Tuesday, 6 December 2022

KARI KEPALA IKAN SALMON

 

Masak Kari Kepala Ikan Salmon.Dah agak lama tak beli ikan salmon sejak harganya tak berapa mampu nak makan selalu.Dulu zaman Cella masih sekolah memang selalu beli kepingan salmon buat bekal dia ke sekolah.Masa tu harga sekeping sederhana salmon dalam RM4 saja.Hari tu nampak PH goreng ikan salmon.Kata PH beli kat Ramly Halal Mart Batu Muda.Saya ke Ramly Halal Mart BTR,tapi sekarang harga dah naik.Walau harganya dah tak seperti dulu namun salmon kat Ramly Mart memang antara yang terbaik pada pandangan saya kerana  kemas dan bersih pakagingnya.Ikannya di pack beberapa keping namun tidak melekat antara satu sma lain.HArga untuk 1 pack 3-4 keping salmon berharga sekitar rm20++ hingga RM30++ .Masih boleh lagi la terima harganya,Dah namapun salmon kan... hihiiTQ kepada PH bagitau Ramly Halal Mart ada jual salmon.Walau harga kepingan salmon dah naik harga tapi kepala salmon masih lagi antara yang murah nak banding pasaraya lain




Sata beli 2 kepala ikan salmon yang telah dibelah 2.
Lupa la pulak harganya.Tapi kalau tak silap saya du keping ni tak sampai RM 10.
Serius tak tipu....i sware
Bukan kepala semata yer...Ada juga isinya kat leher ikan tu...
Murah kan..?
Mana nak cari harga macam ni nak banding pasaraya  lain....
Jangan lepas ni depa naikkan harga pulak sudah la....
Bagi la peluang kita dapat makan salmon dengan harga mampu milik ni kan... walau hanya kepala...hihihi


Kepala agak besar dan bersih..Saya basuh dan rendam sekejap dengan air asam jawa untuk bersihkannya.Kepalanya terdapat juga isinya pada bahagian leher ikan tu..Ikan ada leher kr..? hihihihi





Oleh kerana Adah tak makan kepala ikan,maka saya potong bahagian isi leher salmon tu dan goreng garing untuk Adah...


KARI KEPALA SALMON
1 kepala salmon _ belah 2 dan potong 4
3 sudu  rempah kari ikan
½  kotak santan ( + air jadikan 3 cawan)
2 biji tomato masak
garam
4 sudu minyak

 bahan tumis:
2 bawang putih diracik
2 bawang merah dihiris
1 sudu teh halba campur
1 pelepah daun kari

1. Panas minyak n tumis bahan tumis
2. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan 1/2 cawan air.
3. Biar naik minyak baru masukkan ikan dan tomato yang dibelah 4
3. Masukkan santan biar mendidih dan ikan masak dan garam & sesuaikan rasa.
4. Kecilkan api dan biar mendidih perlahan supaya nai minyak dan pekat..



Siap kari kepala salmon 


Paling saya suka...daging pipinya yang berserar dan whole matanya.Nak makan matanya kena kopakkan kepala dengan hati-hati untuk dapatkan whole matanya yang penuh gelemair dan gelemaca lembik  bergedik dan berlemak tu..ingat lagi tak subject Sains masa sekolah? hihihi


16 comments:

  1. Selalu nampak kepala salmon ni di supermarket... tp x berani nk try buat kari.. biasalah sy ni sejenis yg x berani mencuba mknn baru... salmon mkn tp kalau dibuat kari mmg x pernah rasa lg... kena try jugaklah agaknya br tau rasanya kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena try kakmim...hihihi
      Tapi kalau tak suka kari..try la asam pedas...pun sedap..pada tekak saya la..

      Delete
  2. ikan cekek leher ada kak...
    orang ckp kepala salmon lagi sedap kan berlemak sy blm pernah cuba masak kari salmon maklum la keturunan switzerland+newzealand makan salmon grill je..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah...keturunan omputih yer Afzan..🤭
      salmon grill lagi healty...ni kepala dia kita kasi kari..kulit kepala dia macam berkolegen ..
      tulang dia kat bahagian kepala tu jenis tulang rawan yang bila kunyah prup prup macam tulang rawan lembu..sedap..hihihi

      Delete
  3. selalu nampak org masak ..dap jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali try la memgari kepala salmon ni MA...tapi kalori dia boleh tahan la rasanya..hihihi

      Delete
  4. Salmon slices di Giant Klang murah.ari tu saya beli 5 keping hanya rm 33.tapi kepala tak jumpa pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah...ada tempat lagi murah ek...
      Tempat saya dah takda Giant..
      Nanti kalau ternampak boleh singgah..TQ info

      Delete
  5. Salmon ni kan, dulu pernah makan kat Ikea. Lupe dah ape nama masakan dia ntah. Tapi sejak rasa salmon yang tu, memang taknak dah repeat makan salmon 🤣. Serik rasanya. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun 1st time makan salmon grill terkena yang hanyir giler..
      Serik sekejap..
      Lepas tu try beli masak sendiri...
      wah..sedap salmon ni rupanya..
      Mungkin ada jenis atau proses penyediaan agaknya menyebabkan kehanyiran tu Jaja

      Delete
  6. tergoda nengok kepala salmon masak kari tu kak, dana tak pernah beli kepala ikan salmon tapi tengok akak tunjuk ni tergoda lak. nanti nak cuba jugak lah beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try la..kot kena dengan tekak...
      Tapi ada tempat yang jual kepala..memang betul2 kepala langsong takda isi..
      Cari yang ada isi sikit baru sedap

      Delete
  7. Kat sini ada Ramly Halal Mart tu.. agaknya sama harga ke umi cella? 🤔

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti la pulak Kak Lin...Kalau Putrajaya kot harga dia up ka..harap2 sama la

      Delete
  8. ikan org have2 ni...i makan ikan mur2 je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...
      tu yang makan kepala saja sebab kepala dia lagi mur daripada isi...hihihi

      Delete