Wednesday, 14 December 2022

CHAMOMILE TEA

 Beberapa minggu lepas saya mengalami masalah tidur yang tidak berkualiti.Bukan tak dapat tidur tapi lebih kepada tidur yang sering diganggu mimpi-mimpi tempat kotor yang menjijikkan dan bila tersedar hati menjadi resah tanpa sebab.

Adah cadangkan saya minum Camomile Tea.

Dia order sekotak camomile tea brand Ahmad Tea ni..

Sebelum ni saya tak pernah tau pun pasal camomile tea ni.
Kalau teh bunga kekwa dan beberapa jenis teh herba lain tu pernah la dengar dan minum.

Teh ni didatangkan dalam kotak mengandungi 25 sachet.Setiap sachet ada 1 uncang camomile kering dan perlu direndam seperti teh biasa.

Ada banyak brand 
Tapi bila Adah tunjukkan list dalam shopee tu.Saya pilih Ahmad Tea brand.
Bila Adah tanya lagi nak yang ori @ nak yang ada lemon grass..
Saya tamak..saya nak yang ada gabungan perisa camomile & lemongrass.
Pandangan saya daripada 1 kebaikan camomile sahaja,baiklah ditambah lagi kebaikan serai..


Bila dah rendam dalam secawan air panas...Aromanya menyenagkan bagai aroma terapi.
Tapi sayangnya bila digabungkan dengan aroma serai saya rasa seolah bau minyak angin la pulak.Adakah mereka menggunakan serai wangi?
Ala...saya hanya sempat minum setengah cawan kerana bau 
"minyak angin" tu agak mengganggu.
Tak dapat la nak merasa kesan camomile ni kerana hanya minum ½ cawan & tak ulang minum lagi dah  dek aromanya tidak serasi dengan tekak
Ini lah akibatnya tamak nak 2 perisa dalam dalam 2 teh.Sepatutnya saya pilih ori camomile sahaja..


19 comments:

  1. sedap bau tea camomile ni.pernah buat & pernah cuba, but x suka sgt
    sbb bau harum sgt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul..sedap dihidu tapi bila minum macam bau minyak angin

      Delete
  2. akak saya pernah jadi macam ni selalu mimpi yang mengarut seram disebabkan saka peninggalan arwah toknenek.badan jadi lemah,sakit blkg,sakit kepala.puas berubat sana sini,last sekali saya cuba mandi bilas dengan 1pack ais campur air dengan limau purut.mandi slps subuh dan slps maghrib.baca alfatihah 3x,al ikhlas 3x,selawat 3x lama juga saya amalkan.Alhamdulillah skrg dah tak ada gangguan.Pantang jumpa bantal tidur lena hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ouh...mandi ais pun jadi altenatif yer..
      In shaa Allah nak cuba ni sebab ada limau purut ni
      .Ops..ada kena baca apa-aap doa tak?Terima kasih Afzan..atas perkongsian..

      Delete
    2. Ouh...mandi ais pun jadi altenatif yer..
      In shaa Allah nak cuba ni sebab ada limau purut ni
      .Ops..ada kena baca apa-aap doa tak?Terima kasih Afzan..atas perkongsian..

      Delete
    3. tak ada doa khusus yg saya baca kak just baca alfatihah,al ikhlas,selawat dan niat minta Allah jauhkan dari semua gangguan syaitan iblis dan jin

      Delete
  3. Sy pun minum ahmad tea ni jugak utk detox lah konon... tp bkn yg kotak kuning ni.. hijau

    Skrg dh ok ke? dpt tidur lena ke dh skrg? amalkan surah manzil kak... semoga dihindarkan dari org² yg dengki dgn kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. in shaa Allah..saya akan cuba..
      Sekarang pun masih diganggu mimpi orang yang sudah meninggal duniašŸ˜©

      Delete
  4. Dekat pasaraya ada jual rasanya kak, dana biasa beli AHmad Tea ni dekat pasaraya giant dekat2 rumah. Tapi tak pernah try yang camomile ni, biasa yang bau buah2 je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya..ya betul Dana..
      Saya pernah juga beli perisa peach & strawberry ,& mangga..tapi sekadar minum saja la..tak terfikir sebagai terapi..
      camomile ni baru 1st time cuba

      Delete
  5. Hahahaha.. habis tu, lagi 24 uncang siapa nak minum???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...buat masa ni masih dalam kabinet dapur..šŸ¤­

      Delete
  6. Kih kih…ni lebih kurang kes saya. Saya beli Ahmad Tea ni yang ada macam2 herba, pasal baca orang kata sedap dan bagus untuk kesihatan badan. Sudahnya, terseksa tiap kali minum. Tak minum membazir pulak dah beli.

    Kalau green tea Ahmad Tea tu ok je saya minum.

    Moga segera selesai masalah yang melanda tu ya. Seksa jugak kalau tak cukup tidur ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai juga review Ahmad Tea green tea sedap..yang tu saya belum try

      Delete
  7. Cuba baca surah al-mulk setiap kali sebelum tidur (lepas solat isyak)

    ReplyDelete
  8. Moga semuanya baik-baik ye MC... sy pun kebelakangan ni selalu juga mimpi 'sesuatu' :(

    ReplyDelete
  9. Amiin..
    Huhuhu..
    semoga Allah hindarkan dari perkara yang tak diinginišŸ¤²

    ReplyDelete
  10. tea camomile sememangnya menenangkan, SA bila penat sangat memang akan minum secawan...SA selalu jugak x dapat tidur yang berkualiti...x tau maybe lately ni sibuk dengan Dania punya urusan dan urusan majlis SA...

    ReplyDelete