Friday, 29 September 2017

BETIK SOLO

Betik Solo..?
Apa tu..?
Nampak pic tu memang la buah betik
Tapi naper lak panggil Betik Solo..?
Kalau buah betik aku tahu la
Aku selalu pun makan betik
Tapi aku x tahu pun betik yang aku makan tu betik apa
Adakah yang aku makan selama ni tu betik Solo?
Mmm..mak aku kata Betik Solo saiznya agak kecil
Kira mini size la..
Kalau betik yang biasa tu besar..
Tapi kalau baca info disebut betik berasa dari Afrika Selatan..
Mmmmm....cuaca Afrika Selatan tu sama ke ngan Malaysia..
Kena tengok peta la..
Tengok agaknya Afrika Selatan tu sama Garisan Khatulistiwa sama ngan Malaysia kot
Mungkin Garisan Tropika macam Thailand ker..
Agaknya la...!!
Sebab Betik juga kan terkenal kat Hawaii...
Bunga Raya pun ada kat Hawaiii..
Pokok Keladi ..Pisang bagai..
Aku lum pernah sampai Hawaiii
Tapi selalu tengok kat TV
Hahahaha...


 Rupanya Buah Betik juga banyak khasiatnya
Aku pun bukan tahu sangat..
Tapi aku suka cari info
Tentang khasiat betik aku baca  KAT SINI...
Huh...Rupanya Betik lebih banyak khasiat daripada sesetengah buah yang yang mahal tu..
Hahaha...sajer jer geram sebab harga durian mahal..
So, aku pujilah Buah Betik...
Macam citer fabel "The Fox & The Grapes"
Haaa...ala citer pasal rubah yang x dapat nak makan anggur sebab pokoknya tinggi
Setelah dicuba lompat berkali-kali.rubah tu tetap x dapat juga mencapai buah anggur yang tinggi
Dah la x dapat capai anggur tu masa melompat
Bila jatuh ke tanah sakitlah badan rubah tu
Dah la x dapat makan anggur,badan pulak sakit..
Maka untuk mengubat hati yang sedih rumah tu pun cakap la....
" Ala...buah anggur tu memang x sedap pun dan masam pula.."
Eh rubah tu apa..?
Mmmm... rubah tu musang la kot sebab disebut "fox"
Hahaha....



Mak aku cakap satu masa dolu betik saiz mini ni macam jadi viral la dolu-dolu
Tapi mak aku kata nama betik tu "Betik Eksotika"
Kata mak aku dulu zaman-zaman sebelum 90-an
Malaysia adalah Negara Pertanian...
Macam Thailand
Bukan macam sekarang..Malaysia dah jadi Negara Industri
Hadoiiiiii....korang aser aku faham x apa yang mak aku cakap tu..??
Agaknya mak aku ni dolu sepatutnya jadi Pegawai Pertanian kot..
Hahahaha..



Betik Solo ni memang mini size
Lebih kurang saiz buah mangga jer
Haaa...tapi tu tangn mak aku yer..
Aku snap pic jer
Kalau tangan aku slim la sikit
Hahahaha...


Harga betik ni ikut berat timbang
Sekilo RM6.99..
Alaaa...senang citer sekilo RM7.00 la
Walaupun tulis RM6.99
Tapi kan nanti dia rounding kena bayar RM 7.00 jugak kan...huhuhuhu
Makanya 3 biji tu beratnya 987gm...Harganya RM6.84....Kena bayar lepas rounding RM 6.85
Hehehehe.... macam belajar Math masa Standard 3...
Korang ingat lagi ker siap cikgu Math korang masa standard 3..?
Hihihihi......
Aku paling ingat cikgu masa kindergarten dolu....



Sebab betik ni kecik jer..
Mak aku cakap xyah kupas kulit dia
Serve camtu jer
Belah dua...buang biji dan guna sudu kecik...
Cedok....NGAP...
Yummy For My Tummy..
Hahaha...harap-harap esok pagi senang la aku nak "memberry"
Sebab dah beberapa hari aku susah nak berry..
Sebab tu mak aku soh makan papaya ni..
Syyyyyy.....

Rasa betik solo ni sedappp
Sweettt..
Juicyyyyy....
Nanti nak soh nenek tanam Pokok Betik lah kat umah baru tu
Hahaha...sebab mak aku cakap tangan nenek tu kalau tanam pokok mudah hidup
MAk aku cakap tangan mak aku "panas" sebab kalau tanam pokok x nak hidup
Pernah mak aku kata pokok yang dah subur pun bila mak aku siram jadi layu..
Huhh...bapak panas tuh..!!
Pasni masak nasi atas tangan jer lah...jimat letrik..
Kikikikiki....


Habis..!!!
Selesai separuh betik
Mmm..mak aku cakap kalau kulitnya yang macam perahu ni selalunya orang guna untuk isikan dalamnya dengan isi betik yang dipotong dadu



@ boleh juga scoop kan isi betik dan masukkan dalam perahu tu..
Barulah vogue...
Tapo kat umah ni hanya ada scoop yang besar..
X sesuai nk scoop betik comel ni..


Tapi kalau nak cantik lagi boleh guna lidi pencungkil gigi cucukkan beberapa stick kat betik tu lagi nampak ayu jelita.
Hahaha..
Aku x banyak sangat tahu pasal betik
Yang aku tahu kalau " solo" tu maksudnya soranv
Sebab kalau orang belum kahwin dia cakap masih solo..
Kalau nyanyi pun yang sorang dia cakap nyanyi solo...kaalau berdua ..dipanggil berduet..
kalau ramai berkumpulan namanya...
Tak kira la betik solo ke..betik couple ke...betik widow ke..
Hehehe..ada ke Betik Widow..
Kikikiki...cam exotic sangat lak nama tu
Apapun sebelum tulis aku ada cari info pasal betik solo ni
Sebab kalau x cari info camner nak citer..
Nak citer kat orang mestilah ada info
Bak kata cikgu Geo..
Cerita Yang Fakta..
Jangan Yang Auta...
So, kalau nak tahu lebih lanjut Pasal Betik Solo ni bolehlah  KLICK SINI...


Selain daraipada Betik Masak yang sedap diamakan sebagai dessert..
Buah Betik yang muda dan yang mengkal iaitu masak tetapi masih keras boleh dijadikan sayur dan salad @ lauk pauk yang sedap..
SAYUR BETIK LEMAK PEDAS kat sini...

KARI AYAM + BETIK kat sini...

SAYUR BETIK DAUN SELASIH kat sini..

Tapi paling sedap makan SOMTAM betik kat One Segamat...
Sedapnyerrrrrr....
Haaaaa...nanti gi konvo kakak bulan Oktober ni leh ar makan Somtam kat One Segamat lagiii
Ermmmmm...

1 comment: