Bukan Raja yang goreng pisang tu
Tapi Pisang tu namanya Pisang raja
Lepas tu digoreng
Jadi la Pisang Raja Goreng
Pisang Raja versi mengkal
mengkal tu maksudnya dah masak tapi masih keras
Ini favourite mak aku ngan Achik ngan nenek untuk dijadikan Pisang Goreng
Aku x tahu kenapa mka kau..ngan nenek ngan Achik suka pisang yang mengkal
Sebab aku lagi suka pisang yang masak lembik
Bila goreng rasa manis
Ni Pisang Goreng versi Pisang Raja yang masih mengkal
Aku makan 1 jer sebab x manis
Mak aku kata sedap sebab x manis
Mmmm...lidah xsama
Tapi Teh O lidah aku sama ngan lidah mak aku
Kami suka Teh O
Mak aku cakap kalau guna pisang mengkal isinya gebu dan x benyek
Mak aku kata rasa pun x manis sangat
Mmmm...dah suka semua cerita yang baik-baik la kan...kikikiki
Sebenarnya kata mak aku semua tu mungkin sebab dolu-dolu nenek hanya kan goreng pisang yang mengkal
Bila pisang dah masak lembik nenek x akan goreng lagi
Sebab tu mak aku cakap Achik ngan mak aku pun dah terbiasa selera makan Pisang Mengkal Goreng
Pisang yang masak lembik nenek akan buat cekodok dan Lengat Pisang SAHAJA
Mak aku cakap nenek TAK AKAN buat lepat sebab nenek x suka.
Hahaha....x suka betul nenek ngan lepat pisang
Patut la aku x pernah nampak nenek buat lepat Pisang
Ni la Pisang raja versi mengkal tu
Dah ada warna kuning tapi isinya masih keras
x berapa manis
ada sedikit rasa kelat
Bila digoreng isinya macam pisang rebus...gebu
Tepung Pisang Goreng versi mak aku..
Bahan::
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 1/2 cawan air
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula
2sudu minyak
1/4 sudu teh pewarna kuning telur
- Blend jer sumua nahan tu hingga berkrim..
- Siap boleh guna untuk celup pisang,keledek,keladi bagai
Goreng dalam minyak banyak supya garing dan rangup
Siap ..rangup...
Ni Pisang Raja versi masak kuning
Versi yang aku suka
Sebab lembik dan manis
Ni untuk aku
Guna pisang Raja yang masak kuning
Pisang Goreng lebih sedap kalau dimakan ngan Sambal Kicap
RESIPI SAMBAL KICAP kat sini..
lagi sedap kalau dicicah dengan sambak kicap cili + bawang putih skit..huii terangkat
ReplyDeleteMak kiter pun kadang2 buat sambal kicap tu..tapi selalunya x buat..hahaha
Delete