Semalam tengahari weekend memenuhi jemputan salah seorang cleaner tempat karja saya untuk majlis perkahwinan anaknya.Biah,cleaner yang tak banyak cakap.Tahan mulut jarang mengata orang dan bukan jenis mulut tempayan.
Penuh kan..
Hihihi
Saya telah beberapa kali mengahdiri kenduri kat penempatan ni..Seri Perindu.
Tahun lepas pun ada MAKAN KENDURI KAT PERINDU...
Menurut ceritanya penempatan Seri Perindu ni adalah perpindahan dari setinggan Kampung Sungai Midah.Katanya dulu perkampungan mereka cantik dengan flora dan fauna serta aliran Sungai Midah yang boleh mandi manda tapi menjadi korban pembangunan.Namun yang bagusnya walau sudah dipindahkan ke penempatan Seri Perindu ni,mereka masih mengekalkan ukhwah dan hubungan erat mereka jelas terlihat terutama jika ada kematian atau majlis keramaian
Beberapa kali mengahdiri jemputan kenduri kat sini,saya jatuh cinta dengan menu-menu yang mereka hidangkan hasil.gotong royong sesama penduduk..Walau saya hanya kenal beberapa orang sahaja penduduk Perindu tapi mereka dekat di hati saya.Air tangan mereka tidak diragui kesedapannya untuk tekak kampung macam saya..
Kalau makan kenduri kat Perindu ni...saya akan hilang rasa malu🤭
Cedok lauk tanpa silu sebab semua sedap...hihihi
Saya ajak Adah temankan saya semalam.Saya selalu lupa Adah dah jadi isteri orang...hihihi
Tapi pergi dengan izin suaminya la..
Kami hanya pergi berdua kerana yang lain semua ada urusan.
Antara menu yang disajikan
Nasi Putih
Gulai Ayam Pencen + Kentang
Gulai Ikan Kering + Nanas
Sayur Kobis
Ikan Masih
Ulaman dan Sambal Belacan
Tapai Pult dan eneka Kuih Muih.
Minuman
Saya ambil tapai dan beberapa biji kuih.Ikut hati semua jenis kuih nak amik tapi awal-awal Adah dah tarik piring kuih.Katanya amik sikit ja nanti tak habis..Nasi dah banyak tu..hihihi
Yang kuning coklat tu Talam Suji,saya order 100pcs untuk bawa ke majlis tersebut.Tumpang kongsi rezeki walau tak banyak.
Gudis kecil tu untuk Adah...berisi kuih baulu dan cookies.Gudis besar sikit biru tu untuk saya berisinya sepadang kain ela...
Yang lain dapat gudis macam Adah tu..Saya ja dapat yang besar tu.Agaknya saya ni ada la kot istimewanya di hati Biah...🤭
Dalam reramai staf kat tempat kerja kata Biah dia hanya jemput dua orang termasuk saya.Kata Biah dia segan nak jemput yang lain sebab kenduri kecik dan lauk kampung saja.
Dengan saya dia tak segan pulak...hihihi
Agaknya sebab saya jenis rapat dengan semua clener dan security guard pun.Pada saya,dengan depa kena buat baik sebab banyak nak minta tolong depa kan..🤭
Bilik saya depa tolong sapu.Sampah depa tolong buang..
Tak rugi kan buat baik dengan orangkan... Sedar diri kerana saya pun bukan orang hebat sangat,sekadar kerja makan gaji.Cuma rezeki kita tak sama.
Kak lin pun g wedding smlm.. tp xde plk tapai.. sdpnya tapai.. pantang nmpk!! 😉
ReplyDeleteMC dah dapat menantu ka? Allahu, terlepas ETS 🤭 Tahniah 1000x
ReplyDeleteAdudu...sedapnya lauk² kenduri depa...
Hehehehe...dah PH...
DeleteDah nikah tapi kendurinya akan menyusul nanti
Pehhh.. macam ni punya lauk, kalau sy pun mahu penuh pinggan tu, Mak Ngah!
ReplyDeletesebenarnya lauk kampung tu la yang kita cari kan kak...kalau pergi kenduri ada lauk kampung rasa heaven sgt
ReplyDeleteLauk-pauk kampung memang sentiasa menyelerakan.
ReplyDeleteKuih - muihnya pun comel-comel belaka.
Moga kedua mempelai berbahagia hingga ke syurga.
Amiinn...
DeleteBetul cikgu..lauk pauk menyelerakan..kena dengan tekak kampung ni..hihihi
lama pulak tak pi kenduri.. alhamdulillah kak mesti kak biah rs akak special sbb tu kena lain dr yg lain
ReplyDeleteSaya pun dulu jarang pi makan kenduri..Lani memang suka pi kenduri
DeleteLauk kampung la yang orang cari...biar simple janji puas hati
ReplyDeleteBetul tu SA...
Deletealhamdulillah..sedap nya lauk2 kampung. rare ni
ReplyDeleteye..setinggi mana pun kita tak salahpun berbuat baik pada yang rendah dari kita.
ReplyDeleteteringat ada sorang boss di office lama.. dia elok je duduk makan semeja dgn kami, kadang-kadang dia yang sudukan lauk setiap staff dia....