Sunday, 1 September 2019

SAMBUTAN KEMERDEKAAN MALAYSIA 2019-TENGOK TV JER

Sabtu 31 Ogos 201o
Cuti weekend + Cuti Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia ke-62
Bangun pagi sambil tunggu mak aku sediakan sarapan
Kena paksa tengok TV
Siaran Langsung Sambutan Kemerdekaan
Mula tengok kat TV3
Sembang Kopitiam tapi ada lintas langsung dari Dataran Putrajaya

Sudah ramai orang menunggu


Kereta Proton Saga Model baru
Haaa... dulu selalu gak aku lalu Kilang Proton kat Proton City
Masa sekolah rendah la banyak kali gi Proton City sebab setiap minggu aku akan ikut mak aku gi Proton City
Dah pernah citer dalam old post
1. PROTON CITY- KABUS SEPANJANG JALAN...
Tempat tu sunyi giler

2. PERJALANAN KE PROTON CITY....
Depan Kilang Proton pun aku dah pernah jejak bergambar dalam post
 HALF DAY @ PROTON CITY...


Rupanya PM Tun M drive sendiri la datang Dataran Putrajaya


Tun M melangkah naik ke Pentas Utama
Masih sihat diusia 94 tahun

Bersama Menteri Pelajaran..Dr Mazli
Waaa..sekarang tengah heboh start 2020 akan ada Sarapan percuma untuk semua pelajar sekolah rendah...
Huntong laaaaaaa

 Ketibaan YDPA


 YDPA melangkah keluar dari kenderaan rasmi

 Melangkah naik ke pentas utama bersama Permaisuri Agung

 Tabik hormat semasa nyanyian lagu Negaraku

 Lintas langsung helikopter membawa Jalur Gemilang seiring dengan nyanyian lagu Negaraku

Memeriksa Barisan Pertahanan Negara


 Menerima tabik hormat
Tuanku Permaisuri pun bz rakam guna hp
Hahaha.. rakam tunku.. Jangan tak rakam

Sayangi Malaysiaku

Sayangnya waktu ni Sembang Mopitiam dah kembali ke studio..
Terpaksa la tukar chanel ke TV1

Lafaz ikrar taat setia
Sama macam selalu ikrar kat perhimpunan sekolah..

"Maka kami, rakyat Malaysia.. Berikrar.. 
Akan menumpukan, seluruh usaha & tenaga kami... Untuk mencapai.. Cita-cita tersebut... Berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :
- Kepercayaan kepada tuhan
-Kesetiaan kepada raja & negara
-Keluhuran perlembagaan
-Kedaulatan undang-undang
-Kesopanan & kesusilan"

Perrakn bermula


 Bendera negeri-negeri di Malaysia


Bukan orang jer berarak
Kenderaan pun banyak yang turut serta


Sekritariat ni aku pun dah lupa

Filem Negara Malaysia - FINAS
mmmm... kanak-kanak mesti suka

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia... SPRM... Ni la yang kena jalankan kuatkuasa agar MALAYSIA BERSIH
Haaaaa.... Selama ni aku ingatkan Malayasia Bersih tu about alam sekitar
Rupanya about rasuah

DBKL.. banyaknya kuda DBKL
Agaknya depa memang bela kuda kot..

Sapa nak pic & video Hari merdeka ni leh pm or DM Raja Permaisuri Agung
Coz aku tengok baginda banyak merakam
Takpun jenguk jer IG baginda


Masa pasukan berkuda melintas tu
Camera selalu fokus kepada rider ni & nampak tuanku permaisuri pun siap bagi 👍 lagi....
Siapa rider ni..?
Aku x sempat dengar ulasan


Lautan manusia..
Pengulas TV cakap lebij 17k peserta mengambil bahagian dalam persembahan & perarakan...
Penonton lagilah...

Ni kakitangan goverment
Semua letak Jalur Gemilang kat dada tanda taat setia..
Pakai baju putih tandanya Malaysia Bersih
Bukan bersih alam sekitar
Tapi bersih dari rasuah


Sektor swasta

Dengar pengulas TV sebut nama2 syarikat swasta semua yang hebat2..
TNB.. ASTRO..
Haaaaa... tu jer aku ingat sebab x sempat nak tulis sambil nak snap pic lagi

Ni aku dah x ingat
Sebab masa ni perut aku tengah memulas nak ke toilet

Patutnya masa snap pic tu kena timing betul2 supaya masa dia sebut @ tulis terus snap
Actually dah rakam banyak video
Sebab takut tersalah boleh rujuk video
Tapi kita hanya merancang..
Allah yang menentukan
Boleh plak nk delete video lain yang menyemak dalam gallery
Tapi tertekan delete all
Huwaaaaaaaaa.... Wassalamu la
Ok.. Barang lepas jangan dikenang
Takkan dia balik semula
Life must go on.
Haaaaaaaa.. macam x relate jer kan


RELA...
Aku selalu nampak RELA ni selalunya time kenduri mereka akan jaga lalulintas
Time raya mereka ramai kat R&R parking
Tapi rupanya tugas mereka membantu polis..
Mmm banyak lagi kena belajar general knowledge

Meanwhile diluar jendela rumah aku
Sedang melintas helikopter menuju ke Putrajaya...
Masa 2017 sambutan merdeka kat Dataran Merdeka memang boleh nampak la jet & helikopter mwmwng buat u-tern erea sini
Sejak 2018 lepas Tun M jadi PM semua sambutan kat Putrajaya
Jet dah x nampak la dari sini hanya dengr bunyi jer
Mak aku cakap sebab TUDM airport dah pi dah ke Nilai...
Sebab tu dah x nampak jet tu melintas sebab dari Nilai terua dekat jer ngan Putrajaya
Hanya nampk helikopter jer dari jauh
Pun nasib baik boleh nampak lagi la walaupun jauh

 Abang Bombaaaaaaa.....
Hahahaha tiba2 excited plak bila nampak abang bomba melintas

 Merah membara semangat waja..
Putih mu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua..
Eh, itu lagu Jalur Gemilang la
Hahaha

Gagah dengan aset-aset bomba
Haaa.... Rupanya semua jentera.. Kenderaan bagai tu dipnggil aset.
Syyyyyy... Dengar pengulas TV yanv cakap
Hahahaha

Abam Bomba ni kerap camera fokus
Huntong la masuk TV
Hahaha

Kenderaan forensik kebakaran
Haaa... Bukan kereta bomba yang bunyi noneng.. noneng.. tu jer bomba ada
Rupanya banyak jentera-jentera blmba yang mereka ada dapat dilihat dalam perarakan ini
Huh... Banyak lagi yang aku tak tahu

Jentera forensik ni dilengkapi peralatan untuk kerja-kerja berkaitan forensik la kot
Hebat ilmu mereka boleh mengenalpasti punca kebakaran.
So, kalau yang nak buat jenayah @ nak menipu punca kebakaran..
Fikir berkali-kali sebab abam-ab bomba boleh detect..
Allah dah memang tahu la


Rupanya Bomba ada banyak jenis jentera yang boleh digunakan ditempat berbeza
Ada jentera untuk padam kebakaran biasa
Ada jentera khas untuk kebakaran bahan kimia
Ada jentera lain pula untuk jenis kemalangan tau bencana yang berlinan
Jentera di udara.. Darat... & air
Mereka ada skylift setinggi bangunan 18 tingkat
Huh.... Dengar pun dah rasa gayat wei..

Jentera air dan darat
Amphibia pun ada
Haaa... Bukan orang dan haiwan jer ada 2 alam
Kenderaan Bomba pun ada 2 alam..
Dari darat boleh terus masuk dalam air memudahkan kerja-kerja  seaech & rescue.... SAR

Haaa... Tengok pun dah boleh agak
Ni kenderaan bawa anjing..
Kenderaan macamni memang sama jer kot functionnya
Iaitu bawa anjing pengesan
Kalau polis kenderaannya blue black bawa anjing pengesan untuk kesan dadah, pe jenayah etc
Bomba merah la
Info dari pengulas TV, anjing pengesan sangat diperlukn untuk membantu dalam SAR... mengesan dan mencari mangsa kebakaran & mangsa bencana alam

Haaa... Ni khas untuk kegunaan bomba kat airport jer
Warna dia pun Kuning dan bukan merah seperti kebiasaan jntera bomba yang lain.. Merah
Tak tahu apa sebabnya sebab kalau nak cerita detail kena la tunggu perarakn Hari Bomba kot
Haaaa... Tapi siyes buat aku sangt tertarik

Jangan ingat tugas bomba ni pdam api jer
Macam-macam dorang kena buat tau
Bila dengar penerangan dan bila baca luahan abam-abam bomba dalam media sosial... Sangat simpati kepada mereka
Pernah ada kes yang remeh temeh pasal katak masuk dalam rumah pun mereka tetap membantu tanpa beralasan
Mereka adalah "Wira Yang Tak  diDendang". Bekorban jiwa dan raga
Semoga Allah merahmati abam-abam bomba yang ikhlas bekerja demi agama, bangsa dan negara tercinta.


Foam Tender ni plak kalau tak silap boleh bawa jumlah air yang banyak untuk padam kebakaran biasa.. Selain tu foam untuk kebakaran bahan kimia dan juga dry chemical powder.
Apa lagi ntah banyak gak la info yang dikongsikan
Tapi perut aku pun xnak bagi kerjasama
Time  banyak info time tu juga nak berry
Aduyaiiii
Banyak yang terlepas x sempat tengok

Ops... Tahukan anda apa maksud BOMBA? 
Haaa... dari info yang aku dengar dari pengulaa TV1 tu.. 
BOMBA ialag akronim daripda Badan Operasi Penyelamat  Bencana Alam.... 
Dulu aku x amik pot pun pasal bomba. 
Hampir setiap hari lalu depan Fire Station tu. 
Dan memang  boleh nampak Balai Bomba tu dari rumah aku. 
Tapi sekarang aku jadi excited dengan bomba
Semua bermula velodrama tahun 2016 ke 2017 camtu la...
Drama "Abang Bomba, I Love You.."
Kerana teledrama tu juga aku ngan kawangkaqan ramai yang dah ter falling love dengan bomba..
Hahahaa... Dengan kwrjaya bomba tau
Bukn ngn abam bomba
Sampaikan kami sama2 joint.... LARIAN BOMBA 2017..kat sini
Pastu beberapa bulan lepas tu terjadi plk peristiwa penting yang membuatkan aku terhitang budi dengan abam bomba. Dah pernah share peristiwa tersebut dalam old post...
TERIMA KASIH ABANG BOMBA... kat sini

Polis plak
Polis pun ada  banyak cawangan la
Selalu aku tau polis is polis la..
Rupanya ada Polis Traffic..
Polis Marine
FRU
Forensik
Siasatan Jenayah
Unit Tindakan Khas & macam-macam yang aku dah x ingat
Tapi 1 yang aku x jumpa masa  perarakan nini ialah GERAK KHAS
Mana Gerak Khas ni Datuk Yusoff Haslam?
Syamsul Yusuff.. Jawab sat
Hahahahaha...

Traffic
So.. Now dah tahu setiap traffic tu POLIS
Tapi bukan setiap polis tu traffic

Vroommmmmm

Motobike dorang pun semua power wei

Ni tak pasti polis ke tentera
Banyak uniform nak sama jer

Veteran Tentera..
Mak aku cakap easy to say is Askar Pencen la... Bekas-bekas tentera
Lelaki dan wanita masih gagaj berkawad
Nampak penuh semangat


Veteran New Zealand
Kenapa mereka ada dalam perarakan Kemerdekaan Malaysia?
Info dari pengulas TV...
Mereka ni banyak membantu tentera Malaya semasa zaman DARURAT
Kerana itu mereka diberi penghormatan sebagai menghargai jasa mereka
Ooooo... Baru aku tau
Rasa macam tak pernah baca pun dalam buku Sejarah..
Ke..... aku yang x jumpa


Inilah barisan kita...
Yang ikhlas berjuang...
Siap sedia bekorban
Untuk ibu pertiwi


Anggota tentera berbaret biru ni
Tandanya mereka pernah terlibat dengan  dengan pasukan pengaman  persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu... PBB..
Mereka dipanggi MALBATT
Ada lagi info.. Aku dah x ingat
Banyak sangat info
Dah x boleh nak absorb
Hahahaha


Apapun selamat berjuang barisan perfahanan negara
Semoga negara kita dijauhkan dari sevala mara bahaya dan perkara-perkara yang x diingini

Kemuncak setiap tahun
Yang dinanti adalah lintas langsung di udara
Jet pejuang
Kalau dah jet melintas bersilih ganti maknanya Sambutan Hari Merdeka dah hujung- hujung la tu
Itulah dari pemerhatinku setiap tahun
Klau acara malam plak kemuncak mwati tembakn bunga api
Kalau siang ni la... Lintas langsung udara

Seronok ni kalau dapat tengok live depan mata
Sebenarnya banyak video cantik2 view dari pesawat pejuang tu
Sayangnya tersalah delete
Ingat dah upload nak clearkan gellary
Tapi rupanya upload fail sebab banyak sangat
Dah terdelete xlah la nk reupload
Huhuhuhu


Megah membelah angkasa

Ruang angkasa Putrajaya penuh dengan pemandangan mengagumkan


Dulu masa kat dataran dapat la tengok live dr rumah walaupun bukan la atas kepala
Tapi masih jelas nampak dari jauh
Now rezeki penduduk Putrajaya
Begitulah putaran roda kehidupan
Tidak selalu di atas
Tidak selalu di bawah
Masa di atas jangan sombong
Masa di bawah muhasabah diri
Esok pun dah masuk 1 Muharram
1440 Hijrah bakal ditinggalkan
1441 bakal mengganti
Banyaknya dosa mohon diampunkan Allah
Amal yang tak seberapa belum tentu diterima Allah..

Ok.. Dah nak habis
Elok lak perut ni
Takde lak nak meragam dah
Mak aku ngah bz siapkan Sarapan Merdeka tu
Hahaha... Pasni kita tengok apa yang mak aku masak untuk Sarapan Merdeka

Nyanyian lagu Negaraku sebagai penutup

Barissssss siap..!!!!

Terima Kasih TV1 & TV3
Hamba minta izin berkongsi pic & info sebagai ilmu bermanfaat
Walau tidak turut serta di Putrajaya
Tapi banyak info yang hamba dapat dari TV1 d TV3 hari ini


Semua  membdri pwnghormatan ketika YDPA bersedia untuk meninggalkan majlis


YDPA & Permaisuri sudah bersedia berangkat
Diiringi  muzik Nobat lagu "Raka Berangkat"
Lagu ini dah pernah dengar masa Pertabalan YDPA bulan lepas


Bila YDPA berangkat maka selesailah
Jam pada TV menunjukkan pukul 10.23 pagi
Kira timing dorang 10.30 pagi memang tepa la..
Hebat event planner ni
Siapa mereka..?
Gud job...

Mak aku dah suruh mandi dan siap-siap
Nak gi RONDA-RONDA CUTI MERDEKA...macam kat sini tahun lepas 2018
Mak aku peliks skit..
Nak jalan-jalan. Nak cari barang
Mesti gi sebelum @ selepas orang ramai dah beredar..
Kalau nak shoping raya @ barang sekolah kedai belum buka mak aku dah ajak.
Kalau gi kenduri.... Pukul 11 mak aku dah gerak.. Time pengangin sampai ramai-ramai.. Mak aku ajak balik
Kalau event macam ni.. Orang dah balik. Mak aku lak baru nak gi
Tapi aku tengah senggugut 1st day lak tu
Memang malas nak kuar rumah wei..
Tengok mak aku masuk bilik kakak
Agaknya mak aku nak kuar gi Putrajaya mgan kakak la tu
Aku pun Zzzzzzzzzzzz...




No comments:

Post a Comment