Thursday, 26 December 2019

GERHANA MATAHARI 26 DIC 2019 - NIAT & CARA SOLAT SUNAT GERHANA A

Info dari media social & TV bagitau akan berlaku Gerhana Matahari pada hari Khamis 26 Disember 2019.Bermula pukul
11.26 pagi hingga 3.17 petang
Dari info dikatakan gehana matahari berbentuk cincin hanya dapat dilihat di sebahagian Johor & Sarawak
Manakala tempat lain di Malaysia termasuk KL hanya akan dapat lihat gerhana separuh.
Info penuh boleh baca sendiri dari http://falakonline.net/semesta/2019/09/informasi-umum-gerhana-matahari-cincin-26-disember-2019/
Kalau tak silap pada 2016/2017 pernah juga berlaku gerhana matahari tetapi tidak sspenuhnya seperti tahun ini.
Masa tu ustaz ajak semua guru & pelajar Islam buat Solat Sunat Kusuf ni kat dewan.

Baru beberapa hari lepas mak aku ada cakap setiap kali hampir penghujung tahun peristiwa Tsunami pada 26 Dic 2004 pasti menjadi ingatan.
Aku x ingat la sebab masa tu kecik lagi
Tapi dari cerita mak aku & dari searh kat internet memang  peritiwa itu sangat dahsyat. Sejak itu mak aku cakap setiap kali hampir Krismas mesti sentiasa beringat takut Allah turunkan lagi bencana.
Macam tahun ni 26 Dis akan berlaku Gerhana Matahari
Bila berlaku sesuatu kejadian ianya menunkukkan keluasaan Allah dalam mentadbir seluruh alam dan isinya.
Sehubungan itu kita sangat digalakkan untuk menunaikan solat sunat kusuf sebagai tanda mengakui kekuasaan Allah t& memohon agar dijauhi dari segala kemungkinan mara bahaya


NIAT & CARA  SOLAT SUNAT KUSUF (GERHANA MATAHARI)
Solat sunat Kusuf secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami'ah!! (Solat berjemaah)
Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari
أُصَلِّى سُنَّةَ الْكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”
Niatnya : "Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta'ala" - (Jika berimam) ataupun "Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Ta'ala" - (Jika solat seorang diri)
Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :
Boleh dilakukan di mana-mana samada di rumah, musolla, surau atau masjid. Walau bagaimanapun yang afdhal ialah masjid yang didirikan Jumaat.
i. Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Matahari :
أُصَلِّى سُنَّةَ الكُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Taala.”
NIAT & CARA SOLAT SUNAKHUSUF(GERHANA BULAN) ii. Lafaz Niat Solat Sunat Gerhana Bulan
أُصَلِّى سُنَّةَ الخُسُوفِ رَكْعَتَينِ للهِ تَعَالَى
Ertinya : “ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala.”
i. Solat gerhana dilakukan sekurang-kurangnya 2 rakaat seperti solat sunat biasa. Ia adalah yang sekurang-kurangnya. Yang akmalnya dilakukan dengan dua kali ruku’ dan 2 kali qiyam, pada tiap-tiap satu rakaat dengan tidak dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.

ii. Yang terlebih akmal ialah dengan 2 rakaat, dengan 2 ruku dan qiyam bagi tiap-tiap satu rakaat dengan dipanjangkan bacaan pada kedua-dua rakaat.
Panduan lengkap boleh sama-sama rujuk di
e-khutbah.terengganu.gov.my › ...PDF panduan solat sunat gerhana bulan / matahari - e-khutbah Terengganu

**Semoga kita semua dilindungi Allah dari segala mara bahaya & azab api neraka
امين





No comments:

Post a Comment