Makan nasi putih.Berlaukkan hanya sayur pucuk betik dan tempe..
Tapi .....masyaa Allah dia punya sedap...boleh lupa keadaan keliling tau...hihihi
Ni untuk tekak kampung + orang tua macam saya la...
PUCUK BETIK TUMIS PEDAS DENGAN TEMPE
1 cekak pucuk betik
1 bungkus besar tempe
minyak,garam,gula
Bahan Tumbuk:
10 cili padi
5 bawang merah
3 bawang putih
sejemput bilis bersih
1. Rebus pucuk betik dengan sikit garam hingga lembut.Hiris kasar.
2. Tumbuk semua bahan tumbuk hingga lumat.Tambah tempe goreng dan tumbuk kasar.
3. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk. hingga harum.
4. Masukkan pucuk betik rebus yang dihiris kasar dan perisakan.
5. Sesuaikan rasa
*Makan dengan nasi panas-panas dengan ikan masin pun dah nikmat..jangan campur lauk berkuah..
Lama dah tak jumpa pucuk betik...Kalau pi pasar hari Sabtu atau Ahad memang syok dapat jumpa ulaman segar.
Tak pahit la pucuk betik ni..
Tak pasti juga sama ada sebab jenis pucuk betik ni memang tak pahit atau sebab dah masak dengan tempe ka dia jadi tak pahit?
Saya pun tak tau...Yang pasti rasa dia sungguh sedap di tekak saya.
Sejak dua menjak ni saya suka layan youtube dari seberang.Depa kreatif menggunakan tumbuhan sekeliling sebagai sumber makanan.Aneka dedaun,ubian dan apa sahaja yang ada disekeliling diolah menjadi lauk dan kudapan yang menyelerakan.Antaranya pucuk betik.Kalau pucuk betik jenia pahit,katanya bolej dihilangkan pahitnya dengan merebus daun betik dengan air yang dicampur tanah liat.
Syyy...saya tengah attend meeting ni..mengantuk ya ampun...
Saya tak dan nak ziarah-ziarah lagi...baru sempat singgah dapur SK...keras perut saya tahan gelak sorang-sorang .Nanti saya bertamu ke rumah kawan-kawan yer...
Ini yg malas masuk dapur MC, cepat tergoda dgn lauk kampung gini 😂 Sat gi kena singgah kedai la cari tempe hehe... Daun betik kita amik depan rumah, ada rasanya:p
ReplyDeleteSy rasa sy pun tua la, suka makan lauk2 macam ni. Eh, tapi sy dari muda remaja suka lauk2 macam ni, hihi. Pernah dengar petua nak kurus, makan pucuk betik, kalau dah masak campur tempe macam n, aci ke nak kurus. Nasi mesti banyak punya, hahaha.
ReplyDeleteasal ada tempe, mesti sedap punya la... lauk2 kg yg rare mcm ni la yg sedappp...
ReplyDeleteini rahsia awet muda kak bunga betik pucuk betik sayur peria...saya pun suka sbb tu saya masih remaja hahaha perasaan
ReplyDeleteRingkas tapi menyelerakan
ReplyDeleteTeringin jugak nak mencuba. Tak pernah jumpa dan makan sayur gini.
ReplyDeletePucuk betik ni kalau buat kerabu je kite boleh makan. Hihihi
ReplyDeleteSelalu pucuk betik ni buat ulam je pernah mkn.. belum pernah dibuat sayur
ReplyDeleteYa ampun! Mama Cella masak pucuk betiklah pulak.
ReplyDeleteTak sabar saya nak turun pasar tani, nak cari pucuk betik!
SA x tahan dengan pucuk betik..dia punya pahit tu..ada cara nak bagi x pahit ke kak..selalu celur je cicah sambal belacan...
ReplyDeleteammi tak pernah makan...tp selalu pucuk betik org rebus buat minum airnya kalau kena denggi. pahit piau katanya
ReplyDelete