Tuesday, 17 December 2019

LAKSA TELUK KECHAI - APA YANG ISTIMEWA?

Cerita hari Isnin..
Cuti ni itinerary memang penuh..
Isnin - Rabu  = Pangkor
Rabu - Khamis = Cameron
Jumaat - Pasar Kemboja
Sabtu - Pekan Nat
Ahad - Konvo abang
Isnin - JPJ & Teluk Kechai
Selasa & over = lepas ni story menyusul

Ni dah masuk cerita hari Isnin..
Pagi gi JPJ Alor Setar nak buat lesen kakak
Gi ngan Achik.. mak aku.. aku.. kakak & Aqil jer gi..
Mak aku drive.. Achik jadi waze🤭
Hahaha.. Mak aku cakap mak aku memang x familiar jalan2 @Alor Setar
Selalu Achik akan jadi waze bergerak


Lepas gi JPJ...

Macam kami ni Achik dah call dulu.
Contact number?
Achik amim dari Google jer

Taip jer "Zakaria Laksa Teluk Kecai (ejaan sebenar ada h = Kechai..)
Tapi kalau taip kat google akan naik Teluk Kecai jer sebab Google bukan peduli ejaan betul atau salah.. Tapi Google ikut apa yang paling banyak di cari/ ditaip..
So sambil cerita laksa..
Sambil juga ambil kisah ejaan.


1 lagi tips...
Kalau musim perayaan & cuti sekolah ampa kena pi awai skit..
Jangan ikut perut nak makan waktu malam konun santai2..
Better pi dalam pukul 2-5..
Kalau dah nak maghrib baru nak gi
Maka akan jadilah macam kami sebelum2 ni
Sampai jer.. Staff cakap semua dah habis..
Kalau ada yang baru datang tapi dapat makan
Itu maknya dorang dah call buat tempahab awal..
Kalau walk in better pi awai..
Lepas zohor ready mandi & siap2
Kalau yang jenis lambat macam kakak baik cakap jer nal gerak pukul 12 tengahari🤭🤭Sebab kalau cakap nak gerak pkl 2 petang..
Maka bersedialah untul redho dia akan siap pukul 3 & over.. 🤣🤣🤣
Masa Achik call tu pukul 1 tengahari..
Staff dia cakap pukul 1 tengahari barunopen untuk take away..
Sapa yang nak beli bungkus dah boleh satart beli pukul 1 tengahari
Kalau yang nak makan kat kedai..
Elok lewat skit sebsb dorang baru setting tempat
Better datang selepas pukul 2 petang
So.. Sebab baru pukul 1..
So.. Achik deside ronda-ronda dulu Kuala Kedah.
(landmark Laksa Teluk Kecahi ni dekat Jabatan Pertanian @ Jln Kuala Kedah.
Achik kata kalau dari PLUS.. exit tol Alor Setar Selatan & go street @ Jalan kuala Kedah..
(akan selalu nampak la signboard Jetty to Langkawi)
Laksa Teluk Kechai @ right..
So..bila nampak Jaban Pertanian Kedah tu kena ready cari u-tern  sebab laksa sebelah kanan..
Ingat tu.. landmark nya Jabatan Pertanian Kedah
Lepas u tern laksa sebelum Jabatan Pertanjan la.
Kalau lepas u-tern  dh jumpa semula Jabatan Pertanian..
Maknanya dah lepas la tu..
Sila game over..
🤣🤣🤣🤣🤣



 Sebab Zakaria Laksa Teluk Kechai belum buka untuk makan
So.. Achik ajak pusing-pusing buangkan masa😁😁😁


 Naik Jambatan Tok Pasai @ Kuala Kedah
Jangan tanya siapa Tok Pasai
Aku belum study


 Tengok2 kampung  nelayan @ Kuala Kedah
Kalau yang 1 st time datang sini
Leh la  RONDA2 KUALA KEDAH....
Kalau nak rahu sejarah boleh lah melawat
MUZIUM KOTA KUALA KEDAH...
Tak jauh sangat pun dari Laksa Teluk Kechai
Jangan ingat makannnnnnnn jer
Ingat juga sejarah🤭🤭


 Ok dah pukul 2
Achik kata drive carefull supaya tidak terlepas Zakaria Laksa Teluk Kechai
Actually ada banyak jer gerai & restiran Laksa Teluk Kechai
Tapi Zakaria Laksa Telul Kechai ni pilihan Achik
Ops... better to tell you..
Teluk Kachai is nama tempat ni ok..
Bukan nama laksa tu..
But.. Achik kata laksa @ Teluk kechai adalah tidak sama dengan laksa Kedah yang lain...
Jom tengok apa istimewa sangat laksa Teluk Kechai ni


 Ok.. Semua order laksa..
Ko takyah la cakap nak Laksa Teluk Kechai
Coz Teluk Kechai is name of plece
Ibarat ko gi Kajang ko order nak sate kajang 50..🤭🤭
Cakap sate jer dah la
Sama gak sini
Cakap jer nak laksa 5...
Takyah la sebut nak laksa Teluk kechai 5
Hahaha

 Ok..
Ni laksanya...
Nampak biasa
Kuah pun macam x pekat kan..
Achik kata laksa ni homemade
Making by pure 100% beras & air
(tak tau la kot ada bahan sicret) 😄

 Haaaa... Yang specialnya Laksa teluk Kechai..
Ialah SAMBAL KELAPA yang warna oren tu
Tempat lain xde sambal tu
Kuah dia pun rasa lain dari laksa Kedah yang lain
Nak banding ngan Laksa Kelantan.. Lkasa Sarawak & Laksa Johore opkos la lavi lain rasa dia
Hahahha

 Memang serve tanpa telur rebus
So.. Sapa nak telur rebus
Sila amik atas meja tu memang dah ada setiap meja..
Kopek sendiri & masa bayar cakap. La berapa biji ko makan
Jangan makan banyak ngat nanti kentut busuk
Tapi kalau gf ko x mkn telur rebus pun ko jangan axpect kentut aweks mo wangi..
🤣🤣🤣


 Nak makan kena kacau sampai semua sambal tu bercampur dalam kuah laksa..
So... apa function sambal tu letak tepi?
🤭🤭
Supaya yang x suka xyah la gaul

 Aku ngan Aqil amik telur sorang sebiji

 Gaul2kan kuah

 Ops.. Setiap meja ada ni
Aku ingatkan tapai..
Rypanya ni pulut
Mak aku cakap ni namnay Pulut Sambal.
Most popular @ Kedah


 Pulut lemak
Dengan serunding ikan
Mak aku cakap sedap dimakan bersama laksa
Boleh masukkan dalam laksa & makan..
Haaaaa... Yang tu mak aku jer buat
Aku achik kakak & aqil x tiru

 Tapi Pulut Sambal ni memang sedap

 Aku yang x suka laksa pun rasa sedap

Licinnnnnnnm
4 mangkuk kosong
Mangkuk aku.. Achik.. Mak aku & kakak
Mangkuk Aqil mana?

Aqil sedang hirup kuah2 terakhir dalam mangkuk..
Sila loud speaker untuk dengar review Aqil

4 comments:

  1. belum berkesempatan nak pi makan laksa teluk kechai ni, huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena try...
      Kalau nak gi makan roger...
      Hahaha

      Delete
  2. Unik kan laksa ni...sambal nyok tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup..
      Betul... Kiter pun 1st time makan laksa ada sambal kelapa..
      Tapi mak miter cakap Laksa Teluk Kechai memang sejak zaman berzaman makan ngan sambal kelapa
      Mmm... Msmang unik

      Delete