Wednesday, 30 October 2019

KUIH TEPUNG BUNGA - KUIH KELANTAN?

Kuih Tepung Bunga
Kuih fav aku ni
Dah lama mak aku x buat kuih ni
Dulu mak aku selalu juga buat kuih ni
Tengok dalamold post ada jer pernah pos KUIH TEPUNG BUNGA kat sini....
Ada juga pernah post TEPUNG BUNGA ...kat sini


Mak aku kata ni kuih dari Kelantan
Bukan buat kat Kelantan
Tapi asal dari Kelantan.
Yang buat kuih ni sekarang ni mak aku
Buat kat KL bukan la kat Kelantan
Heeee


KUIH TEPUNG BUNGA.....

1Cawan tepung pulut
1/2  cawan santan@air
Secubit garam
1 sudu gula pasir
1 biji telur
Minyak untuk goreng

 1. Capur tepung pulut ,santan dan garam..uli hingga menjadi doh.
2. Bulat-bulatkan sebesar buah melaka
3. Pecahkan telur dalam mangkuk lain & kacau
4. Leperkan bebola tepung pulut tadi & celup dalam telur
5.Goreng dalam minyak panas hingga garing...

6. Angkat kuih & toskan.Susun dalam piring kuih & taburkan gula pasir..


Haaaaa...mak aku cakap ni versi jimat bekas
Gentel bulat & tepekkan jerk kat tebing sungai
hahahaha...tebing bekas ni la
Dalam ni lah uli tepung
Dalam ni juga tepek dough
dalam ni juga pecahkan telur
Mak aku bagi idea yang sesuai untuk orang macam aku yang malas nak basuh banyak-banyak bekas
Hahahaha..manalah tahu nanti masa tengah tunggu result aku akan jadi rajin masak..sebab nampak kuih ni macam senang kacang
kikikiki



dough tu dah dibulatkan & ditekan supaya leper
Macam nak buat  kuih aunty Ogy ...WADEI KEEPING ..kat sini
Hmmm...macam sama jer kan kuih Kelantan & Kuih Banjar
Tapi cara masak lain-lain-lain



Celup dalam telur
Mak aku pesan jangan terus celup semua kuih tu
Bila nak goreng baru celup satu demi satu
Ni pic ni just nak tunjuk kena celup macam tu
Kang ada celup hujung dia jer macam nak celup coklat plak
hahaha
Macam celup Begedil la


Goreng dalam minyak yang banyak
Masa ni bau dia macam bau telur goreng jerk


Dah garing telur tu
Sila lah angkat & toskan atas kitchen towel


Sepatutnyya mak aku kata kena tabur Gula Pasir yang putih tu
Tapi coz kat rumah aku  dah lama juga xde gula putih
Sejak 2019 ni mak aku dah tukar taste
Semua minuman & makanan kena guna Brown Sugar
Takde lagi dah gula putih
So,.....guna jerlah brown sugar ni


Tabur kasi rata atas kuih
Haaaaa...part ni aku suka
Acah-acah aku tabur Bunga Rampai
Hihiihihihi sebab tengok Majalah 3
Masyarakat Chetty kat Melaka sambut Deepavali
Mereka buat Bunga Rampai
Unik la masyarakat Chetty tu amalkan budaya Melayu
Pakai Baju Kebaya & lelaki pakai kain pelikat
Mereka fasih berbahasa Melayu & tidak tahu berbahasa Tamil
Tetapi still agama Hindu & celebrate Deepavali la


Siap
Kuih Tepung Bunga 

4 comments:

  1. Aunty dah pernah makan kuih ni sekali jer, sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sedap naper makan sekali jer🤭🤭🤭

      Delete
  2. tak manis ke kalau tabur dengan gula tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau gigit gula tu manis la😁
      Boleh adjust la nk tabur sikit or banyak.. Heee

      Delete