Friday, 4 October 2019

SAMBAL BILIS BELIMBING BULUH


Sambal  Bilis Belimbing Buluh
Mak aku masak semalam..

SAMBAL BILIS BELIMBING BULUH
1 cawan bilis bersih
10 biji belimbing buluh yang besar
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula perang
3 sudu minyak

Bahan Blend
15 cili kering
1/2 bawang besar
3 bawang putih

1. Panaskan minyak & tumis bahna blend
2. Masak hingga naik minyak
3. Masukkan ikan bilis (bilis boleh goreng dulu @ boleh terus masuk tanpa goreng)
4. Masukkan belimbing dan 1 cawan air. Air kena masuk sampai nampak macam kuah sebab belimbing perlu dimasak lama supaya rasa lebih sedap
5. Biar mendidih perlahan hingga kuh kering dan pekat
6. Tambah garam & gula & masak hingga naik minyak
7. Sesuaikn rasa

***Pesan mak aku..
      Belimbing kena masak lama supaya rasa masamnya keluar dan sebati dengan sambal. Masak belimbing dengan lama menjadikan belimbing lutsinar yang cantil dan rasa belimbing jadi sedao. Jika dimasak sekejap sahaja belimbing akan teeasa sangat masam

*******Lagi pesan mak aku
       Selepas masak belimbing dalam kuali.. Pastikan alihkam sambal dalam bekas lain & cuci kuali siap-sia. Jika dibiarkan lama dalam kuali.. Belimbing akan meroaakkan kuali..


Sambal Bilis Belimbing Buluh
Sedap..
Tapi aku pilih ikan bilis ngan sambalnya je
Belimbing tu fav mak aku
Mak aku memang selalu masak lauk yang ada belimbing buluh


Belimbing Buluh & Sardin
Mak aku cakap ada kerani pejabat yang kasi..
Asalnya mak aku kata nak masak Sambal Sardin dengan belimbing buluh ni
Pastu aku gi mandi
Bila siap mandi...
Mak aku ajak makan..
Tapi xde Sambal Sardin plak
Yang ada Sambal Bilis Belimbing Buluh
Haaaa.... Sardin dah bertukar jadi bilis ker...?
Mak aku cakap kalau masak sardin... nanti ikan x habis..
Kena buat nasi gorwng sardin..
Tapi xplan nak masak nasi goreng
Kalau masak bilis... bilisnya aku ngan mak aku makan jer
Abang makan kat tempat kerja
Kakak plak masih kat Kedah

Belimbing  dipotong tangkai dan bontotnya & dibelah 6
Ni sebab belimbing ni jernis besar
Tengoklah pic belimbing ngan tin sardin tu
Belimbing tu saiznya 1/3 tin sardin
Kalau biasa mak aku masak belimbing yang Miss Mastura selalu bagi tu
Biasa nampak mak aku masak sebiji-sebiji..
Classmate aku.. Athirah nama dia
Dia boleh makan belimbing buluh ni macam makan mangga jer..
Mmmmm... Kalau tengok dia makan mata aku plak yang terpejam sebelah..
Aku memang SANGAT x suka asam & jeruk
Memang aku x suka..!


Sambal Bilis Belimbing Buluh masih dalam kuali...
Jom makan..

Cedok dari kuali
Masukkan dalam kuali

Telur Dadar Crispy ni untk aku..
Untuk aku jer
Coz mak aku juga goreng ikan masin..
Aku xnak ikan masin
Kalau ada sambal aku lagi suka telur dadar
Gaul sambal bilis...
Cubit telur dadar
Gaul nasi panas-panas
Makan plak lepas mandi..
Layannnnn ar

5 comments:

  1. Aunty masa remaja macam Cella dulu pun tak suka asam atau apa2 benda yg masam. Dah kahwin pun sama, klu org prgnt suka asam, aunty tak macam tu. Tapi sejak umur 35 ke atas kot pandai makan asam atau mangga muda, hahah. Ikan kering nak dkat umur 40 baru pandai makan, haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa. kiter gang..
      Tapi x tau la kot nanti kiter dah tuagtua jadi tersuka asam-asam plak.. Kalu tengok achik makan mangga muda cicah pencicah tu... Mmmm boleh meleleh air liur.. Tapi untuk mencuba.. Oh.. no.. no.. no... Siyau gigiiiii😁😁😁

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Belimbing ni sedap buat sambal kacang...sedapla

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kiter lum pernah makan sambal kacang yang letak belimbing..
      Mak kiter masak kuah kacang pagi ni tapi belimbing dah habissssss

      Delete