Friday, 20 January 2023

OLE-OLE DARI SARAWAK

 Jumaat bertemu Jumaat..Last post Jumaat lepas.Hari ni Jumaat baru dapat update blog ni...hihihi..

Entri ni pun dah dekat seminggu menaip tapi tak sempat nak publish...takdan nak jenguk blog ni ..apa lagi nak jenjalan blog kawan-kawan.Saya banyak guna handphone sahaja untuk berblog dan blogwalking.

Bz awal tahun + migrain menyerang tak boleh nak mengadap handphone ..


Ni dah taip dah beberapa hari tapi tak sempat habis.
Pukul 11.30 malam pi Terminal Bersepadu Selatan(TBS) pick up anak bujang tu balik dari Sarawak.


Sebelum tu pukul 7.30 malam dia update dah masuk perut kapal terbang & nak fly dalam 7.45 jap lagi..
Dijangka tiba @ KLIA2 dalam pukul 9.30 malam.Pesannya tak payah tunggu dia kat KLIA2 tu..nanti dia naik bas KLIA-TBS saja..just tunggu kat TBS .

Sebelum fly dari Kuching dia kata dah beli tiket bas.Adah banyak guide dia beli tiket bas ni sebab Adah lebih familiar.Masa PKP Covid dulu Adah duty kat KLIA & hari2 ulang alik naik bas TBS-KLIA-TBS ni..tambang sehala RM12..sekarang pun masih RM12.Kata Adah boleh saja beli tiket walk in kat kaunter tapi,better beli online awal-awal,nanti nak naik bas baru redeem ticket.
Naik ERL lagi cepat..tapi..mahalllllll🤭
Kalau nak bawa kereta jenuh jugak la minyak,tol & parking.Sebelum dan selepas PKP trip bas tu lagi kerap la..tapi kata Adah last bus pukul 10.30. @ pukul 11 macam tu la
( kena rujuk google la untuk jadual yg lebih jelas).Perjalanan lebih kurang 1 jam la..bergantung traffic..Dulu masa dok hantar & tunggu Adah kat TBS


Sampai rumah dah pukul 12 malam.. terus buka lagage takut isinya rosak.Dah la lagage ni kecik saja.Kata anak bujang tu tak payah nak bawa lagage besar.Dia bukan nak beli apa pun..just nak beli kek lapis saja sebuku dua dan buah dabai jer.Dia pun memang beli tiket tak booking lagage pun.Cukuplah hand carry 7kg.

Sekali masa nak balik,kat airport Kuching dia call.Katanya masa timbang lagage...beratnya 14kg...hihihi...kena la bayar RM100...
Haaaa...tu la konon dah cukup 7kg saja tak nak tambah lagage lagi RM58 takut rugi sebab konon tak nak beli apa-apa...
Kan dah lagi rugi..!
Memang la beli tak banyak pun..pergi 1 lagage..balik pun 1 lagage..
Tapi kek lapis tu saja pun dah berkilo...belum lagi dabai dan ikan terubuk...dabai lagi...hihihi


Kain pelikat?
Ada cerita kelakar pasal kain pelikat dalam lagage tu...

Anak bujang saya  lone ranger ke Sarawak.Tiket dan hotel dia dah booked bulan lepas lagi,nak habiskan cuti tahunan.Cuma katanya kat Sarawak  nanti dia nak berziarah  ke rumah kawannya.Saya tanya kawannya tinggal sendiri atau dengan ibu bapa..tinggal dengan ibu bapa katanya..Saya pun kirimkan la sehelai kain batik dan sehelai kain pelikat dan sikit buah buah tangan yang lain untuk ibu bapa kawannya tu.Jejauh datang dari Malaya..takkan nak gi dengan tangan kosong...kan...hihihi
Kain batik tu masih berbalut plastik dan kain pelikat saya beli yang ada kotaknya.Saya juga bekalkan paper bag dalam lagagenya.Kata saya nanti kalau nak pergi berziarah rumah kawan,bawalah semua buah tangan tu ,masukkan dalam paper bag yang saya dah sertakan.

Yang pelik tu,bila dia balik...kain pelikat tu ada lagi dalam lagage..tapi dah tiada la kotaknya...Bila saya tanya kenapa bawa balik kain pelikat ni...kenapa tak bagi pada bapa kawannya?
Dia boleh garu kepala & kata dia sangkakan kain pelikat tu saya bekalkan untuk dia buat pakai buat solat atau tidur..
Jadi dia hanya bagi kain batik dan makanan ringan yang saya bekal kan tu saja la...
Aduhaiiii la anak bertuah...!

Mmm...kita tinggalkan kisah kain pelikat yang taknak jadi rezeki sedekah .
Kita tengok apa ole-ole dari Sarawak ni..


Aneka kek lapis..

Dalam kunjungan dulu...kami dah berjanji tak akan masuk lagi kedai kek lapis yang popular tu..
Rupanya memang anak bujang ni kotakan janji tu..Dia kata memang dia tak pi kedai kek lapis tu..
Kali ni dia beli dari Mira Cake House &  satu lagi apa entah saya dah lupa.

Selain tu..ini ada timbal balas dari mak rakannnya itu...ada gula apong dan dalam balang tu rempah pedas katanya..Saya pun tak tau nak guna buat apa...hihihi


Tak sah juga ke Sarawak tanpa bawa balik terubok masin kan...nama glamour dia ITM...IkannTerubok Masin.

Jom kita buka..

Ada 4 bungkus .Saya belum sempat buka dan belum sempat goreng lagi...Sejak Jumaat lepas hingga Khamis..seminggu genap tak masak kecuali pepagi buat wrap saja untuk alas perut.Lain semua tapaw...sibuk naw kununnya..hihihi



Ini tak tau apa namanya..

Rupa dia macam yang buat kunafa tu..teksturnya rangup dan rasanya manis

Taraaaa....
Yang paling saya nantikan...
Kalau tak beli ...mau mak dia merajuk cari batu belah bertangkup ni🤣
Ok...jap lagi lepas habis Buletin Utama baru nak mulakan blogwalking..
Nak mulakan dengan ke Lahad Datu dulu sebelum beransur pulang ke Malaya
Rindu kawan-kawan maya semua...

5 comments:

  1. Saya pun ikut garu kepala pasal kain pelekat tu. Banyak kek lapis naik belon ye Mama Cella.
    Orang Lahad Datu dalam perjalanan ke Malaya. Doakan selamat pergi dan kembali.

    ReplyDelete
  2. Wahhhh... byknya kek lapis... nk simpan utk raya ke ni?? kek lapis premium yg sedap di tekak sy Diwani Kek Lapis.. tp 1 loaf rm25 sbb premium kan?? Byk dabai tu boleh buat stok simpan dlm freezer nnt kak.. yg mcm kunafa tu namanya mitai.. cair di mulut tu maniss.. haha

    Lucu pulak baca kisah kain pelikat.. spesis laki ni mmg kena brief satu2 mst dia lupa la tu 😂😂

    ReplyDelete
  3. Rempah bubur pedas tu untuk buat bubur pedas... rempahnya kena rendam dulu biar kembang baru masak macam kari... lauk2 campurannya segala jenis pucuk dan sayur mcm kacang pnjang, kobis, kentang, tahu kering, cendawan hitam, carrot, daun kunyit, sayur2 pucuk... semua potong2 halus... boleh guna ayam atau daging utk protein.. jgn lupa santan ya.. haha.. bulan puasa mmg glamer ni seglamer bubur lambuk

    ReplyDelete
  4. Hahahaha comel lah kisah di sebalik kain pelikat tu sis.. Anak bertuah sungguh lahai.. Saya rasa kalau pesan dekat budak Aqil pun camgitu lah gamaknya kejadiannya sis.. ;)

    ReplyDelete
  5. Yeayyyy..makngah dah kembali. Hihihi. Tu diaaaaa, kate nak beli sebuku dua je. Rupenye bawak balik berbuku² 🤣

    ReplyDelete