Thursday 10 August 2023

TELUR πŸ₯š TOMATO πŸ… SEMUDAH ABC

 Selama ni dok tengok ja menu telur tomato ni melintas sana sini..


Ketika tengah lapar teringat nak mencuba...
Masyaa Allah....
Sedapnya walau hanya telur dan tomato berperisa.



TELUR TOMATO  🍳 πŸ…

 2 biji telur ayam πŸ₯š
1 biji tomato  merahπŸ…
1 sudu daun bawang
Minyak,garam,gula,lada sulah

A.
 Pukul telur .Panaskan sesudu kecil minyak dan jadikan telur hancur.Ketepikan.

B.
Panaskan sesudu makan minyak dan tumis tomato merah yang didadu kasar hingga lembut dan mengeluarkan jus.

C.
Masukkan semula telur hancur.Perisakan dengan secubit garam dan secubit gula dan lada sulah.Tabur daun bawang cincang..Siap


Ni kalau makan dengan roti untuk sarapan pun sedap.
Tapi saya makan gitu sahaja sebab tengah lapar.
Masyaa Allah...sedapnya..
Adakah kerana saya lapar atau memang telur tomato ni memang sedap?



14 comments:

  1. SA suka buat telur dadar tomato kak...sedap ..biasa buat susun tomato tengah2..nanti buat lagi SA amik gambar...

    ReplyDelete
  2. Tq tq bagi idea... La depa pakat bawak bekai, bolehlah buat telur tomato ni. Sy tak besa makan lagi ☺️

    ReplyDelete
  3. Kebetulan umi cella lapar.. kebetulan juga telur tomato tu sdp.. mkn pns2 plk.. πŸ€—

    ReplyDelete
  4. Pernah nampak di TikTok chef buat menu ni. Lauk popular masakan Chinese katanya. Sedap katanya. Mama cella pun dah kata sedap, rugilah kalau tak mencuba kan. Terima kasih untuk resipinya.

    ReplyDelete
  5. sedapppp...feeling2 makan bfast kat hotel, kan ada egg station tu.. emmm..best

    ReplyDelete
  6. Nak try la..kite suka makan ngan roti. Sedapnyaaa

    ReplyDelete
  7. biasa nampak resepi ni kat ig tapi tak pernah try, tapi bila tengok akak masak ni teringin nk try lak... makan gitu je pun sedap kan kak

    ReplyDelete
  8. Menarik dan mudah untuk dicuba. Kadang bosan jugak makan resepi sama, kena cuba resepi berbeza baru rasa seronok nak makan.

    ReplyDelete
  9. menu simple gini mmg syok makan hehe

    ReplyDelete
  10. tak lama lagi boleh pakai kebaya la kak..menu diet ni

    ReplyDelete
  11. ammi memang suka sbb ni antara menu arwah mama selalu buat masa kecik

    ReplyDelete
  12. Sedap sangat ni Mama Cella.

    ReplyDelete