Tuesday, 27 December 2022

TTK NAK BUAT KOKTEL TAPI BUAH NAGA TAK ADA

TTK( bacanya Cella) dok sebut suruh buatkan

COCKTAIL BUAH NAGA

Tapi macam biasa la..buah naga ni kalau time kita tak ingin,bersepah jual tepi jalan.Time kita nak,keluar masuk kedai buah,pasaraya dan gerai tepi jalan..eh takda dia..Menyorok tang mana?


Sebab takda buah naga,maka tengahari semalam sebelum balik ke kolej ..tengok TTK dok  buat cocktail guna sumi dan nata de coco saja.Gigih dia pi kedai beli susu cair dan susu pekat sebab katanya nak minum puas-puas sebelum balik kolej.Dah kat sana nanti katanya dia dah tak minum air manis..hanya air kosong sebab nak jimat belanja makan..
Dok Trenganu 2 tahun katanya RM10 boleh makan 2x lunch & dinner.Nasi separuh & ikan @ ayam baru RM4..Makan 2x baru RM8..Baki RM2 boleh beli air manis Selalunya dia kata lunch @ dinner makan syawarma 1 roll RM5.Seminggu sekali @ weekend petang-petang tong-tong duit naik grab boleh gi jenjalan tepi pantai makan kepok lekor.Bajet sorang RM10 dah lepas tambang grab & makan 1 set shellout share ber4.Nak beli jajan keropok lekor singgit pun dah boleh beli.Makan kat kedai kalau student depa bagi special price!
Cuma sesekali nak balik memang 7-8 jam & pi balik  kos RM100++

Kat sini..memang kena ambil maklum la kan..RM10 hanya lepas nasi dan air sekali makan.Tengok juga la lauk apa...Maka dia kata memang sehari sekali saja makan.Lunch nasi  & 1 saja  lauk ayam @ ikan dapatlah RM6++.Memang tak akan ambil 2 lauk dan air pun air kosong supaya daripada RM10 tu masih ada baki.
No jalan-jalan lagi.Nak gerak sikit pun  ke kedai ½ km pun grab RM5.
Tapi bagusnya sini kalau nak ke kelas,klinik @ mana sahaja dalam UPM ni memang bas sentiasa ada dan banyak pulak tu.Yang penting percuma(ka dah kira dalam yuran?)
Kalau Adah dulu kat Puncak Alam,jenuh juga setiap hari nak ke kelas kena amik unicab.Memang sekali naik singgit saja.Tapi sehari pi balik dah RM2..Kalau tengahari balik,petang pi lagi..dah sehari RM4..
Seminggu?
Sebulan?
Tapi setiap minggu dia call suruh mak dia ambil kat kolej.Ahad mula liat tak mau balik.Esok Isnin pukul 4 pagi meredah Jalan Puncak Alam yang seram tu menghantar dia dan kejar masa nak hantar Cella pula kena sampai sekokah sblm 7.15.

Masa kat Segamat nun lagi la .Setiap Khamis dia naik bas balik KL.Sabtu petang  balik Segamat.Bas KKKL Segamat-KL-Segamat pula memang banyak kat TBS ni.Sejam 1 basa..!Macam KL Kajang ja kekdahnya.

Abang dia ja banyak makan jasa  Achik dan Pakcik la.Sejak hari pertama lepas SPM sampai la habis belajar kat kolej..memang Achik dan Pakchik yang berhabis tenaga,masa dan wang ringgit...!
Pakej dengan lesen motor dn kereta sekali Achik & Pakcik sponser..!
Hanya Allah yang mamou membalasnya..

Eh,kerja dah siap ke tu...dok membebel tu...hahaha!
Ala...taip sesikit ja...pic semua ni memang dah letak dalam draf setiap kali snap pic @ dapat pic dr anak-anak...hihihi

Ok  ni la pic by TTK semalam.Dia kata sedap bila buat sendiri.Cuma tak cukup bahan.
Hanya guna:
Sumi
Nata de coco
Biji selasih
Susu cair
Susu pekat
Air batu


Inilah hasilnya..
Depa 3 beradik dok pakat minum kat meja makan tu.
Saya dok kalut masak sambal kerang masa ni..Nak buat bekal TTK bawa balik kolej.

Ini la hasilnya...


20 comments:

  1. Depa kat U makan lagi mahal kos dengan kat kantin kami. Selalu nampak budak2 sini beli kuah dengan ayam goreng jer, sayur tak ambil, tapi air dasat2, milo ais, teh ais.
    Sy percaya bas kat U bukan percuma, dah masuk yuran. Tapi yuran depa ada subsidi kan, kira percuma la tuuuu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ..
      cafe depa lagi mahal dari sesetengah kedai makan biasa pun.Kalau kat KL ni ada kantin sekolah rendah pun ada yg lagi mahal dari luar.Dimanakah silapnya?

      Delete
  2. pandainya cella berjimat cermat..teringat zaman study dulu saya hari2 mkn nasi goreng separuh mkn tghr sparuh lagi simpan makan malam..tak pe cella nnt semua tu akan jd kenangan manis..
    bila nama cocktail tak kisah apa2 bahan pun sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tak nak la ...kena la jimat hihihi..Semoga segala ujian menjadi pembakar semangat untuk dia lebih berjaya

      Delete
  3. Takpe, zaman belajar di U mmg byk kena berjimat hihi...
    Sedap pulak nampaknya cocktail tu MC, nak buat jugalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul PH..Zaman belajar kebanyakan memang berikat perut.Kalau kita cetita zaman kita lagi la kan..tapi depa bukan nak dengar kalau cerita pun🤭

      Delete
  4. Rajin Cella buat sendiri. Bagus dia pandai berjimat tak minum manis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak minum punga pasal kena rajin la..hihihi
      Tapi sesekali balik atau ajak dia keluar dia qada la..hihihi

      Delete
  5. Zaman sy dlu pun bas mmg byk sukati je naik tp kalau peak hour mmg padat la bas.. kalau nk ke ktm serdang pun naik bas free je.. dr ktm kami jalan kaki ke mines.. skrg x boleh dh nk jalan kaki dr ktm ke mall tu.. tp masa stay kt kolej canselor yg dkt dgn fakulti sy jalan kaki je.. lalu padang kawad dah sampai fakulti seberang chapel tu.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kakmim..
      Saya pun tengok wow, banyaknya bas depa..Kat KTM Serdang tu pun selalu nampak bas UPM.
      Mines dah takleh nak pi jalan kaki dah kot lani.Lagi2 la ni dengan ramai warga asing/taik pit bagai memang merisaukan..

      Delete
    2. Itulah kak... bila lalu situ mmg dh highway mmg xde dah jalan utk pejalan kaki dh dr ktm serdang ke sana

      Delete
  6. Awat xbagitau nak buah naga? Haritu Ahnaff beli selonggok buah naga kat sepang 🤣.
    Bas KKKL tu dulu kitorang panggil bas gagap 🤣.
    Cella ni memang bagus tau. Pandai berjimat cermat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adoiii...tergelak sengsorang baca Jaja kata bas gagap...KKKL..memang bunyinmacam gagap kan..🤣🤣
      Nak tak nak kena la berjimat..
      Mak takkan naikan duit nafkah kecuali ada alasan kukuh..hihihi

      Delete
  7. wehh sapela x sayang anak, tapi adakan makcik khannns., ;p

    ReplyDelete
  8. betul tu, zaman belajar kena la pandai berjimat cermat..
    emmm..dapnye kena plak sejuk2 tu..yummy!

    ReplyDelete
  9. Apesal makanan kat U mahal tapi tasteless erk...nampak sedap plak cocktail tu ha...rasa nak buat tapi x berani kang x jadi bazir bahan je...nak beli je la

    ReplyDelete
  10. Takde buah naga pun nampak sedapnyer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada lagi la wak..nampak warna pink menawan selera..hihihi

      Delete