Monday, 7 August 2023

MASAK MEE KERING GORENG UNTUK BEKAL

 Semalam masak spaghetti Olio..Hari ni masak Mee Kering Goreng untuk bekal anak dara bongsu tu.Eh,memang dia sorang ja dah anak dara kan..Saya selalu lupa yang Adah dah kahwin dan saya ni dah jadi mertua!


Mee Kering Goreng...letak udang juga sebagai rencahnya 
Rupa tak jauh beza kan dengan bekal semalam,spaghetti Olio Udang...hihihi


Saya guna mee kering  ni



MEE KERING GORENG

½ pack mee kering (5 keping)

15 ekor udang - buang kulit

½ batang carrot - potong jejari

1 pokok daun sup + daun bawang

Kicap secukupnya

Minyak,garam,gula,perasa


Bahan Blend:

5 cili merah

1/2 bawang besar

5 bawang putih


1. Jerang air 1/2 periuk untuk celur mee


2. Semantara air memndidih panaskan minyak.


3. Goreng udang  hingga masak dan ketepikan

4. Dalam minyak goreng, tumis bahan blend naik minyak tambah garam, gula & carrot.


5. Celur mee dalam air mendidih anggaran 2 minit sekadar untuk mee boleh dilerai. Jangan rebus lama nanti mee lembik x sedap.


6 Cedok mee & terus masukkan kedalam bahan tumisan.Biar ada sikit air supaya mee dapat menyerap bahan tumis


7. Masukkan udang goreng  & gaul rata sambil direnjis kicap


8.Sesuaikan rasa & tabur daun sup+daun bawang



Masak setengah paket ja mee kering tu..5 keping sahaja kerana saya dan Adah akan menghadiri kenduri.



Bekal Mee Kering Goreng is done..


12 comments:

  1. Sedapnyaaaaa....eh rasanya ada jer mee kering balance bulan lepas..nak buat la untuk bekal nanti...

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. udang kopek kulit sesiap kasi geram...terus ngap takyah kopek kulit

      Delete
  3. caranya sama mcm goreng mee je la yer...cuma guna me kering tu.. x pernah try plak..leh cuba ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul MA...senang nak buat stok sebab kering

      Delete
  4. Lama tak goreng mi kering.
    Pagi tadi saya bawa bekal mi kuning goreng. Tapi beli dua ketul peha ayam goreng di warung buat lauknya.

    ReplyDelete
  5. Mee kering ni mmg ada kat alamanda.. tp mee kering telur yg kita sllu guna tu da few weeks xde.. 🤔

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh,betul la Kak Lin...saya pun dah lama tak nampak mee telur tu...
      yang cap ayam tu

      Delete
  6. mertua muda lagi kak tak lama lagi jadi nenek gojes plk hehe..kenapa akak masak nampak menarik,bila saya buat tak jadi macam tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha...Kalau dapat turunkan berat badan ni 10kg...boleh la berangan nak gojes...hahahaha

      Delete
  7. skrg ni sy guna mee kering ni tp buat megi goreng... guna je perencah maggi kari setel utk bekal.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...Ada cara lagi senang...kita onz..hihihi

      Delete