Friday, 16 December 2022

UBI TELAMPONG

Kalau balik Kedah..seboleh mungkin  plan nak bagi dapat hari Jumaat..

Sebab nak pi Pasar Kemboja @ Pendang.

Hihihihi....


Hari ni saya beli Ubi Telampong di Pasar Kemboja @ Pendang.

Balik rumah ..menikmati Ubi Telampong berviewkan sawah padi di belakang rumah.

Saya beli Ubi Telampong ni kat sini la..Pasar Kemboja @ Pendang.Hanya hari Jumaat ye..!
Ubi Telampong ni memang famous.Pernah masuk Majalah3,surat khabar dan youtube  "Destinasi TV" 
Selain Ubi Telampong..makanan tradisional Kedah lain yang dijual ialah Emping Pulut & Kelapa,Kerabu Manis Jagung dan Ubi Kayu Kelapa.

Walaupun ada makanan nostalgia yang lain.Kali ni saya hanya membeli Ubi Telampong..Menurut penjual ni Ubi Telampong dijual dengan harga RM40/kg.
Namun untuk saya kali ini diberi harga istimewa..!


Nampak macam ubi sira gula melaka..
Namun,Ubi Telampong bukan ubi sira biasa
Ubi Telampong ni sebenarnya Ubi Kayu yang direbus dengan air tebu hingga ubinya empuk dan air tebunya menjidi nisan yang pekat likat..
Saya pernah ceritakan



Jom nikmati Ubi Telampong sambil melihat view sawah padi.Tapi tiadalah padi...Sekarang musim membajak...petani tengah bersihkan sawah padi untuk memulakan proses menanam padi..Kalau dengar audio dalam video ni...boleh dengar bunyi macam bunyi motor...Tu sebanarnya bunyi mesin menabur padi nun jauh di sana..Benih-benih padi disembur dengan mesin seperti mesin fogging tu..Bunyinya bingit telinga.

12 comments:

  1. Nasib baik SA x mengandung..kalau mengandung memang akak kena layan SA bawak pi sana...hahahahaha

    ReplyDelete
  2. berkilat ubi telampong tu buat nampak tringinnya nak mencuba
    dok telan ayaqlioq ja ni dapat tengok dari jauh ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berkilat sebab manis ting ting ...huhihi
      Kalau yang suka manis memang A la...
      Nanti kalau mai Kedah boleh try..

      Delete
  3. Antara makanan yang saya tak pernah tau ni. Ingatkan nama ubi, rupanya tu nama makanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya..ni nama makanan berasaskan ubi..macam sira ubi juga tapi lebih kick sebab direbus dengan air tebu hingga pekat.

      Delete
  4. Tambah lagi info baharu tentang ubi telampong. Uniknya dimasak dengan air tebu.
    Teringat emak saya masak pisang dengan air tebu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah,pisang pun dimasak dengan air tebu ya cikgu.Pasti sedap tu..Kalau rajin boleh cuba buat sendiri ni

      Delete
  5. Uiii..dia punya berkilat tu macam memanggil² ja 😆

    ReplyDelete
  6. Oh, betullah.. mula2 sy ingatkan ubi sira gula merah. Tak pernah pulak nampak ada berjualan di Pekan Sabtu, Kuala Ketil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya..seakan sira ubi tapi telampong ni specialnya direbus dengan air tebu..Mungkin ada kat Kola Ketil tu tapi mungkin juga takda jual sebab tak semua tempat depa cover.semoga ada rezeki SK dapat merasa

      Delete