Sunday, 17 September 2017

SUP PASTA SEDAP PATI'S MAXICAN TABLE

Sup Pasta Pati's Maxican Table..
Haaa...apa punya panjang la...
Hehehehe...Ok kita pendekkan..


Namanya Sup Pasta Paling Sedap..
Mak aku cakap bukan mak aku yang bagi nama tu
Tapi yang bagi nama tu ialah Aunty Pati Jinich
Hahaha...Aunty Pati tu bukan mak sedara aku..
Tapi hos " Pari's Maxican Table" kat ASTRO chanel 703..
Tu antara Chef favourite mak aku tu..
Kalau aku x tengok TV pun..
Kalau dengar suara dari TV ker pun aku dah boleh tahu tu mesti Chef Pati..
Sebab dia nyer suara beletiaq...
Slang Maxican English dia...
Memang macam orang Kelantan cakap Negeri Sembilan..
Hahahaha...
Walauoun aku nyer English  bukan la hebat pun..
Tapi kalau nak speaking ngan Chef Pati ni memang x malu ar..
Senang nak faham..
Kalau " onion" memang dia sebut " onion" la ikut ejaan..xde nak bunyi " anien" nyer..
Sebab tu senang faham..
Cuma kadang dia nyer slang Maxican tu terlalu pekat ..kena la tengok translation kat TV ..
Hahahaha...


Mak aku cakap resipi Sup Pasta ni mak aku salin sejak beberapa minggu yang lepas..
Sebab Chef Pati tu cakap sup ni sangat senang..
x banyak bahan..tetapi DIJAMIN SEDAP..
Anak- anak dia pun semua cakap sedap..
Masa tu aku pun terperengkap tertengok juga masa Chef Pati masak Sup Pasta ni..
Masa dia tanya anak- nak lelaki dia ..
Semua cakap Sup tu sedap..
Anak dia semua lelaki..
Tapi selalunya anak bongsu dia la yang bodek habis...cakap sedap..
Agaknya anak bongsu memang camtu kot...
LIKE ME...hahaha...
Abang- abang dia x banyak cakao..
Macam kakak aku jugak ar..
Abang aku..??
Abang tu semua sedap...hahahaha


Ni la rancangan " Pati's Maxican Table" tu..
Kalau  New Season sekarang ni kat chanel 703 tu setiap Rabu...pukul 9 pm..
Snap kat TV sebab aku nak buktikan citer aku tu..
Hahahaha...
Nak buktikan yang mak aku nyer Favourite Chef ni memang suka beletiaq...
Hahahaha...


Cer tengok dia nyer style..
Mak aku cakap orang macam ni kerjanya teliti..
Sambil masak macamana laju molot dia yang x benti cakap..
Camtu la juga kerja dia sama pantas..
Tengok body language & molot dia pun dah boleh agak kan..
Hahaha....
Hari ni aku lak beletiaq
Sebab selalu sangat mengata chef nu..
Dah jangkit kat aku..
Tu lar...ustaz dah cakap jangan ngata orang..nanti akan berbalik pada diri sendiri..
Hihihihihi...


Apapun...
Aku kena setuju dengan kata- kata chef Pati ni sebab Sup Pasta resepi keluarganya memang umph..!!!!
Walaupun nampak budus kosong jer..
Tapi rasa dia..bapak sedap do..!!!
Kakak yang cakap xnak pun aku tengok hirup sampai licin...
Hahahaha...


Sup ni Chef Pati cakap selalunya dia gunakan Mini Alphabet Pasta..
Ala..pasta huruf a..b..c..d..e..f bagai tu..
Tapi masa dia tunujukkan cara masak sup ni..
Chef Pati juga guna mini macaroni macam yang mak aku guna ni sebab alphabet pasta susah juga nak dapat...
Sama macam mak aku cakap..susah nak cari..
Dah cari kat Hero..Giant..Speedmart bagai..
Tapi xde alphabet pasta tu..
Mak aku cakap resepi ni asalnya guna 2 cawan pasta..untuk whole family dia
Anak- anak dia 3 orang tu semua lelaki
Tapi  mak aku just guna 1 cawan pasta sebab nak makan 3 orang jer..& semua perempuan jer..sebab tu buat separuh sukatan jer..
Jom tengok .ak aku lak masak..
Mak aku ni pun spesis Chef Pati  juga tu..
Suka masak sambil beletiaq..
Hahahaha...


SUP PASTA PATI JINICH..resipi asal
2 cawan mini pasta alphabet / mini macaroni
1/2 cawan minyak
2  liter chicken stock
garam secukup rasa

Bahan blend:
1 hiris bawang holland
1 ulas bawang putih
4 biji buah tomato masak

1. Blend bahan Blend TANPA GUNA AIR
2. Masukkan minyak dalam periuk danbterus masukkan mini pasta ketila minyak belum panas.
3. Hidupkan api dan goreng mini pasta dalam minyak hingga minyak mula panas..Guna api kecil..
4. Terus goreng mini pasta dan kacau tanpa henti hingga warma perang muda.
5. Masukkan bahan blend danbterus masak hingga kering dam naik minyak..
6. Tambah chicken stock atau air rebusan.
7. Teruskan masak hingga mendidih beberapa minit hingga mini pasta nampak kembang
8. Sesuaikan rasa dan siap untuk dihidangkan..



Bahannya memang sempoi..
Mak aku cakap sepatutnya guna bawang holland yang kuning..tapi xde stok..
Guna 1 hiris SAHAJA
Bawang putih pun seulas kecik sahaja..
Tomato ru patutnya 4 tapi sebab nak buat separuh darai resepi asal...so..guna 2 biji jer

Mini Pasta Macaroni


Semua bahan ni potong dan blend halus...
Ingat..bawang tu sehiris jer..bukan sebiji mcm dalam pic ni..Lupa nak ketepikan..


Chef Pati guna chicken stock yang dlam kotak..
Tapi yang ni guna air rebusan tulang lembu..
Kalau xde boleh jer ganti dengan 1 liter air+ 1 kiub ayam


1 cawan pasta...
Nampak macam sikit..
Tapi bila masak nanti kembang kenyang untuk 3 orang yang kuat makan macam we all


Blend tomato ,bawang putih dan bawang besar..
TANPA AIR..
guna teknik PULSE


Guna tomato masak merah supaya kuah cantik


Masukkan minyak dalam periuk..
JANGAN BIAR PANAS..


Ketika minyak belum panas lagi masukkan pasta


Guna api perlahan ..gorengkan pasta bermula minyak sejuk hingga minyak beransur panas supaya pasta tidak menggerutu..
Selalu kacau beberpa minit hingga pasta jadi warna perang muda


Bila pasta dah garing ..ligh brown...
Masukkan bahan blend tadi


Masak hingga kering dan naik minyak..
( macam masak sambal tumis)


Masukkan chicken stock..
Yang ni mak aku masullan air rebusan tulang lembu..
( resepi sukatan ni patutnya guna 1 liter cecair jer..
Tapi mak aku cakap mak aku tambah sebab nak sup lebih berkuah)


Masak hingga mendidih beberapa minit hingga pasta kembang
** resepi asal xde guna daun sup pun..
Yang ni tambah supaya lebih cantik)


Slrupppppp.....
Sedapnyerrrr....
Brrrrrr....
Alhamdulillah....

Ni mangkuk mak aku..
Mak aku cakap versi derhaka..
Sebab mangkuk mak aku ada seketul tulang + daging lembu..
Mmmm...memang sedap la..
Betullah cakap maka aku..
Masakan sambil beletiaq selalunya sedap..
Patut la Chef Pati...Jamies Oliver..Chef Wan..
Martin Yen...Chef Giada...Chef Siba...Anna Alson....suka beletiaq sambil masak..
Hahaha...betul ler camtu..
Tapi aku tengok Chef  Ina Gartin dalam Barefoot Contesa...& Chef  Nigella tu masak x banyak cakap pun..
Tapi nampak sedap jer..
Siapa yang x terliur kalau tengok Nigella makan..
Huh...orang kenyang pun akan rasa lapar..
Hahahaha....

No comments:

Post a Comment