Wednesday, 4 January 2023

BUAH CERMAI LEBAT DI JULAI

 

Saja nak tayang buah cermai ni..
Ada yang dah kembang-kembang pipi tu..🤭
Ada ke yang dah telan ayaq lioq?

Buah cermai dalak pic ni pokoknya di belakang tangki air tempat kerja saya.Pokoknya dulu tinggi.Sekarang dah rendah sebab Pak Man dah kerat dahan  yang meninggi tu.


Cermai ni kalau dah betul-betul kembang dan besar sedap sebab buanya
juicy.
Dalam banyak-banyak buah masam,saya hanya suka cermai.Kalau mangga muda,kedondong bagai saya memang tak gemar.

Kalau dikampung dulu,saya akan kutip pelepah cermai yang gugur ke bumi  dan ikat jadi penyapu.Rupanya seakan penyapu lidi kerana pelepah cermai ni juga macam lidi.Tapi ia tidaklah seteguh penyapu lidi.
Selain lidi dan buahnya..
pucuknya sedap dimasak
SAYUR LEMAK PUCUK CERMAI.Rasanya seakan pucuk manis cuma kena ambil betul-betul pucuk barulah ia lembut.Kalau daun yang sedikit tua akan liat.

Semalam saya meninjau buah cermai ni..
Minta Pakman petik 2 tangkai dan saya buat menyicah(colek)
Ni pencicah yang saya suka..

PENCICAH MANGGA/ CERMAI


3 biji cili kering
1 sudu garam kasar
8 sudu gula pasir
1 ketul kecik  (1 sudu teh belacan)

1. Cili kering dibasuh dan di lap hingga kering
2. Kemudian gunting cili halus-halus..
3. Masukkan cili gunting,garam,gula dan belacan dlam blender kering ..
4. BLEND KERING  bahan tersebut hingga menjadi debu halus..


Kata mak saya acuan baulu bentuk bunga tu dipanggil baulu cermai kerana baulu ya besegi seperti buah cermai.
Selain menyicah..buah cermai sedap dibuat jeruk,pencuk dan juga halwa.Tapi ni kudapan orang lama zaman saya kanak-kanak..hihihi

12 comments:

  1. Sejak tinggal di taman, tak jumpa lagi pokok cermai. Dulu masa kat rumah lama, suka tengok buahnya bertenggek2 kat pokok jiranlah tapi, hihi.

    ReplyDelete
  2. Ya allah terliur SA..dulu ada orang pandai buat jeruk cermai...SA suka..cermai fresh macam ni pun suka...terkenyit2 mata SA kemasaman ha....terliurrrrr.....

    ReplyDelete
  3. pokok cermai pun dah jadi rare juga skrg,sira cermai pun sedap kak masam manis,kecik2 dulu tok suka buat percuk tumbuk kasar buah cermai gaul mcm bahan colek akak tu tambah belacan sikit makan bawah pokok cermai..sedapnya lahai kecur dah rasa mulut

    ReplyDelete
  4. Masa kecik2 dlu suka beli jeruk buah cermai bila balik dr sekolah.. skrg ni mkn je lah yg bapak buat

    ReplyDelete
  5. Dulu2 rajin kutip makan buah cermai ni sebab pokok dia ada kat belakang rumah tok. Sekarang dah xde, dah lama juga xmakan..

    ReplyDelete
  6. terasa masam2 nya tu. dulu suka sgt makan jeruk cermai...emmm..dappp

    ReplyDelete
  7. tengok pun dah kecur kak oi, ya Allah dulu kecik2 suka sangat jeruk cermai tapi sekarang payah nk jumpa. Pokok cermai kan seakan pokok belimbing buluh, kdg suka tgk bila jumpa pokoknya tepi jln lagila bila yg berbuah...

    ReplyDelete
  8. Terbayang rasa masamnya.
    Rasa macam dah lama tak nampak pokok cermai.

    ReplyDelete
  9. Saya suka makan jeruk cermai.. Saya tak tahu pulak daunnya tu boleh dibuat masak.. menarik..

    ReplyDelete
  10. adehhhhhh terpejam2 mata rasa mcm masammmmm hehehe

    ReplyDelete
  11. Kecur terus air liur kiteee 🤣

    ReplyDelete