Wednesday, 4 September 2019

DAGING MASAK LADA PUTIH

Daging Masak Lada putih
Haaa....selalu orang masak Black Pepper
Tapi ni mak aku masak White Pepper
Aku selalu sebut Lada Sulah
Tapi kalau lada sulah yang powder selalu la aku guna makan ngan telur masak separuh
Kalau makan pasta pun aku suka tabur lada sulah banyak-banyak

Daging Goreng Lada Putih
Sedap baq hang
Makan sanpai berpeluh
Pepper memang panaskan.....


 Mak aku masak lauk ni untuk lunch hari Isnin
2 Muharram
Hari Ahadkan 1 Muharram
Hari ISnin tu cuti ganti la sebab Ahad memang cuti weekend

Bila tergigit  super chunk white pepper tu memang sedap
Pure rasa pepper
Mak aku cakap sengaja guna whole white pepper yang ditumbuk kasar
Sebab nak feel bila gigit lada putih tu
Abang la paling suka
Siap meratah-ratah lagi
Kakak xnak makan
Tak tahu lah kakak tak suka lauk ni atau kakak nak diet
hahahah

Mak aku cakap lauk ni sedap sebab guna fresh beef
Last stok Daging Qurban
Yang tinggal dalam freezer hanya tulang Qurban
Bukan ada lagi  daging ker  dalam freezer?
Oooo...mak aku kata yang tu stok local beef yang Pak Cik bagi masa balik Raya Puasa lagi
Kalau balik Kedah Pakcik Selalu beli dan bagi stok daging local untuk bawa balik KL
Daging fresh memang sedap

DAGING GORENG LADA PUTIH
600 gm daging
1/4 cawan minyak
1 bawang Holland
2 cili merah
1/2 sudu teh pes asam jawa pekat
daun bawang+ daun sup

Bahan Tumbuk Kasar:
1/4 cawan lada putih biji
1 ketul halia
1 ketul kunyit ( boleh ganti serbuk kunyit)
5 bawang putih
2 sudu teh garam
1 sudu teh gula


1. Rebus daging seketul besar hingga empuk.
2. Hiris daging nipis-nipis tetapi lebar.Simpan air rebusan
3. Panaskan miyak dan tumis bahan tumbuk
4. Bila naik bau masukkan daging rebus yang sudah dihiris dan gaul rata
5. Masukkan air rebusan dan masak hingga pekat
6. Tambah bawang Holland dan cili
7. Sesuaikan rasa & tabur daun sup/daun bawang


Bahan untuk Tumbuk
Mak aku cakap tumbuk kasar baru feel bila gigit


Bahan siap tumbuk
Huh bau  lada dia memang fresh
Lepas makan memang kentuttttttttttttt
Mak aku kata sebab banyak guna  ginger & garlic
Hahahaha
Jangan makan lauk ni kalau lepas tu nak gi jumpa bakal mertua
nanti x pasal-pasal kena reject sebab depan bakal mertua asyik kentutttttttttt..!!!
Hahahahaha



Daging Goreng Lada Putih yang sedap

3 comments:

  1. Sedap la..
    Abang asik meratah ratah... Ratah lada putih atau daging?

    Bagus lah buang angin.

    Camtu bawang ngam petai tak boleh makan..sebab bau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ratah daging la. Kalau ratah lada putih boleh berasap molot oooo... Hahahhaa

      Delete
    2. Lada putih tak sepedas chili PADI Dan pedas chili basah...
      Hahaha

      Sebab Ada terbaca Ada masakkan utk isteri Dalam pantang makan sambal halia chili campur bwang putih Dan lads putih ditumbuk...dgn nasi..Kasi buang angin.

      So manatahu...

      Delete