Sup Cendawan Berkrim
Minggu lepas nyer
Sebelum demam
Nak tulis masa demam tu...
Memang x lalu nak tulis
Tengok pic makanan pun rasa nak muntah dah..
Tambah makanan berkrim camni..
Lagi la....
Sup Cendawan Berkrim ni
Untuk dinner aku ngan mak aku
Cicah ngan Wholemeal Bread jer
Sebab xde Garlic Bread
Selalunya dolu mak aku rajin jer buat sendria Garlic Spread tu
Pastu sapu pada roti..
Bakar
Cicah ngan cream soup
Yummy...!!
Cream Soup ni just buat guna Oyster Mushroom
Fresh Oyster Mushroom
Mak Ismail yang bagi
Mak aku cakap nak masak Clear Soup jer makan ngan Nasi Goreng
Tapi aku request nak Cream Soup...
Mak aku suruh aku simpan separuh..
Guna 1 mangkuk jer mushroom.
SUP CENDAWAN BERKRIM
1 mangkuk cendawan
2 cawan air
½ tin susu cair
½ kiub ayam
1 batang sadri
¼ bawang holland
1 sudu butter
1 sudu tepung gandum
¼ garam
¼ lada sulah
1. Panaskan butter dalam kuali & masukkan tepung.Kacau sehingga tepung masak tetapi jangan sampai perang.Angkat tepung tadi dan ketepikan
2. Tambah sedikit lagi butter dan tumis bawang holland yang dicincang. Kemuadian masukkan semula tepung tadi
3. Masukkan mushroom dan air
4. Tambah sadri kiub ayam dan masak hingga mendidih
5. Matikan api dan biar sup sejum sedikit
6. Blend sup tadi hingga halus berkrim dan masukkan semula dalam kuali atau periuk.
7. Tambah susu cair,lada sulah dan sesuaikan rasanya
8. Panaskan sekejap sambil sentiasa dikacau supaya kuah berkrim dan tidak mendidih kerana jika mendidih nanti kuahnya x cantik.
9. Hidang panas- panas bersama garlic bread
Patahkan dan koyak- koyakkan kasar- kasar jer..
Sebab nanti pun nak blend juga..
Jangan x tahu...ni kerja aku tau..!
Hahaha..vangga ooo dapat patahkan mushroom ni..Hahahaha
Ni kerja mak aku..
Aku tengok jer
Tepung gandum dan butter dimasak dalam kuali
Pastu angkat tepung tu
Bawang dengan butter plak
Mak aku cakap sebab bawang Holland yang kuning tu xde...so guna jer lah bawang besar merah ni
Tapi kata mak aku kalau guna bawang Holland lebih sedap. Bawang yang merah ni bau dia kuat sangat & warna dia mengganggu..
Hahaha...cian bawang ni...dikutuk2
Masukkan semula tepung yang dimasak dengan butter tadi
Tambah air dan masak hingga mendidih.
Mak akubpesan jangan guna kiub ayam tu banyak sangat...just ½ kiub jer
*** Kalau ada kuah sup ayam just guntikan air dan kiub ayam tu dengan kuah sup..lagi sedap
Tanpa perasa tiruan
Tambah sadri
Mak aku cakap batang sadri lebih sedap
Tapi dah xde...guna jer daun sup
Bila mendidih...matikan api dan biarkan sejuk sedikit sebelum di blend
JANGAN blend masa panas- panas lak
Nanti bersembur habis penuh lantai..dinding ...siling rumah..
Haaaa....sendiri mau hengat..!!!!
Bila dah suam...baru blend hingga halus berkrim
Lagi sedap kalau gunakan Cooking Cream..
Tapi yang ni mak aku cakap just guna susu cair
Cooking Cream ada stok dalam freezer baki yang abanh beli untuk masak Fettucini Carbonara hari tu..
Tapi sebab lupa nak kuarkan awal- awal..
Masih beku keras dalam freezer
Guna jer susu cair..
Nak lagi berkrim...
Boleh tambah lagi cream @ susu cair
Sebab semua dah lapar
Mak aku pun xnak buatkan garlic spread
Maka cicah jer ngan wholemeal bread ni
Pun SODAPPPPP..!!!!
Yummy for my tummy..
Selain Mushroom Cream Soup...
Mak aku juga pernah masak
CHICKEN CREAM SOUP kat sini...
Lagi Pumpkin Cream Soup yang juga sedapp
PUMPKIN CREAM SOUP kat sini..
No comments:
Post a Comment