Untuk buat minuman
Aku...abang @ kakak MESTI akan cari botol ni dalam peti ais..
Tak pernah kitorang mencari Tin Susu Pekat dalam peti ais..
Sebab Tin Susu Pekat memang xpernah ada dalam peti ais..
Jika botol itu sudah habis isinya...
Baru kitorang akan cari Tin Susu Pekat kat kabinet dapur..
Pastu tin susu akan dibuka dan AUTOMATIK terus tuang isinya dalam botol yang sama simpan semula dalam peti ais..
Selalunya aku...abang atau kakak akan terus topup jer susu pekat tu dalam botol tu..
Cuma kalau mak aku yang topup...
Macam hari ni
Sesekali mak aku akan buang semua sisa susu tu dan basuh serta lap botol tu sampai kering sebelum isi semula susu pekat..
Botol ni dah bertahun dah tugasnya memang simpan susu pekat..
Sebelum- sebelum ni botol lain la..
Bila botol tu dah pecah @ penutupnya terhilang baru akan diganti botol baru..
Sebelum ni aku x pernah terfikir nak tanya mak aku kenapa simpan susu pekat dalam botol tu
Cuma hari ni baru TERFIKIR nak tanya..
Itunpun sebab nampak mak aku cuci botol tu untuk isi semula susu pekat..
Kata mak aku...
Ada beberapa sebab mak aku simpan susu pekat dalam botol
Antaranya:
i. Lebih kemas dan mudah simpan dalam peti ais
ii. Elakkan tumpah dalam peti ais sebab boleh tutup ketat2
iii. Tahan lama...sebab kalau simpan dalam tin mudah berbau tin
iv. Elakkan tindak balas tin dengan susu...
v. Senang nak cedok sebab sebab mulut botol ni luas..Kalau simpan susu dalam peti ais...susu akan bertambah pekat dan susuh nak tuang
vi. Lain - lain sebab yang sewaktu dengannya..hahahaha
********
Begitu juga makanan dalam tin yang lain seperti Laici....Sardin....tomato puri..jagung dan lain- lain.
Sebab dah pernah ada pengalaman order Air Laici kat kedai...tapi.. YEARK..!!!
Bau dan rasa tin....sampai nak muntah..!!
Sudahnya minta Air Kosong
Pernah tunjuk CARA SIMPAN LAICI TIN kat sini...
Kalau baki makanan tu sedikit dan x berbaloi nak guna botol....
Isikan sahaja lebihan makanan tu dalam plastik kecik dan ikat kemas2..
Lepas guna boleh terus buang plastiknya
Makanan selamat...nak simpan pun x banyak guna ruang peti ais..
Sebab Peti Ais kat kitorang bukan besar pun..
Begitulah ceritanya pasal simpan susu pekat
Aku x pasti semua mak- mak memang simpan susu pekat cam mak aku juga atau lain mak lain caranya....
Cuma aku rasa aku perlu suggest kat mak aku supaya buat lable..
Kalau macam susu pekat ni aku dah cam dah botolnya..
Macam botol lain aku bukan cam pun apa isi dalamnya..
Hanya mak aku jer yang tahu...
Susu Pekat ni akan cepat habis jika ada abang kat umah..
Malam2 mesti abang akan buat Susu Ais
Kalau ada kakak pun sama..
Kakak akan buat Milo
Lagi cepat habis kalau ada dua2 orang tu
Sorang buat Susu Ais
Sorang buat Milo Tabur
Aku...???
Aku hanya akan tumpang sekaki
Hahahaha....
Wahh
ReplyDeleteSusu ais tu susu pekat + air sejuk ke? ๐ณ
ReplyDeletekalau nak kata sbb mulut botol besar nmpk mcm mulut tin tu lagi besar, hahahha xpe2.. papepon thanks share๐๐
ReplyDelete