Monday, 9 September 2019

RESIPI KARI AYAM CAMPUR BETIK YANG SEDAP

Kari Ayam Campur Betik Yang Sedap
Mak aku masak untuk lunch semalam
Masak ayam sebab abang dah balik dari Kedah
Malam semalam aku memang sengaja tidur kat living.
Selalu memang tidur kat bilik tapi sebab abang xde.. Abang balik Kedah..
Aku nak terlentang telangkup la puas-puas sebab xde orang lelaki dalam rumah ni..
Mak aku ngan kakak tidur kat bilik
Aku tidur kat living area
Huh... Tengah sedap tidur.. Pepagi buta belum subuh tetiba dengar bunyi kunci & grill dan pintu rumah dibuka.
Cuak bai...!!!
Rupanya abang yang balik
Abang x cakap pun nak balik
Ingatkan Isnin abang balik
Rupanya abang cakap abang tukar plan balik Sabtu malam sebab risaukan motor ya tinggal kat parkir TBS..
Abang cakap hari Jumaat tu nak gi TBS naik grab tapi apps abang ada problem
Sebab dah lambat abang kata abang ride motor & park kat TBS
Pastu dah balik Kedah asyik risau keselamatan motor
Sebab tu abang balik awal
Mmmm...


 Pepagi lagi mak aku dah siap masak
Sebabnya masa abang buka grill & pintu tu mak aku pun turut terbangun sebab samagsama cuak
Mak aku siap terpa standby nak suruh jerit kalau apa-apa
Dulu pernah juga abang balik dari Kedah x bgatau
Tetiba pukul 4 pagi buka grill & pintu
Masa tu lagi cuak..
Mak aku siap suruh aku berdiri kat tingkap
Kalau emergency mak aku suruh jerit kuat2 kat tingkap sambil sebut nombor rumah
Kata mak aku supaya jiran-jiran tahu rumah mana yang perlukan bantuan..
Nauzubillah
So far.... Kawaaan perumahan aku tidak ada la kejadian yang x diingini
Alhamdulillah kerana security guard selalu ronda siang dan malam
Penduduk pun semua mematuhi peraturan
Tiada gejala lepak & selepas 11 malam kanak-kanak & remaja dilarang berkumpul atau melepak  di playground, tangga atau lif.
Tapi masuk jer maghrib memng senyap dan sunyi dah pun..
Kadang sampai aku plk rasa cuak sebab sunyi sepi macam tiada manusia menghuni di sini
Hahaha...
Mak aku cakap sebabnya sejak awal perhmahan ni didiami lebih 13 tahun yang lepas memang dikuatkasakan peraturan kanak-kanak dan remaja di sini dilarang melepak pada waktu malam.
Kerana sudah dimulakan dan dikuatkuasakan sejak awal, maka hingga sekarang  semua pun ikut mematuhi.
Hanya waktu siang hingga maghrib sahaja playground riuh rendah.
Bila azan maghrib semua balik masuk rumah
Tapi aku tek pernah main kat playground tu
Masa aku pindah sini aku belum sekolah tapi waktu siang sampai petang aku duduk umah mama.. Pengasuh aku kat kuaters lama
Biasanya mak aku amik aku sama ngan kakak balik sekolah agama
Sebab tu kat sini aku xde kawan.
Dah la aku x sekolah erea rumah aku walaupun ada 4 sekolah yang boleh gi jalan kaki jer
Tapi sejak sekolah rendah hingga sekolah menengah.. Sekolah aku berbelas km dari rumah
Sampai sekarang pun semua kawan aku jauh dari rumah aku.
Kalau tengok citer aku dari dulu sampai sekarang mana ada kawan dekat
Nak open house ke.. Nak gi kenduri ke nak outing ke semua jauh2..


 Kari Ayam Campur Betik
Dah banyak kali mak aku masak Kari ayam campur Betik ni
Kata mak aku sejak kecil mak aku dah dibiasakan Kari Ayam Campur Betik
Kata mak aku dulu2 kat kampung nenek kalau nenek masak kari ayam memang xde campur kentang
Event kenduri pun mak aku cakap orang kampung nenek akan masak Kari Ayam akan dicampur betik..
Naper x campur kentang..?
Mak aku cakap sebab kentang susah nak dapat dan mahal
Kalau betik dapat free jer dari orang kampung yang ada pokok betik
Dah pernah cerita panjang dalam entri
KARI AYAM CAMPUR BATIK... kat sini
Ada lagi pasal Kari ni dalam post
KARI AYAM KERISIK CAMPUR BETIK... kat sini


 Versi hari ni mak aku cakap versi rempah campur
Apa yang campu?
Rempah kari ayam +rempah kari ikan
Ooo... Patut lah sedap..
Aku suka kalau mak aku masak kari ayam + rempah kari ikn
Abang pun suka
Selalu juga mak aku masak kari ayam + rempah kari ikan macam

KARI AYAM GUNA REMPAH KARI IKAN... kat aini



KARI AYAM CAMPUR BETIK.. 1/2 ekor ayam- sebaiknya bahagian bertulang
1/2 biji betik mengkal
1 sudu rempah kari daging
2 sudu kari ikan
4 cawan santan cair
(@ ½ kotak santan + air)
1 sudu teh garam
3 sudu minyak

Bahan Tumis:
2 bawang merah- hiris
2 bawang putih- hiris
1 pelepah daun kari
3 hiris halia- racik jejari halus

1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis hingga hrum
2. Bancuh rempah kari ayam + rempah kari ikan dengan 1 cawan air dan masukkan dalam tumisan
3. Bila rempah  naik minyak masukkan ayam dan masak anggaran 5 minit
4. Tambah santan  dan betik.
5. Bila ayam dan betik sudah empuk tambahkan garam dan sesuaikan rasa
6. Kecilkan api dan biar kari mendidh perlahan selama beberapa minit supaya kuah naik minyak dan cantik

***kari ayam lebih elok dimasak beberapa jam sebelum dimakan supaya rasa lebih pekat dan sedap

5 comments:

  1. Beruk muda Tu sedap buat jeruk .. tak pun cicah dengan chilli belacan kicap ..
    Takpon buat acar nyonya...

    Sedap ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 🤣🤣🤣Beruk muda...
      Pun boley...
      Kikikiki

      Delete
  2. Hahaha typo error. Supposedly jeruk.
    This auto reply memandai je.

    ReplyDelete
  3. Jeruk betik muda... Turned out to be beruk muda...hahaha

    ReplyDelete
  4. Hari ni nak masak kari ayam + betik mengkal

    ReplyDelete