Monday, 2 December 2019

SUHUN GORENG vs SAMBAL KICAP CUKA

Ish dah semingu sekolah cuti
Aku baru masuk hari me 4 cuti coz lasfay hari Rabu
Cuti sekolah kali ni lain macam berdebar
Setiap tahun cuti sekolah la paling seronok..
Tapi tahun ni rasa sayu & lain macam
Jika sebelum ni cuti sekolah ganya sebulan setengah jer
Pastu masuk new year semangat baru nak gi sekolah
Tapi kali ni cuti sekolah adalah cuti yang panjang..
Lebih 3 bulan..
Cuti sampai Mac kot...
Lepas tu baru gi  sekolah...
Eh, sekolah ke...?
Pergi satu harii je. sekejap jer kan
Nak amik result
Huwaaaaaaaaa....
Tidakkkkkkkkk....
Aku nak gi sekolah...
Huhuhu...


Pagi Ahad mak aku masak Suhun Goreng untuk breakfast
Mak aku juga masak Pisang Goreng..
Sejak Khamis, Jumaat, Sabtu ikut mak aku
Hari Ahad jer baru dok umah
So.. Tak la terasa lagi mud cuti tu



Sarapan berdua juga ngan mak aku
Abang kuar sarapan kat luar ngan kawan
Mmm... Mak aku cakap biarlah abang baru nk rasa cuti weekend
Sebelum ni abang asyik kerja ikut shif
Abang kata baru nak rasa ada life
Hahaha...


SUHUN GORENG
2 cekak suhun
1/2 batang carrot - hiris halus
2 cekak glass noodle kering- suhun
1/2 batang carrot - hiris jejari
1 pokok daun bawang + daun sup
1 keping kecil dada ayam - hiris jalur
1 batang sosej - potong jejari
1/2 bawang holland - cincang
2 bawang putih cincang
sikt kicap dan sos tiram
1 biji telur
2 sudu minyak
1/4 sudu teh garam
1. Rendam glass noodle dengan air panas beberpa minit dan basuh dengan air sejuk
Toskan
2. Panaskan minyak dan tumis bawang holland dan bawang putih
3. Masukan isi ayam,sosej dan garam
4. Bila isi ayam.masak tambah carrot dan gaul rata dan pecahlan telur.Gaul
5. Masukkan pula glass noodle dan gaul rata.
6. Renjis sos tiram dan sikit kicap.gaul rata
7. Goreng dengan api besar biar ada bau smoke
8. Matikan api dan gaulkan dengan daun bawang
1 pokok daun bawang + daun sup
1 keping kecil dada ayam - hiris jalur
1 batang sosej - potong jejari
1/2 bawang holland - cincang
2 bawang putih cincang
sikt kicap dan sos tiram
1 biji telur
2 sudu minyak
1/4 sudu teh garam

1. Rendam glass noodle dengan air panas beberpa minit dan basuh dengan air sejuk
Toskan
2. Panaskan minyak dan tumis bawang holland dan bawang putih
3. Masukan isi ayam,sosej dan garam
4. Bila isi ayam.masak tambah carrot dan gaul rata dan pecahlan telur.Gaul
5. Masukkan pula glass noodle dan gaul rata.
6. Renjis sos tiram dan sikit kicap.gaul rata
7. Goreng dengan api besar biar ada bau smoke
8. Matikan api dan gaulkan dengan daun bawang

SAMBAL CUKA
5 cili padi merah biris halus
2 sudu kicap manis
1/4 sudu teh garam
1 sudu makan gula
1 sudu makan cuka
*Campur semua & biar 15 minit sebelum makan supaya rasa lebih sedap


Suhun Goreng vs Sambal Kicap Cuka

No comments:

Post a Comment