Tuesday, 14 May 2019

AGAR-AGAR SANTAN GULA BATU

Agar-agar santan Gula Batu
Actually mak aku kata ni Agar-agar Santan
Cuma versi letak Gula Batu
Haaa...Gula Batu tu memang keras cam batu..!
Hahahaha..mana ada gula lembut macam kapas..?
Eh, ada la...Cotton Candy...!!!
Ok..ok...

Ok...this is Rock Sugar
Macam ais kan
Tapi ni bukan ais
Ni Gula Batu
Pic dari entri Sirap Selasih hari tu
Dan mak aku kata memang guna gula batu yang beki masak sirap tu pun..


Agar-agar Santan ni mak aku masak hari Ahad
Weekend...
Sambil mak aku buat cookies
Memang ada bau pandan
Rupanya sambil mak aku buat cookies
Maka ku juga siapkan dessert untuk iftar
Kata mak aku kalau sambil buat cookies masak dessert yang harum ni xper
Tapi kalau sambil buat cookis mak aku memang xkan masak lauk bagai
Sebab masa bukan bulan pusa pun
Kalau mak aku tengah buat cookies,mak aku akan masak lauk pauks esiap
Masa tengah wat cookies or kuih raya mak aku dah x bagi kacau dapur lagi
Naper..?
Aku tanya juga mak aku
Mak aku cakap sebab dapur sempit ,xmo aku or kakak or abang kacau kat dapur
Sebab paling important mak aku kata sebab xmo nanti bau-bau lauk.sayur semua tu
Kata mak aku cookies or kuih raya mudah menyerap bau
So.....kat dapur tekleh masak lauk bagai kalau mak aku tengah wat cookies
Takut nanti cookis ada bau bawang bagai
Hahaha...tu namanya Cookies Makcik Bawang
Kikikiki



Tengok kat pageview blog ni  sejak hampir puasa hari tu sampai hari ni
Pageview paling tinggi ialah entri AGAR- AGAR SANTAN TRADISIONAL ...kat sini
Beberapa hari ni pun kalua taip keyword "Agar-agar Santan" kat Google
entri tu ada pada ranking ke-4
1st ranking majalah Rasa..
Mmmm...dolu-dolu mak aku selalu beli majalah tu
Macam-macam majalah mak aku beli kalau gi kedai mamak or gi MPH
Tapi now ...dah xde lagi dah


Baca semula entri tu
Baru perasan Agar-agar santan ada 2 versi yang mak aku pernah buat
Versi santan + telur
Dan versi Santan pure
So...ni versi santan pure
whitout telur
Resipi mak aku cakap sama jer
Sebab mak aku kata masak pun sama jer  guna 1/2 pack agap-agar strip


AGAR_AGAR SANTAN GULA BATU

1 paket agar-agar strip( 20gm)
1.5 liter air ( 3 botol air mineral yang 500ml)
1/4 cawan air pandan pekat + sikit pewarna hijau
1 cawan santan pekat( betul-betul pekat)
( kalau guna santan kotak = 1 kotak kecil)
1/2 cawan gula
2 ketul gula batu

1 sudu kecik garam halus
2 helai pandan - simpul

1. Basuh dan rendam agar-agar supaya cepat larut bila dimasak nanti
2. Boleh juga basuh dan terus masak bersama 1.5 liter air hingga mendidih dan agar-agar larut sepenuhnya.( hati-ahati sebab bila mendidih agar-agar mudah meruap)
Jika meruap ..cepat-cepat kecilkan api)
3. Bila agr-agar sudah larut,masukkan pandan simpul,garam,gula batu  dan gula.Biar gula larut
4. Masukkan perahan pandan + sikit pewarna hijau supya dapat warna hjau terang
5. Tambah santan pekat dan sentiasa kacau supaya santan tidak meruap
6. Selepas masukkan santan masak lagi agak-agak 5 minit
7. Basahkan loyang supaya nanti mudah nak kuarkan agar-agar
8. Tuangkan agar-agar dalam loyang basah dan biar beku sebelum dimasukkan dalam peti ais.
9. Bila betul-betul sejuk baru potong

****** Pesan mak aku:

1. Agar-agar yang dimasak menggunakan gula batu sangat sesuai untuk majlis-majlis keramaian keranan bila guna gula bati...agar-agar tidak berair walaupun lama dihidangkan 

2. Jika ada agar-agar yang dimasak terlalu keras...atau ada baki agar-agar yang banyak yang sudah dipotong dan tidah habis dimakan jangan dibuang.Sebaliknya masak semula agar-agar tersebut.
Jika agar-agar yang keras boleh tambah air panas dan masak semula hingga agar-agar cair semula dan bekukan semula

Jika ada agar-agar yang banyak dan sudah dipotong-potong akan mudah berair dan cepat rosak bila disimpan.Masak semula agar-agar tersebut dengan api perlahan hingga cair semula dan bekukan semula dalam bekas.

8 comments:

  1. Replies
    1. Tips dari pemerhatian sahaja. Bukan pro.. Hihihi

      Delete
  2. boleh dapatkan tips jika agar² cair.. boleh masak semula tak ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang saya pernah buat jika agar2 cair ialah masak semula cair semula & jadi agak lama hingga susut & bekukan semula. 1 lg tip ialah bekukan dalam acuan kecil2 macam cawan kuih lompang.ssmakin kecil semakin cepag beku & kurang berair kerana kita tidak perlu potong.. Itu sahaja yg saya tahu.. Wallahha'lam

      Delete