Ala...Nasi Goreng Kacang Panjang pun nak bagitau..
Hahahaha...biarlah..
Dah aku suka
Heeee
Walaupun nama dia Nasi Goreng Kacang Panjang
But... it's not just long beans
Ada banyak daging wooooo
Daging fresh lagi..
Daging Qurban tuh..
Haaaa....jangan main-main..
kikikikiki....
Cam biasa la...
Apalah ertinya Nasi Goreng
Jika tanpa Keropok
Haa
Kalau mak aku lak..
Nasi Goreng Akan Lebih Bermakna Jika Ada Kopi O
Hahahaha...
NASI GORENG KACANG PANJANG
2 cawan nasi
1 cawan kacang panjang-potong pendek
1 cawan daging-potong dadu + 1/2 sudu garam
2 sudu minyak
Bahan Tumbuk:
5 cili padi
Segenggam bilis
1/2 bawang besar
1. Siapkan bahan-bahan
2. Panaskan minyak dan goreng daging hingga masak.Jika perlu tambah sikit air
Jika guna Daging Batang pinang x perlu tambah air sebab daging cepat empuk
3. Masukkan bahan tumbuk
4. Tambah nasi dan gaul rata
5. Bila nampak nasi sudah panas berasap baru masukkan kacang panjang yang dipotong pendek
6. Gaul rata sejkejap sahaja terus matikan api supaya kacang panjang kekal rangup
**** Mak aku cakap sebaiknya bahan tumbuk tu jangan masukkan bilis
Sebab makanan laut x bagus dicampur dengan daging
Tapi kenapa mak aku buat juga...?
Bila tanya...mak aku jawab...
"Do what I say...Don't do what I do..."
Hahahaha...
Aser cam nak jer jawab " As the crab teaches his son to walk straight..."
Hahaha...tapi aku xnak la jawab camtu.....hihihi
Sebab aku nak Makan Nasi Goreng Kacang Panjang ni....
No comments:
Post a Comment