Monday, 13 February 2017

PENGAT PISANG NANGKA

Pengat Pisang Nangka..
Tu pisang nangka ke..?
Yer..yang buat pengat tu pisang nangka...
Yang warna kuning tu display jer..
Tu Pisangn Emas..


Pisang Emas ni mak aku cakap orang x buat Pengat sebab kalau masak lama macam pengat ni pisang tu akan hancur..
Pisang emas orang makan wat dessert jer..
Kalau buat kuih yang kena lenyek pisang tu bolehla sebab pisang ni mudah hancur..
Tu mak aku la yang cakap...
Aku bukan tau sangat...
Makan aku tau lah...
Hahahaha...
Ada ker orang x tau makan..??



Ni ha Pisangn nangka..
Walaupun dah masak warnanya still hijau...
Yang hitam-hitam ti bukan warna dia masak..
Mak aku kata hitam-hitam tu sebab lebam..
Lebam tu apa..??
Gi rujuk Kamus Dewan..



Ni bezanya antara Pisang Nangka & Pisangn Emas..
Apa bezanya...?
Bezanya ialah...

Pisang Emas di bawa berlayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang Emas boleh dibayar,
hutang budi dibawa mati..

Hahaha...
Try la jawab camtu ,kalau nak cikgu BM ketuk kepala..
Kalau x ketuk pun mau cikgu berleter 3hari 2 malam...hihihihi

Pengat ni antara yang mak aku suka juga masak..
Kadang Pengat Pisang  macam...
PENGAT PISANG RAJA KAT SINI...

PENGAT LABU KAT SINI...

PENGAT KELEDEK KAT SINI...

PENGAT NANGKA KAT SINI...

Tapi hari ni nyer Pengat Pisang Nangka..



PENGAT PISANG NANGKA
10 biji pisang nangka
3 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
1 keping gula kelantan/melaka
1/2 cawan gulaputih
1/2 sudu teh garam
2 daun pandan
2 sudu besar sagu- rendam agak-agak 15 minit

 
1. Kupas pisang dan potonng serong..
    Kenapa potong serong?
    Boleh jer potong bulat atau panjang..
    Tapi kalau potong serong nampak besar sikit


2. Dalam periuk, masukkan pisang,santan cair,garam dan masak atas api hingga mendidih.




3. Sagu dibasuh dan direndam terlebih dahulu supaya senang masak..
    JANGAN RISAU untuk rendam sagu semalaman pun tidah akan hancur dengan syarat jangan dikacau.




4. Bila mendidih masukkan sagu dan kacau supaya sagu tidak mendap kebawah

5. Bila sagu sudah jernih,masukkan gula kelantan,gula putih dan santan pekat.




6. Masukkan pula daun pandan dan biar mendidih sekejap sambil dikacau supaya tidak pecah minyak..



Untuk dapat hasil sagu yang jernih tiada bintik putih MESTI rendam sagu agak lama sekurang- kurangnya 15 minit..
Lagi satu..MESTI masukkan sagu SEBELUM masukkan gula .



7. Siap...boleh makan panas-panas kalau nak rasa lidah melecur..
Hihihihi..
Kalau xnak..tunggu la sejuk..

2 comments:

  1. Sedap pengat pisang nangka.arwah abah aunty suka sangat pengat pisang..

    ReplyDelete
  2. hahaha..tu geng mak kiter tu..suka pengat...kiter x suka sangat sebab manis...kalau pisang goreng cheese...yes..i like it..yummy3

    ReplyDelete