Lauk semalam..
Mak aku yang masak untuk dinner
Sebelum maghrib mak aku dah siap masak
Dah boleh dinner
Sardine...
Hari tu kemain mak aku cakap dah xnak makan sardin sebab mahal
NAk makan Bilis Tin jer..kikikiki
Ni dah kenapa masak sardine plak..
Dah habis marah ker pada sardine..??
Hahahaha....
Bila tanya mak aku
Mak aku cakap ...Dah xkan nak masak kari ni nak guna bilis tin plak...x sesuai
Hehehehe..
Tu mesti mak aku dah lupa pesan Achik tu..
Achik selalu pesan dalam Family Group WhatsApp..:
" Jangan Buat Janji Waktu Sedang Gembira
Jangan Buat Keputusan Waktu Sedang Marah.."
Tapi kalau dah namanya Lauk Sardine ni..
Kalau kat umah aku dah memang x berubah la..
Kuah semua habis
Tapi Ikan Sardine nyer tergoleks dog jer lah xde sesapa nak makan..
Kuah ngan betiknya mak aku makan..
Aku hanya makan kuah
Sebab aku x suka betik dijadikan lauk
Kalau makan Betik Masak aku suka
Tiga biji Betik
Nampak macam banyak kan..?
Tapi betik ni Mini Size
Hanya sebesar buah nagga jer
Sebab ni BETIK SOLO
Minggu lepas pun mak aku ada beli Betik Solo yang dah masak ranum sebab aku x boleh nak membuang
Mak aku soh aku makan betik supaya lawas
Aku dah citer dah pasal BETIK SOLO kat sini...
Tapi yang mak aku guna untuk masak Kari Sardine Campur Betik ni
Mak aku cakap guna betik yang mengkal
Mengkal tu apa?
Mengkal tu maksudnya buah yang hampir masak tetapi isinya masih keras
Nak tahu macamana Betik Mengkal..?
Haa macam kat atas ni la
Kulitnya masih hijau..
Isinya dah merah
Tapi masih keras dan rangup..
Betik yang masih rangup ni lah mak aku cakap oarang sealu guna buat Jeruk Betik macam yang sealu jual kat Pasar Malam tu..
Mmmm...pernah nampak tapi aku x pernah beli serta x pernah makan sebab aku memang TAK SUKA JERUK..!!
Hanya mak aku ngan Achik jer yang suka jeruk-jeruk nih
Tak tahulah kot nanti bila dah tua macam mak aku...aku akan suka jeruk..kikiki
Mak aku meang pernah masak lauk menggunakan Betik Mengkal
Antaranya ...
BETIK LEMAK PEDAS kat sini...
KARI AYAM CAMPUR BETIK kat sini...
SAYUR BETIK DAUN SELASIH kat sini..
Mak aku cakap kalau betik yang dah masak lembik x sesuai nak masak jadikan lauk
Betik masak lembik sesuai untuk terus makan sebagai dessert
Masa belah buah betik ni
Mak aku citer yang dolu nenek ada bagi tips nak pilih biji betik untuk tanam
Bila belah buah betik akan ada biji betik yang warna hitam grey dan hitam pekat
Nenek bagitahu suruh HANYA pilih biji betik yang warnanya HITAM BERKILAT
dalam buah betik tu
Mmmm...yer lah ada biji betik yang HITAM BERKILAT & ada yang macam GREY jer...
Tapi yang HITAM BERKILAT tu x banyak sangat..
Yang Hitam Grey tu lagi banyak
Yang putih pun ada juga beberapa biji
Tapi yang putih tu mak aku cakap biji muda & xkan bercambah jika ditanam...
Mmmm..baru aku tahu..!
Mak aku cakap sebab nak masak sikit hanya 1 tin kecil sardin
Mak aku cakap nak guna sebiji sahaja Betik Solo ni
Nama jer sibiji macam banyak
Tapi sebab saiz Betik Solo ni hanya sebesar mangga sahaja,
So, dapat banyak ni jer..
Kalau guna betik biasa yang saiz standard tu mak aku cakap just guna 1/4 biji pun dah cukup
KARI SARDIN CAMPUR BETIK
1 tin kecil sardine
1 biji betik solo mengkal@(1/4 betik biasa)
3 cawan santan cair
1/4 air asam cair
garam
2 sudu rempah kari ikan
3 sudu minyak
Bahan tumis:
2 bawang meeah
1 bawang putih
1 tangkai daun kari
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis
2. Masukkan serbuk kari yang dibancuh dengan ½ cawan air
3.Masak sampai naik minyak
4. Masukkan betik dan tambah santan.
5. Masak hingga betik empuk baru dimasukkan air asam dan garam
6. Masukkan pula sardin bersama sosnya..
7. Sesuaikan rasa
8. Untuk kuah cantik,kecilkan api dan biar mendidih perlahan sekejap sebelum dimatikan api
Mak aku cakap sepatutnya ada juga daun kari..
Tapi ni dah xde stok daun kari..
Kira x patut la..hahahaa
1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis
Biar bawang garing
Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan ½ cawan air
Bila rempah dah naik minyak,masukkan betik
Sardin..
Hanya 2 ketul sebab guna 1 tin kecik jer..
Masukkan santan cair dan masak hingga mendidih dan betik empuk..
Biar betik empuk dahulu baru masukkan garam dan air asam...Kalau masuk air asam dahulu supaya betik empuk cantik..
Jika masuk air asam dahulu mengganggu proses betik untuk empuk lembut
Masukkan sardin dan sos nya...
Sesuaikan rasa supaya seimbang
Kuah akan masin,masam dan sedikit manis dari betik..
Kecilkan api dan biar mendidih sekejap selupaya kuahnya naik minyak dan cantik
Jika dimasak beberapa jam sebelum makan..kuah akan lebih pekat dan sedap
Mak aku cakap sebab nak feel nostalgianmacam nenek masak dolu- dolu...kena ada ikan masin
Nasi Putih Kari Sardin Campur Betik....
Bersama Ikan Masin...
Mmmm......sedapp...
Dah cuba amik isi Ikan Sardine tu nak makan..
Tapi akhirnya x makan juga
Aku x suka isinikan sardine ..
Kkan masin lagi sedap...
No comments:
Post a Comment