Saturday, 19 October 2019

MASAK LEMAK CILI API IKAN + ULAM RAJA

Masak Lemak Ikan + Pucuk Ulam Raja
Mak aku beria nak masak lauk ni
Mak aku cakap sebab ada kawan dari Negeri sembilan cakap Ulam Raja sedap jik di campur ke dalam Masak lemak Cili Api Ikan
Haaaa....... Tu la aku pelik bila mak aku cakap nak beli Ulam Raja nak buat Masak Lemak Cili Api
Selama ni x pernah nampak pun mak aku or nenek masak ulam raja jadi sayur..



Makannya dinner la ngan lauk Masak lemak Cili Api Ulam Raja ni.

MASAK LEMAK CILI API IKAN +ULAM RAJA
2 keping ikan
1 cekak ulam raja
1 asam  keping
1 kotak kecil santan
1 cawan air
1 sudu teh garam

BAHAN TUMBUK;
5 cili padi
2 bawang merah
1 ketul kunyit

1. Masukkan ikan, bahan tumbuk, air dan masak hingga mendidih
2. Masukkan garam, asam keping  1/2 kotak santan.
3. Bila mendidih masukkan ulam raja  & 1/2 lagi baki santan.
4. Masak sekejap sahaja supaya ulam raja tidak menjadi hitam.
5.Balik-balikkan sayur ulam raja dan. Ila nampak hijau layu,matikan api
6.Sesuaikan rasa

Ulam Raja
Haa... gigih mak aku gi cari Ulam Raja kat Hero..
Kalau kat rumah Kedah bersepah jer Ulam Raja tepi pintu dapur..


Petik ambil daun yang lembut sahaja

Masak lemak Ulam Raja Dengan ikan
Rasa?
Mmmmm. Mak aku kata sedap
Aku..?
Mmm... not bad
Tapi rasa daun dia liat sikit macam kunyah pucuk ubi
Tapi aku x minat...
Heeeeee.....
Kalau daun fresh rangup jer
Ni bila masa dia liat skit

Ikan Tongkol Goreng
Kepala & 1 keping badan dia mak aku dah buat Masak Lemak Cili Api ngan Ulam Raja


Ulam Raja
Mak aku beli banyak
Separuh masak lemak cili api
Separuh mak aku jadikan ulam
Haaa.... Yang ulam ni aku suka
Coz fresh


Cicah lak ngan  Cabai Picit ni
Haaa... Macam air asam cicah ikan bakar kan
Ni mak aku cakap orang Kedah panggil Cabai Picit..
Kata mak aku lebih sesuai makan ngan ulam yang direbus like bendi rebus, pucuk ubi etc
Tapi aku suka jer cicah ulam fresh pun..

Ikan Pekasam....
Brrrrrrrrr...
Alhamdulillah...

7 comments:

  1. Oh, hari tu aunty makan masak lemak cili api ikan keli kat kedai ada daun dalamnya, ulam raja la kot, mmg sedap rasanya bila dicampur masak lemak ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa... Pasni aunty pun leh ar try jugak...
      Tapi kiter lagi suka ulam fresh..

      Delete
  2. Sedap flavour ulam raja...
    Mungkin untuk suhaila..mak kena potong daun ulam raja seinci seinci.. sblm tambah Dalam kuah..
    Jadinya tak Liat. Hahaha
    Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybe kena potong la..
      Tapi kiter tengok mak kiter masak macam x potong jer.. Dah macam kangkung zaman Melaka.. Hahhaha

      Delete
  3. Pernah masak dulu.. Zaman sekolah🌹🌹

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waa.. Sis nay dh pernah makan ek..
      Agaknya sebab Negeri Sembilan jiran ngan Melaka kot sebab tu ada lauk macam ni yang hampir sama ngan negeri sembilan...

      Delete