Wednesday, 11 January 2023

SARAPAN PAGI NI

 Dah sarapan ke semua?

Ni sarapan saya pagi ni...
Hihihi

- Roti Bakar Garlic Spread
- Croissant
- Pisang
- Limau
- Kopi 0


Asalnya saya bawa ni ja dari rumah.
Semalam beli 3pcs croissant ni nak bagi anak bujang tu buat alas perut sebelum fly.Rupanya dia dah booking meal sekali.
Dia takmau bawa croissant ni.Emak kan...risau naw takut anak lapar..Padahal anak tu dah besar panjang kot...huhuhu
Tinggalkan kat rumah..Adah pun tak mau..dia kata croissant ni tak sedap.


Makanya saya bawa croissant 🥐 tu ke tempat kerja hari ni..Tapi tu la, saya pun dah sampai tempat kerja..tak rasa nak makan 🥐 tu...
Selongkar mini pantry,cari roti & garlic spread dan bakar sekejap sambil bancuh kopi 0.
Cleaner masuk bersihkan bilik saya...Saya ajak depa sarapan sekali.


Kopek limau ni 2 biji.Makan sebelum makan limau dan pisang roti..
🥐 masih tidak berusik!

Mungkin jadi lunch nanti kot...Hari ni tak bawa bekal berat. Tinggal berdua dengan Adah saja malas nak masak..Untuk Adah tadi pun just buat sosej roll saja untuk dia alas perut sebelum kerja..


8 comments:

  1. Croissant tu kering kot, tu sebab Adah kata tak sedap. Sy tak pernah makan lagi tapi salu nampak setiap kali nak beli roti.

    ReplyDelete
  2. pernah beli sekali jugak... dry sgt ..x beli dah pas tu

    ReplyDelete
  3. croissant ni tak sedap dimakan begitu saja kering tercekek tekak kena cicah air milo sedap la sikit haha

    ReplyDelete
  4. Saya pun sependapat dengan Adah. Croissant tu tak sodap. Hihihi. Pernah beli sekali

    ReplyDelete
  5. Sy pn x gemar croissant ni tp #theimans suka pulak.. diorg ni mmg suka roti dan bun mslhnya

    ReplyDelete
  6. Tengok croissant tu, teringat sewaktu buat lawatan di Mekah dan Madinah. Mutawif mesti bekalkan kami dua bungkus croissant dan sebotol air mineral.

    ReplyDelete
  7. Kyra cukup suka dengan 7days croissant ni. siap beli banyak sbb "roti ni best dan lambat expired" katanya. lain org lain selaranyakan

    ReplyDelete