Friday, 6 April 2018

ULAM PUCUK SENERUI...PUCUK PUTAT...PUCUK ULAM RAJA

Ulam Pucuk Senerui dan Pucuk Ulam Raja
Ni pic masa balik cuti bulan Mac hari tu



Ulam adalah wajib untuk nenek setiap kali makan nasi
Aku makan juga tapi bukan semua ulam aku boleh telen..
Macam Ulam raja ni aku boleh je
tapi Ulam Pucuk seneriu tu x ku cannot go
Sebab bau dia kuat sangat



Pucuk Putat
Haaa...ulam ni aku boleh makan
Rasa dia kelat-klat tapi ada rasa lemak rangup


Ni nak nak citer Ulam Pucuk senerui
Sebab kat KL xde jumpa ulam ni


Sebelum tu jom tengok Pokok Putat kat kampung nenek


 Ni pic Pokok Putat kat kampung nenek tu
Pucuk dia la yang selalu mak aku petik buat ulam
Mak aku cakap pucuk putat ni selain daripada but ulam
Selalunya orang Kedah buat makan ngan laksa


Buah Putat
Haaa...buah putat ni pun mak aku cakap sedap buat ulam
Tapi kena amik buah muda macam ni la
Kalau dah warna hijau macam kat belakang tu dah banyak serat x sesuai lagi nak buat ulam
Kalu musim tengah berbuah memang banyak buah dia sebab tengok lah...panjang tangkai buah dia
Tapi masa balik 2 minggu lepas baru tengah berbunga
Buah dia hanya da beberapa biji jer
Mak aku cakap nanti beberapa minggu lagi banyaklah buah dia


Pokok Ulam Raja
Nenek yang tanam kat umah baru t
Banyak nenek tanam
Mak aku la yang suka sangat ulam raja ni
Bila balik mak aku nyer seronok ..
Mak aku kalau makan ulam...
Kambing pun menangis kalau tengok..
Hahahaha


Waalaupun musim panas..
Poko-pokok ulam raja tu tetap hijau sebab nenek siram setiap hari


Pokok Cili pun ..
Nenek kata asalnya pokok cili ni berbunga sangat lebat
Tapi nenek terbubuh baja masa pokok cili tengah berbunga lebat
Esoknya habis bungabung cili tu gugur..
Huhuhuhu...nenek kata dah lupa skill nak jaga pokok cili
Hahaha...cian pokok cili tu
Hanya ada beberapa biji jer cilinya
Nenek simpan sampai masak sebab nak amik biji cili tu semai jadi benih semula
Hahahaha



Ok...Ni la POKOK SENERUI
Mak aku kata kat kampung nenek memang panggil POKOK SENERUI
Tapi kalau kat tempat lain di Kedah dorang panggil POKOK CEMUMAQ
Haaa...ada idghom dia



Pokok Senerui a.k.a Cemumaq ni banyak tumbuh dalam kebun getah nenek kat belakang rumah tu
Kena jalan kaki sikit la nak gi kebun tu



MAk aku banyak la petik Pucuk Sennerui ni kat dalam kebun getah tu
Kata mak aku kalau dibiarkan Pokok Senerui tu boleh tinggi macam pokok jambu
Tapi sebab kebun nenek ni baru dibersihkan
Nenk kata baru upah orang untuk tebaskan semak samun
So...pokopokok Seneruin ni tunas-tunas yang baru tumbuh la
banyak la pucuknya



Selpiaq dalam kebun getah sat...
Haa...nampak dak kat tangan kiri ceq ada Lingkaran Ubat Nyamuk..
Hihihi...nak selpiaq kat kebun getah nenek dah siap bagi bekal ubat nyamuk do..!
Hahaha...betul ke orang Kedah cakap Selpiaq??
Hahaha...aku boleh cakap Kedah tau
tapi ada beberapa perkataan yang aku kompius..
Sebab x semua perkataan boleh guna Q
Contohnya LANGSIR...
Aku sebut LANGSIAQ..
Tapi mak aku kata orang Kedah x sebut LANGSIAQ...
Depa sebut TIRAI a.k.a TIGHAI..!!
Kalau LANGSIAQ tu nama hantu yang ketawa atas pokok tu..
Ish...seram ngat aih...!!!
Mana ceq nak tau..
Ceq meang owang KL
Tapi nanti mak ceq kata nak balik dok KEDAH...
Nanti ceq kena belajaq cakap loghat Kedah la plak ..
Tapi ceq suka kalau nak dok KEDAH..
Dah lama ceq ajak mak balik dok Kedah..
Tapi mak ceq yang x mau balik lagi..

3 comments:

  1. salam

    pernah dengar pucuk putat arwah mak cakap.. tapi tak pernah nengok buah putat. rasa apa ya?


    see prev comment

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buah putat tu macam rupa buah guava pun ada..kiter x makan buah outat...tapi mak kiter cakap rasa dia macam pucuk dia juga..ada sikit kelat..mmm..kiter x pernatry..mak ngan nenek jer suka

      Delete
  2. nanti amik gambar buah putat muda dan dah masak...

    di Melaka ada tempat nama sungai putat..

    Sabah putatan ...

    ReplyDelete