Friday, 2 December 2022

EH,ADA PARCEL DARI LAHAD DATU!

Lepas maghrib malam Jumaat..terdengar ketukan pintu & suara "Hantar barang..!"


Kat perumahan saya ni pengahantar barang  memang dibenarkan hantar barang hingga ke muka pintu.

Eh,selalunya runner akan sebut 

" J&T hantar barang!"

Ada satu lagi syarikat kurier yang familiar kat sini..

Kedatangan runner dia selalunya sukar dikesan.Senyap dan sunyi tanpa suara..Bila buka pintu nampak ada parcel tersandar depan pintu atau celah grill.

Kadang ketukannya macam nak pecah pintu..

"POS LAJU...POS LAJU!"

hihihihi.....

Tapi kali ni tak sebut pula runner tu tak sebut pula nama  syarikat dia..pastinya ni bukan Pos Laju dan Bukan J&T.

Adah berlari keluar dari bilik.Pasti dia sangka parcel dia tu..hihihihi


Eh,ada parcel dari Lahad Datu..!
Pastinya saya dapat agak ianya kiriman 
CIKGU AMIE nun di Negeri di Bawah Bayu..

Tak sabar nak buka kerana bila dipicit dapat dirasa dengan tangan ada bentuk buku dan ada satu lagi macam kain.


Jom kita buka..
Adah yang lebih tak sabar.Berkali-kali dia suruh cepatlah buka.Dia dah boleh agak..
 "Ni mesti dari cikgu Sabah yang dah  pernah hantar macam-macam tu kannn..."
Heee...betul la tu .


Taraaaaaaa.....


Eh,ada surat di bawah meja!

***inspire saya nak letak tajuk entri ni🤭

Wah....kain yang saya teka dalam parcel tu....
Sehelai kemeja T hitam dari Tawau..
Macam tahu sahaja Cikgu Amie pilih saiz..🤭🤣
Walaupun selalunya saya pilih saiz L tapi bila dapat XL ianya selesa dipakai...


Ta Wa...
Saya belum pernah sampai Tawau..
Baru sampai KK..Kundasang dan Ranau.
Tawau memang dalam impian.Begitu juga dengan Sandakan..Ada sesuatu yang mungkin ada pertalian dengan saya di sana barangkali kerana ada kisah silam yang pernah tercipta di sana sekitar  tahun 70-an ketika saya masih bayi..!
Panjang ceritanya...mungkin nanti boleh minta Cikgu Amie jadikan cerpen..hihihi


Seperti biasa ,selepas dah keluarkan segala isi...sampul dan slip yang ada maklumat kita kasi gelapkan dulu...untuk keselamatan kan...


Jom...kita belek-belek buku berwarna merah jambu ini...berbunga-bunga...

Antologi cerpen yang turut memuatkan karya pena(sekarang keybord🤭) Cikgu Amie.


🥰😍🥰❤️🌹🌷💐
Hati berbunga membaca catatan dan tandatangan si pengirim.Gembira bagai menerima surat dari buah hati masa zaman remaja...hihihihi
Confident Cikgu Amie bahasakan   "Dik" kat saya
(padahal saya sukaa..🤭)
Entah-entah kita sebaya..Saya  kelahiran awal tahun 70-an  ...🤭

SK ...
Semalam saya nampak SK ada terima antologi cerpen"SERIAU" sebagai hadiah peraduan  TEKA NAMA YB ...kat sini
Saya komen...seronoknya kalau dapat juga buku yang ada autograph sign Cikgu Amie..
Eh,tak sempat beralih hari....beberapa jam selepas komen...Allah makbulkan..
🥰

Semua tentang surat..
Sebaik Adah selesai merakan video..saya terus membaca cerpen
"Surat-suratmu dan Surat-suratku"
Kebetulan baru buat spek dan baru saja siap hari Selasa..Test la spek baru untuk membaca...lulus!

Karya Cikgu Amie...ada nama watak Man dan kisah nak bakar surat tu..

Masyaa Allah watak kisah dalam cerpen ni ada beberapa persamaan dengan saya la..!


20 comments:

  1. Eh, macam best lah tajuk buku tu!! Banyak betul antologi cikgu amie tahun ni kan?? tahniah kak dpt hadiah... seronok sangat bila dapat parcel kan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan...Kreatif dan suka memberi orangnya Cikgu Amie ni..

      Delete
  2. comeinya tajuk nya.. cute!! alhamdulillah, congrats!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih MA..
      kan..cute je tajuk macam novel remaja

      Delete
  3. Wah tahniah!
    Cantiknya tulisan kak Amie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la...tulisan berangkai kemas..Saya tulisan macam doctor🤭

      Delete
  4. Eh bestnya dapat parcel dari orang jauh
    agaknya kisah mana la yg sama dengan akak tu ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kisah Surat-suratku dan Surat-suratmu tu la yang ada persamaan.Karya Cikgu Amie tu

      Delete
  5. Alhamdulillah, syukur parcel sudah selamat sampai. Perasaan gembira penerima sebenarnya berganda-ganda perasaan gembira sipemberi kerana pemberiannya diterima.
    Huurrmmm.... selongkar peti kenangan silam untuk hasilkan Surat-suratmu dan Surat-suratku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah .
      Semoga Allah kurniakan rezeki dan rahmat yang melimpah serta dimudahkan urusan Cikgu..
      Selamat berkonvo untuk Fuad...

      Delete
  6. Tqhniah kak..seronoknya bila dpt hadiah kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ SA..
      Betul..seronok dapat hadiah..malu pun ada🙈
      Eh..dari SA pun saya pernah dapat tudung bawal cantik..Tq juga

      Delete
  7. Wahhh..seronoknye tengok. Tahniah kak 😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ Jaja...memang
      seronok biladapat hadiah.
      Dari Jaja pun saya dah pernah dapat Kek Bunga Rampai yang sedap..TQ juga Jaja

      Delete
  8. Bestnya! Kak Amie mmg rajin memberi hadiah. Moga sentiasa bertambah rezekinya 🤲
    Eh, MC dah buat spek jugak ka ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinn...
      Begitu juga dengan PH semoga lancar rezekinya..
      Haaaa..dah kena buat spek dah...Bila membaca tulisan kecik dah mula kabur..tanda-tanda makin muda🤣

      Delete
  9. Tahniah kak "adik"...
    semalam baru ammi rasmikan pakai baju tawau ni... sedang elok je buat main badminton bagai sbb dia labuh takde risau terselak masa nak smash shuttle...ahaksssss smash le sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha..kak adik
      Kalau jumpa kat badminton court...boleh cam ni...hihihi

      Delete