Sebenarnya Pn Normila yang kami panggil Kak Mel bersara dah beberapa minggu.Tapi jatuh dalam bulan puasa Sebelum puasa pun kami beberapa orang dah raikan KAK MEL AKAN BERSARA....kat sini
Rezeki Kak Mel bila semua setuju nak buat majlis 2 in 1 kat Cyberview Resort ni.
Temanya Seharum Mawar.Pakaian digalakkan warna merah,pink atau putih sempena warna bunga mawar.
Rakan-rakan yang lahir dalam bulan Mac April dan Mei juga diraikan bersama..Rezeki mereka diraikan di sini.
Tapi tengoklah...Kak Mel nak duduk semeja dengan saya dan Shifa .
Kata Kak Mel kalau dok meja VIP nanti malu nak makan banyak..Duduk ngan saya & Shifa,kami memang enjoy food🤣
Saya pecinta dessert...
Patutnya salad jadi starter..Saya pula dessert dulu...hihihi
Saya geng Mawar Pink..Tapi hanya nampak lengan baju sahaja belah kiri tu..Tak termasuk pula dalam pic...hihihi
Bila mak-mak & bapa-bapa jauh dari anak-anak..Ada pula slot tik tok..Tak pernah pernah terjebak dengan tik tok..Hari ni habis pakat terjebak..Ketua dia tu haaa...Si Dilla comel bajunpink tudung merah paling kiri tu..hihihiYang baju kuning tu atuk orang dah🤣
Dah ada cucu..steady lagi..
Bertopi tu Rusti...Sabahan bah!Orang Kota Belud.Geng dia Lin orang Tawau tak datang la pula..
Baju maroon Mr Solan tu vegetarian..Tapi tadi saya nampak dia belasah dalca kambing..Tak boleh tahan katanya🤣🤣
Merah menyala..Arney..kalau dia ketawa..
sebatu dah boleh dengar🤭
Puas suruh Rusti cari angle bagi saya nampak slim dan tinggi...Tak menjadi jugak..Tetap nampak realiti jugak🤣
Alhamdulillah hari-hari terakhir dalma bulan Syawal masih dapat meraikan bersama rakan-rakan sambil berukhwah.Kalau kat tempat kerja bukan selalu dapat berbual panjang.
Saya & shifa lagi la nun atas kayangan..Kami berdua sering orang lupa keberadaan kami.Selalu tertinggal.keretapi....
Kami tidaklah rapat tapi selalu ada bila diperlukan..
Shifa ni baik orangnya secantik wajahnya yang putih mulus dan ayu..
Salam Syawal yang berbaki lagi 2 hari..!
Still slim melim la kak.. kalau nak banding ngn mami ahnaff ni, jauh nau beza..hahahaha.. ehhh tapi makanan kat cyberview resort memang sedap. Sebelum covid dulu, selalu gi buffet ramadhan kat situ. Best 😊
ReplyDeleteBetul Jaja...tempat cantik makanan sedap kan..
DeleteTakpa Jaja..kita enjoy food dulu.Nanti kita pakat diet..hihihi
(janji yang selalu kita mungkiri🤣🤣🤣)
Saya masih suka ais krim.... tapi terpaksa tolak kalau ada di depan mata! Dah umur senja begini banyaklah pantang makan terutama yang manis dan sejuk...nanti mendapatlah akibatnya!
ReplyDeleteTu la kan Cikgu..
DeleteDulu zaman kita kanak-kanak banyak makanan kegemaran yang kita tak dapat..Dah tua-tua mudah nak dapat...keadaan pula dah sesuai nak belasah makan macam zaman kanak-kanak.Selera pun dah berubah.Semoga Allah kurniakan kita kesihatan yang baik.
mkn sedap je nmpknya ni kak.. hehehe... xpe sementara masih bln syawal ni.. esok sini dh gawai pulak.. org serawak sambung mkn lg open house gawai pulak.. hehehe
ReplyDeleteWah...seronok la Sarawak raya berganda...
DeleteBest tengok orang makan best kan...hehe...SA dah sudah hari Isnin lepas...
ReplyDeletemmg pakat dok sorok muka sungguh mama cella ni...dont la malu2 with we ollssss
ReplyDeleteHihihi....nanti kita jumpa boleh tengok wajah🤭
Delete