Saturday, 10 December 2022

PUCUK UBI TUMBUK TUMIS BILIS-SEDAPNYA

Minggu lepas saya ada nampak kat satu group.Tak ingat group apa tapi ramai orang  Sarawak.Depa tayang sayur tumis pucuk ubi tumbuk sama pusuk..


Ish...saya pula yang ngences.


Kalau zaman kanak-kanak dan remaja..bila nampak  sayuran kampung macam pucuk ubi,kangkung,terung bagai ...rasa tiada nilai saja...


Sekarang kalau nampak pucuk ubi macam ni pun...dalam kepala dah bayang dah betapa sedapnya dimasak lemak cili api..direbus jadikan ulam pun nikmatnya..

Saya pernah makan dan masak pucuk ubi tumbuk tapi versinya macam masak lemak...Saya cuba cari dalam oldpost..

Ya..jumpa

SAYUR PUCUK UBI TUMBUK ...kat sini


Ini pokok ubi kayu yang ditanam oleh Pak Man gardener tempat kerja saya Benihnya saya bawa dari Kedah.Jenis ubi kuning ni...
Semalam masa sembang-sembang dengan cleaner masa depa masuk bersihkan Bilik Kerja saya..Saya cakap saya cakap teringin nak makan pucuk ubi..
Eh,depa offer nak petikkan saya pucuk ubi kat belakang tangki air tu.Saya pun mengambil kesempatan nak ikut depa pi belakang nak petik sama-sama.Saya cakap saya nak masak pucuk ubi tumbuk tumis dengan ikan bilis.Depa pandang dengan wajah pelik..


Tapi bila saya tunjukkan kat depa pic ni..pakat terliur la pulak.Saya cakap saya masak ni hari Selasa untuk dinner.Sebab craving yang dah tak boleh tahan,saya beli pucuk ubi kata pasaraya masa balik kerja.Ambil yang dah siap pack ada 4 tangkai pucuk ubi harganya RM1.30.Tapi sebab bendanya sikit maka,semua pucuk dan daunnnya  yang keras tu pun saya ambil..Suruh Adah tolong tumbuk sementara saya nak mandi dan solat asar.Sementara tu jangan lupa tanak nasi..Lepas mandi terus masak pucuk ubi tumbuk ni vs sambal bebola daging untuk depa dua beradik tu.
Kalau perasan,nampak kan betapa kasarnya tumbukan daun ubi tu.Kata Adah liat daunnya sebab daun tua.Pucuk hanya ada beberapa helai.Tapi ya Allah....sedapnya lahai sukar diceritakan...Saya makan dengan penuh nikmat macam dapat makan daging wagyu..🤣sambil Adah terkulat-kulat memandang sambil geleng kepala 🤭

Tak puas makan sebab sikit naw..Tu yang dah plan nak minta cleaner tempat kerja tolong  petikkan pucuk ubi kat belakang tangki air tu.
Lupa pula nak snap pic pucuk ubi yang dipetik tu.Terus masuk dalam bonet kereta kerana saya parking kereta dekat tangki air tu.
Ini resipi main campak-campak cara saya..

PUCUK UBI TUMBUK TUMIS BILIS
1 cekak pucuk ubi
(lebih kurang 250gm)
½ cawan ikan bilis bersih
4 sudu minyak
½ kiub pati bilis
garam 

Bahan Tumbuk:
7 -10 cili padi
3 bawang putih
5 bawang merah
1 ruas halia

1. Panaskan minyak dan goreng bilis hingga garing.ketepikan.

2. Dalam minyak yang sama tumis bahan tumbuk hingga harum.

3. Masukkan pucuk ubi tumbuk dan kiub bilis serta garam secukupnya.

4. Sentiasa kacau gaul hingga naik wap berasap dan agak-agak pucuk ubi sudah masak..Anggaran 5 minit.Masukkan bilis goreng dan gaul rata.
*** Saya tak pasti resepi asal ada masukkan air atau tidak,tapi saya memang langsung tak masukkan air.Hanya harapkan kelembapan pucuk ubi untuk larutkan garam dan kiub bilis tu.

5. Sesuaikan rasa dan siap untuk dihidangkan 


Pucuk ubi yang dah siap ditumbuk.Hasil tumbukkan saya terlalu lumat kerana pucuk ubinya segar dan lembut.Saya petik 3daun ke bawah bermula pucuk paling atas.

***Lain kali saya ingat nak pilih pucuk yang agak tua,mungkin 5-7 helai sebelum pucuk paling atas.Tumbuk pun kena agak kasar sikit macam yang Adah tumbuk tu..lebih terasa bila makan.

Tumbuk cili padi,bawang merah dan bawang putih.
Bila saya search semula kT Google rupanya banyak resipi pucuk ubi tumbuk ni dan hampir semua resipi memasukkan seketul kecil halia dalam bahan tumbuk.Saya terfikir,kenapa sayur dimasukkan halia?
Sekarang...bila dah lepas makan baru saya terfikir semula...
Agaknya halia dimasukkan bertujuan membuang/mngurangkan "angin" dalam pucuk ubi.
So,lain kali masak better masukkan halia agar  mencegah alahan angin daripada pucuk ubi...


Pusuk a.k.a ikan bilis.

Hasil dah siap masak..


Masih berasap panas...
Begitu juga dengan nasi.Sedang elok nasinya sudah tanak

Oleh kerana saya hendak menikmati pucuk ubi tumbuk ni tanpa gangguan kuah ...

Saya hanya menambah sambal garing ikan bilis dan berulamkan pucuk putat.

Oh ya,semalam masa petik pucuk ubi..kami melewati pokok putat yang sedang berpucuk ni.
Sedang elok pucuknya seakan minta dipetik..hihihi

Ni ada lagi pucuk muda.Saya hanya petik 3 tangkai sahaja kerana hanya sorang nak makan.
Pokok putat ini juga benihnya saya bawa dari kampung dan minta Pak Man gardener tanamkan.Kalau tak silap tahun 2019
Alhamdulillah,dah banyak kali berpucuk dan ramai juga dah dapat merasai pucuknya.


Nasi putih panas-panas
Sambal garing bilis
Ulam pucuk putat
Pucuk ubi tumbuk tumis ikan bilis...

See...gaul dengan nasi jadi sikit berminyak dan hijau-hijau.Lemak-lemak masin..
Masyaa Allah...walau hanya lauk rumahan yang amat sederhana...namun sangat sedap dan puas menikmatinya.
Cuma kalau makan lauk. ni JANGAN campur lauk lain yang berkuah..kena makan kering-kering baru feel..!
Sementelahan   juga selera saya pula lebih terarah lauk kering-kering.Menag kena lauk begini dengan tekak saya.
Bagi yang tekak kampung macam saya ...jom la cuba sekali...!
Kalau tak suka sekurang-kurangnya dah cuba.
Kalau suka...jom kita repeat sama-sama..🤣


14 comments:

  1. Pertama kali tau menu gini. Uniklah.
    Mesti sedap ni, sebab saya suka pucuk ubi dan suka makan sambal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau yang suka lauk kampung kering-kering..
      In syaa Allah rasanya kena dengan selera..hihihi

      Delete
  2. Takleh jadi ni, esok sy kena petik pucuk ubi depan rumah jugak ni MC :D
    Sy pernah masak pucuk ubi goreng + ikan bilis, resepi Dato' Rizalman. Tapi yg resepi MC ni lain, lagi senang nampaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la saya pun 1st time masak macam ni dan kena pula dengan selera.
      Try la PH kot kena dengan tekak

      Delete
  3. Selalu makan sayur pucuk ubi
    tapi yang tumbuk tak pernah lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wak banyak stok pucuk ubi tu..try la minta puan is3 masak kot kena dengan selera.Kalau saya jiran Wak,dah ngendeng nak minta pucuk ubi sikit..hihihi

      Delete
  4. Macam sedap jee.. ni kalau masak pedas² mesti lagi terangkat ye. Nasi panas, pucuk ubi ni, ikan goreng n renjis kicap (wajib kicap) 🤣🤣. Mau makan tak ingt suami n anak². Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Jaja...saya pun masak pedas-pedas & kalau ada ikan bawal hitam goreng panas-panas ni..tak pun ayam goreng panas..huish..!

      Delete
  5. Dapat lauk macam ni, asam pedas ke, kari ke, tolak tepi la.. dapat ikan kering dengan sambal belacan jer, terus bocor piuk nasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang bocor periuk SK...
      Tak pandang kiri kanan dah

      Delete
  6. wah..1st time dgr ni. mcm sedap je.. yum yum

    ReplyDelete
  7. Biasa SA buat tumis cili api ikan bilis cmpiur pucuk ubi..x pernah lagi tumbuk pucuk ubi tu...boleh cuba nanti ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun baru 2x masak mac ni...dah jatuh centa

      Delete