikan dah makan umpan..
Jika ikan dah makan umpan, kkan akan tarik & pelampung akan tenggelam
So.. if dah nampak pelampung tenggelam cepat-cepat angkat joran supaya molot okan lekat pada mata kail
Selagi pelampung ni masih timbul..
Ko sabar jer lah...
Hahahaha
Aku pun 1st day mancing memang x dapat ikan..
Jeles jer tengok Aqil.. mak aku & achik menaikkan ikan puyu haruan bagai
Baru aku tahu memancing memang kena banyak sabar..
Tak boleh give up
Masuk 2nd day..
Haaaa... Nanti sambung lepas ni..

Aqil tengah pilih nak pelampung oren
Haaaa if boleh dengar suara Aqil..
Jangan buat muka peliks
Walaupun Aqil ni Kedah pure
Tapi dia memang speaking KL
Tak tau pasai pa lidah dia memang peliks kalau speaking Kedah
So.. dia memang cakap KL
Abang dia Haikal pun sama
Kalau cakap bahasa Kedah akan bunyi kepelikan
Tapi xyah pelik sangat coz abah depa a.k.a my pakcik tu orang Pahang.


This is umpan cengkerik
Cengkerik yang bunyi malam2 tu
Krik...krik..krik🐜🐜🐜


1st time memang geli
Masuk beberapa times(🤣🤣)
Dah berani pasang umpan sendiri

Jom cari port kat sungai
Ops.. Actually ni tali air..
Taliair ni saliran air untuk sawah padi
Banyak ikan wooooo
Tengok la kalau nampak air bekocak bentuk bulatan tu maknanya ikan sedang bermain la tew...

Memancing pakai kebaya wei..
Sopan kan..??
Hahaha..
Actually ceritanya sebab lepas balik kenduri kannnn


Aqil & Achik pun memancing
Kakak.. aku & mak aku juga sorang 1 pancing
Ops... Macam mana boleh lupa nak amik 6 batang joran supaya haikal dapat memancing juga
Aduhhhh🙉🙉🙉
Sorry la Haikal...
I dah pandai pasang umpan


Mak aku dah dapat ikan puyu
Jelez weii


Pic by mak aku dari seberang tali air
Kalau mak aku snap kena redho jer lah pic blur

Aku pancing seberang sana ngan Aqil
Mak aku ngan Achik pancing seberang sini
Camana nak menyeberang sungai tu?
Alaaaa... Apa susah.. ikut lah dalam cerita Sang Kancil Dengan Buaya..
Suruh la buaya beratur dalam sungai tu
🐊🐊🐊🐊
Cakap la Raja Sulaiman suruh kira sebab nak kasi makan.. 🤣🤣
Ops... molot jangan celupar🤭🤭🤭


Hasil pertama Aqil..
Ikan puyu..



Aqil menjerit dapat ikan haruan besar
Aduhhhhh..
Tercabar aku..
Huwaaaaaaaa😭😭
Nk ikan jugakkkk🐟🦈🐠



Aqil dapat lagi ikan haruan.
Aku tumpang tengok jer lah🤭


Kat langit burung-burung dah terbang pulang
Menandakan hampir senja
Jom balik...
Kejap lagi maghrib
Huhuhu tak puas mancing sskejapan sangat
Sebab lepas balik kenduri balik lak kampung
Pastu gerak balik rumah Achik
Tunggu lak nenek siapkan mata kail untuk semua.
So.. Pancing sekejap dah senja
Achik kata esok kita sambung


Ni siput sawah
Mak aku amik pelepah kelapa ni dalam tali air tu
Ada siput lekat
Aku kutip dapat banyak
Bawa balik
Mak aku cakap boleh makan macam siput awdut
Tapi kema rendam beberapa hari untuk buang lumut yang melekat pada shell siput tu
Huh best hari ni walau aku x dapat ikan
Tapi aku dapat siput

Hasil pancingan Aqil.. achik & mak aku
Aku ngan kakak x dapat sebab sekejap sangat memancing & sebab utamanya keranan x sabar.. Cepat give up
Mak aku dapat 2 ekor puyu
Achik dapat 1puyu 1 haruan kecik
Aqil..???
Aqil dapat 1 puyu & 3 haruan besar-besar tu..


Huh... excited giler Aqil..
Senyum sampai xleh tutup molot😄
Dia punya cerita kat abah dia..
Sampai meleleh air liur.. 🤣
Takpe..
Esok nak datang awal skit & harap-harap dapat la ikan keli
Aku suka ikan keli

I pun berani pegang ikan haruan tau..
(setelah action & cut 3gulung film) 🤭🤭🤭



Bukan senang tau nak pegang ikan haruan ni
Molot dia luas ngalah molot makcik bawang
Gigi dia tajam macam shark jaws tau
Hahaha


Achik share kat Family group whatsApp
Ikan dah siap bersihkan nak masak untuk Aqil

Wahhhh.. Malamnya Aqil makan  lauk ikan hasil memancing la..
Suka tul Aqil cerita pada nenek..
Hahaha.. Nenek pun xnak mengalah
Maklumlah nenek pun setiap hari memancing
Tapi nenek memancing kat sungai besar & nenek hanya pancing ikan lampam sungai
Nenek xnak joint  mancing ngan kitorang yang amatur ni🤭🤭
Nenek kata ikan  lampam sungai lagi besar & senang nak siang.
Batang joran nenak pun pancing aluminium yang dibeli d boleh dilaras panjang pendeknya..
Bukan macam Batang Joran Pelepah Salak ni.. 🤣🤣


3 comments:

  1. ikan puyu pun montel macm aqil

    ReplyDelete
    Replies
    1. 🤭🤭
      Tunggu Aqil habis swkolah rendah. Dapat asrama nanti kuwus la Aqil. Coz kaqan kitwr yang dok asrama semua dah slim. Sebab makan hanya 3x😅

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete