Sunday, 6 August 2023

BEKAL SPAGHETTI OLIO UDANG

 

Bekal Spaghetti  Olio Udang🍝
Untuk Cella gi kerja semalam.Sejak bulan lepas lagi dia dok zikir,cuti sem nanti nak kerja cari duit.. tapi dia sendiri tetapkan syaratnya....taknak F&B..hihihi

Alhamdulillah,dalam banyak-banyak yang apply..ada beberapa yang respon & salah satu jadi pilihan..31 Julai training & start 1 Ogos kerja.Bermula kembali bekal tetap.Hari tu abang & kakak bekal on off..Ni nampanya kena kembali istiqomah buat bekal.Dia dah cakap selagi belum gaji kena buat bekal..Kalau dah gaji pun kena buat bekal juga...Mana la abang ngan kakak tak jeles....kata anak bongsu untung laaaa...!

hihihi


Ni menu bekal semalam..hari Sabtu..Sebelum tu bawa bekal pasta dan nasi dengan lauk.
Semalam saya masak Spaghetti Olio ni sebagai bekal.Masak bodo bodo cara saya ja la...
Masak pun sikit saja sebab tu ja stok spaghetti yang ada. Dapat la untuk 2 portion.

SPAGHETTI OLIO UDANG CARA SAYA
¼ paket spaghetti ( tapi sebenarnya saya guna pasta vermicelli) sebab kecik sikit saiz dia.
10 ekor udang buang kulit
3 bawang putih- cincang
¼ bawang Holland- cincang
1 biji tomato masak merah-cincang
3 cili padi merah ( keluarga kami memang suka pedas)
Daun sup,chilly flakes,garam,kiub ayam dan minyak

1. Jerang air dalam periuk untuk celur pasta.

2. Panas minyak & tumis bahan cincang..bawang holland,bawang putih dan cili padi 

3. Bila harum masukkan pula tomato cincang dan masak hingga lembut.Tambah udang,garam dan kiub ayam.

4. Celur pasta seminit dua agak-agak sedikit lembut saja tapi dalamnya masih mentah.

5. Terus masukkan pasta ½ masak tadi bersama sikit air rebusan pasta dalam tumisan.

6. Kacau gaul biar pasta lembut mengikut selera.Saya suka pasta yang elok-elok lembut saja tapi jangan sampai kembang sangat @ overcook.

7. Sesuaikan rasa dan tabur daun sup cincang & chilly flakes.


Siap bekal anak dara bongsu tu..Betul la juga cakap abang dan kakaknya...Untung anak bongsu.Sampai dan besar panjang mak masih sediakan bekal..hihihi.
Pada saya pula kebanyakan anak-anak sekarang memang bertuah pun..Kebanyakannya mak yang masak walau dah jadi anak dara..hihihihi.
Saya cakap ni merujuk anak-anak saya.Yang lain mungkin anak-anak tak kira lelaki perempuan cekap di dapur.Saya salute dengan ibu-ibu yang pandai didik anak tak kira lelaki perempuan.Cekap mengurus diri dan rumah tangga.Tip top.

Dalam kes saya memang salah diri sendiri saya sendiri la,lemas tengok depa nak masak terkial-kial,cari tu tak jumpa,cari ni tak jumpa.Sesikit tanya.. lepas ni nak letak apa?..lepas ni nak boh apa?..Ish,saya bukan pengajar yang baik..tak reti nak ajar...Sudahnya suruh depa tepi kita yang take over...hihihi
Padahal sesekali depa masak waktu saya takda ..menjadi ja tanpa tanya pun..🤭

22 comments:

  1. Ntah.. bg kak lin, selagi bole masak, kak lin suka msk utk ank2 & abg yan.. biar diorg merasa air tgn kak lin selagi bole.. xnk berkira dgn ank2.. mg diorg pun xde berkira dgn kak lin nti2.. tp ank llki kak lin pandai msk aglio olio ni.. dia letak cendawan tiram dgn capsicum.. 🤗

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...harapnya begitu la kan Kak Lin...
      Semoga air tangan kita bisa mengikat jiwa anak-anak untuk sentiasa ingat kita

      Delete
  2. anak-anak bukan tak pandai kot kak tapi sbb sementara mak masih ada lah nak mak yg tlg masak ye dak hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang depa nak tolong mak yang tak bagi🤭

      Delete
  3. Biasa la tu MC...
    Tp lately ni sy bagi ja Abang masuk dapoq. Dok try resepi kot TikTok.
    Hat kecik² tu takat tolong kupas bawang bole la hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus ajr depa masuk dapur...atleast boleh lepas diri depa pun jadi la kan

      Delete
  4. Sedapnyaaa.. tergoda dengan udang yang banyak tuu. Hahaha
    Kite yang dah mak budak ni pun, kalau balik kampung, masih lagi mak yang masak. Hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harus la kan..
      Tapi saya bila balik mak pulak yg nak air tangan kita..
      Yang kita nak mak masak..hihihi

      Delete
  5. kalau mak xde ok je masak... mak ada byk tanya sbb takut tersalah step.. hihhihi.. tkt kena kritik je... sedap bekalan aglio olio tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada betulnya...
      Depa jenis tak tahan kena kritik...
      Yang mak pun satu juga...semua nak perfect padahal diri tak la perfect pun🤣

      Delete
  6. Sama la macam yg kat umah ni, makkkk jugak kena masak. Ni sibuk jugak kata nak kerja, tapi belum mula² lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala..takyah kerja la Iman...nikmati cuti sem...Boleh jadi peneman onda dan babah ..hihihi

      Delete
  7. Lama dah x buat Aglio Olio..anak dara tu x berapa gemar..kalau buat carbonara dia suka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang muda memang lebih gemar carbonara kan ...kebanyakan la

      Delete
  8. wah....sedapnya udang besar2 & banyak tu

    ReplyDelete
  9. Masakan pasta memang sedap kalau resipi sendiri. Lebih memenuhi citarasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. tengok orang Italy masak simple dengan tomato saja pun nampak sedap

      Delete
  10. kerja dah Cella...sekejap je masa,masih teringat2 celoteh blog dia dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerja sementara cuti sem yang panjang ni...Nak cari pengalaman katanya..kang nanti nak isi resume cantik sikit ada pengalaman ..hihihi

      Delete