Catatan anak & emak.Cerita pasal masakan & peristiwa.Jika ada ilmu yang baik,gunakanlah. Segala yang tidak baik biar berakhir di sini sahaja....
Sunday 1 March 2020
MEE SEGERA GORENG DAGING SELAMBAK & TIPS DAGING REBUS
Mee Segera Goreng Daging Selambak
Ok.. Last dah about daging selambak untuk minggu ni
Coz ni ialah bekal & sarapan semalam hari Jumaat dah
Mak aku cakap nak habiskan stok daging rebus dalam peti ais..
Tips dari mak aku :
1. Beli daging & rebus seketul2 hingga empuk. Sejukkan
**rebus guna rice cooker.. Isi air banyak menutup daging & rebus hingga air rebusan tinggal 1/4 . Daging akan empuk cantik
2. Bahagikan beberapa bahagian anggaran sekali masak & masukkan dalam plastik bersama air rebusan ke dalam setiap plastik daging rebus
(contohnya 1kg dibahagi 2 @ 3 bahagian)
3. Frozenkan & jika nak masak esok pagi, malamnya keluarkan 1 bungkusan & letak di rak bawah dalam peti ais. Esok pagi daging dah defros & sedia dihiris untuk dimasak
So, x perlulah setiap kali nak masak baru nak rebus daging.. Memakan masa yang panjang terutama jika nak masak bekal waktu pagi✌️
MEE SEGERA GORENG DAGING
8 keping mee segera(mee segera kering dalam pack)
250gm daging (rebus hingga empuk & hiris nipis)
1batang carrot - hiris
3 sudu cili blend+bawang blend
2 sudu sos tiram
1 sudu teh garam
3 sudu minyak
1. Jerang air hingga mendidih untuk celur mee
2. Panaskan minyak & tumis daging beberapa minit
3. Masukkan cili blend & 1/2 cawan air rebusan daging & masak hingga naik minyak.
4. Masukkan carrot, garam & sos tiram
( sementara itu celur mee hingga lerai sahaja. Jangan celur lama nanti lembik)
5. Masukkan mee yang sudah dicelur kedalam bahan tumis & gaul sebati.
6. Sesuaikan rasa & tabur daun bawang
Bekal
3 bekal macam biasa
1 mak aku
1 abang
1 kakak
Bekal mak aku
Bekal abang
Bekal kakak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Wahh, tips yg amat berguna
ReplyDeleteAlhamdulillah jika bermanfaat...
DeleteOh baru tahu simpan daging sekali dengan air rebusan. Terima kasih ye 🙋
ReplyDeleteSama-sama
Delete(bagi pihak mak kiter)
🤠Sebab kkter just sampaikan