Monday, 26 December 2022

DOBI,LEMON SHOI & KISAH DUA "ORANG GILA"

 Semalam petang lepas Asar,anak dara 2 orang tu nak gi dobi pakaian.Kat rumah ni paip untuk mesin basuh rosak dan belum panggil plumber datang baiki.

Baju saya dan anak bujang tu saya basuh manual sahaja.


Depa anak dara nak gi dobi sebab depa kata ada dryer.Kat rumah takda dryer,nak kena basuh,jemur,lipat bagai.Lagipun kata depa kat dobi baru tu service lipat kain pun percuma..Mmm...yer lah,senang sungguh idup hangpa la ni...!

Saya ikut sekali sebab nak ke ATM..


Sementara menunggu kain dikerjakan,depa ajak minum kat restoran pakistan tak jauh dari pusat dobi tu .


Ni la minum yang depa maksudkan agaknya🤭🤣
Cella ngan Adah pesan megi goreng.Adah megi goreng kosong & Cella + telur mata..Saya tanya kari kambing tapi dah habis sebab restoran ni sejak PKP  memang buka lambat & tutup awal.Jadi,mereka memang masak lauk untuk breakfast & lunch sahaja.Petang hanya roti canai dan goreng-goreng sahaja.Malam pun tutup awal.


Dapat juga Cella minum Horlick ais...hihihi.
Suruh beli serbuk Horlick bawa balik kolej dia tak mau..Katanya dah 2,3 kali beli keras macam tu saja takdan nak bancuh.Dah la Horlick mahal,sayang terbuang.Dia kata kalau nak minum sesekali order kat kedai saja.Lagipun Horlick hanya sedap minum sesekali saja katanya...hihihi.Adah order Teh Tarik.

Saya tanya pekerja tu,lemon ada tak?
Katanya ada.Kalau 🍋 saya pantas teringat Cikgu Amie & Lemon Shoi.Saya pun berhasrat nak order Lemon 🍋 Shoi.Dalam kepala teringat Lemon Shoi..tapi mulut pulak tersebut Lemon Tea...Adah pun dengar saya order Lemon Tea..dia batalkan Teh Tarik dan turut order Lemon Tea.
Sekejapan sahaja minuman yang dipesan pun sampai,diikuti makanan..
Laaaaaa ....kenapa Lemon Tea...Masa ni baru teringat memang saya sebut Lemon Tea masa order.Aduhai...dalam kepala nak Lemon Shoi,tapi dah mulut sebut Lemon Tea,maka dapat la Lemon Tea...mmmm,balik rumah nanti lah buat Lemon Shoi...kikikiki!

Pic by Cella..
Tengah dok suap makanan dan menghirup minuman,tetiba datang seorang yang saya agak dia ada gangguan mental agaknya.Dia memakai pakaian bersih tapi dia menuju ke beberapa buah meja dan  mengira kerusi,meja,makanan sambil bercakap-cakap seorang diri.Pelanggan  meja tepi kami( 4 orang gadis) juga didatanginya,namun bila dia bertanya itu ini mereka hanya mengangguk2 dan dia berlalu ke meja lain pula.Pekerja rastoran ini yang berkopiah putih tu dengan sopan menghampiri lelaki tadi dan membawanya ke sudut restoran.Bagusnya,mereka tidak mengahalau tapi menyantuninya.Mungkin lelaki itu dilihat tidak membahayakan pelanggan dan mudah menurut arahan.

Ketika kami hampir selesai makan dan minum tiba-tiba datang pula seorang lelaki sekitar awal 40-an memaki hamun entah apa ke butir bijinya.Terkejut saya dibuatnya.Dia menarik kerusi dengan kasar dan duduk di meja berhampiran kami.Ketika itu pelanggan tidak ramai,hanya beberapa meja sahaja.Semua pelanggan lelaki kecuali meja kami.
Lelaki itu terus memekik dan menghamburkan kata-kata kesat entah kepada siapa.Ketika saya menoleh dia tepat memandang ke arah meja kami sambil mancarut.Bahasa carutannya sangat jelek,jijik ..sangat lucah dan menakutkan.Saya tidak tentu arah bila dia masih mencarut bahasa kotor yang sangat lucah hingga malu untuk mendengarnya.Segera saya ajak Adah dan Cella beredar.Cella terus masuk dalam restoran untuk bayat..Rasa nak  berjalan ke kereta pun tak daya nak angkat kaki kerana saya takut dan  cepat panic.Adah menarik tangan saya ke kereta.Saya bimbangkan Cella,tapi kata Adah jangan risau kerana pekerja restoran tu dan 3  pelanggan lelaki tepi meja kami tadi sedang mengawasi lelaki tersebut.
Dapat semua masuk dalam kereta terus suruh Adah lock pintu sebelum hidupkan enjin.Takut betul saya!
Nasib baik bertiga..Kalau saya seorang,rasanya terjelepuk kat situ dah.Kalau terlalu takut saya mudah diserang panic dan kebimbangan melampau hingga saya tak mampu nak fikir atau bertindak. 

Menurut Cella & Adah..rasanya macam orang yang ke-2 tu bukan gila tapi nampak macam berhalusinasi kerana berada  dibawah pengaruh 
" bahan terlarang" tu..

 Syukur,kami selamat & tak tahu lah apa kesudahan di restoran tu..
Kami terus ke pusat dobi...

12 comments:

  1. Heheeee....lain di mulut lain di hati pula. Nak sebut 🍋 shoi jadi 🍋 tea kihkihkihhhhh! Nanti boleh buat 🍋 shoi di rumah sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain dimulut lain dihati ni bahaya cikgu🤭

      Delete
  2. Nasib baik sedar sendiri yg salah sebut 🍋 tea, heheh.

    Hari tu sy tengok kat TT ada pakcik tak berapa siuman dok berletiaq ngan pelanggan2 di sebuah restoran, yg tu pun dah cukup merisaukan apalagi yg maki memaki ni kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...sedar rasanya kalai sebut "shoi" mesti Adah @ celle @ pekerja tu tanya apabenda shoi tu kan🤭
      Kan ..risau bila berdepan orang macam tu.Kang kalau dia bertindak luar batasan...naya orang lain.Dia dah tentu ada ", lesan"🤭

      Delete
  3. Alhamdulillah, selamat.
    Orang tak siuman ek

    ReplyDelete
  4. Kalau sy pun dgn orang x siuman ni sy takut. Ialah, depa x boleh fikir dgn waraskan... Takut diapa-apakan kita ni kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul PH...lagi2 pula dia dok mencarut pasal "benda dalam kain" dia dan bininya.Detail pulak tu..Malu bercampur takut la..huhuhu

      Delete
  5. bahaya nya org mcm tu. kalau MA sorang2 pun dah cabut awal2 dah tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul MA...saya pun memang phobia kalau orang jerit2 maki hamun ni

      Delete
  6. Mmg takut kalau terjumpa org yg no 2 tu.. takut kalau2 dia menyerang kita.. tambah2 lg kalau semua pempuan better chow awal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kakmim..
      Dah la dia dok maki tu dia cakap dia dah lama tak *@&#£ la..dia nak @#£&* la bagai..memang takutt la

      Delete