Ke Ideas Hotel bersama rakan-rakan meraikan salah sorang rakan kami yang akan bertukar tempat kerja ke Kelantan.
Kami carpool..saya dan Pn Ela tumpang kereta Shifa.
Sebab Pus dah booking awal,ada 3 meja reserve untuk kami..
Tapi sebab saya dan Shifa sampai lambat,kami menempel kat meja Syahir & the geng lelaki..2 meja lagi dah penuh rerakan wanita.Piring saya...Macam bagus ja kan..amik sikit..konon ikut step..lepas appetiser baru nak makan main course..hihihi
Kerabu daging dan kerabu suhun dia sedap sungguh..2x saya ulang...hihihiDia kata malas nak bangun banyak kali...dia kumpul beberapa makanan dalam sepinggan.
Nampak dessert dan mee kari..Depa kata mee kari sedap tapi saya bukan peminat mee kari.
Nampak Syahir amik creamy pasta ni.Panas-panas berasap baru dimasak..Cukaikan berberapa suap dari piring Syahir ni..Dengan Syahir saya gamak jer nak makan dari pinggan dia..hihihi
Syahir ni muda lagi..kira macam pangkat anak dah kalau nak banding dengan saya.
Kak Mel mai meja kami..
Kelentang kelentung...
Tak puas paw pasta creamy dari piring Syahir..
Kebanyakan orang lain dah berhenti makan sebab depa dah sampai lama..saya,Shifa & Pn Ela baru nak makan..
Saya ajak Kak Mel pi amik pasta..sebab segan nak tunggu sorang-sorang kat tempat pasta tu..
Maklumlah...saya sampai lambat kan..baru makan...masih belum kenyang..hihihi.
Kaunter dan lengang takda orang nak order pasta dah pun..Hanya saya dengan Kak Mel saja.Saya minta izin adik tu untuk saya rakam dia masak..
Dah siappp
Laaa..adik tu masak carbonara la pula..
Saya nak yang creamy macam Syahir ambil tu..
Mmm..tak pa la..boleh ja
Selambak Kak Mel tabur parmesan cheese...biar berlemak masin..
Ideas Hotel ni pun adalah pilihan Pus..
Susu dah memang jurugambar..gambar dia tak pernah ada
Kalau tak salah saya..Ideas Hotel ni dulunya Quality Hotel...besebelahan LPPPKN dan berdepan Bangunan Mara kat Jalan Raja Laut tu.Antara hotel yang menawarkan hi tea murah la...RM35..
Walaupun tidak semewah hi tea kat hotel 5***** tapi sangat berbaloi dengam hidangan yang sedap
( pada tekak saya la).
Sekarang ni mana nak cari dah kan la ni hi tea semurah itu kan..?
Saya tak la kalau harga dia berubah-ubah atau mungkin ada term & condition ke apa..Yang saya tau Pus cakap sorang RM35 dan memang saya bayar RM35..
Untuk rujukan saya share link yang saya jumpa kat youtube KAT SINI ... review hitea kat Ideas Hotel ni..boleh tengok menu kat situ...Saya tak snap pic menunya sebab datang lambat dah tak cantik dan snap...hihihi
*** Saya tengok kat google..harga dinner buffet RM48(harga 2 bulan lepas)..Saya jumpa info tu KAT SINI..Mana nak cari harga macam ni kan?
Saya kongsikan info untuk manfaat pihak hotel kerana menghargai keperihatinan mereka menawarkan harga yang sangat mampu makan oleh orang kebanyakan..
Semoga perniagaan mereka terus maju berkembang..
Syyyy lepas ni jangan la naik harga pula...hihihi
Bagus baca dulu review yang saya share kat atas tu sebab lebih lengkap,siap bagitau pasal parkir.Memang kalau parked kat basement kena menapak naik tangga.Saya tak pandai nak review.Pandai makan ja...hihihi
Merdeka 118 berlatarkan langit kelam..
RM35 di KL dengan pilihan menu pelbagai gitu memang murah!
ReplyDeleteSaya peminat mi kari, nampak menyelerakan mi kari tu.
wahhh RM35 rate di KL agak murah juga dgn menu byk mcm tu! sedap-sedap pula.... sy peminat mee kar & creamy pasta/spagetti! hehehe
ReplyDeletekira murah la dgn menu yg mcm2 tu. siap pasta station lagi...yum yum
ReplyDeleteCantiknya baju akak... mcm corak batik pun ada... hihihi
ReplyDeleteAaaa.. kat JB jangan harap la dapat harga tu, Mak Ngah. Sangat berbaloi2 tu dengan appetizer, main course, dessert & ada live pasta pulak.
ReplyDeleteBestnya kak, dapat makan-makan dengan kawan opis kat luar gini, yelah kira murah harga nya kak kalau tempat lain compom lebih rm50 kan.
ReplyDeleteMurah giler dah tu...seronok dapat gather ramai- ramai macam ni...
ReplyDeletemurah... boleh la bawak family makan kat sini. nak makan hotel lain seriau poket...
ReplyDelete