Ayam Masak Kicap Berempah...
Kalau dalam citer Masam Manis tu...P.Ramlee minum .."kopi semalammm..."
Haaa...yang ni plak...
Lauk semalammmm...!!!!
Lauk untuk bekal kakak bawa balilk asrama....
Kakak nak lauk Sotong Masak Kicap...
Tapi mak aku kata stok sotong yang ada hanya 5 ekor je..
So..mak aku cadangkan kakak bawa Ayam Masak Kicap..
Nak bawa bekal x cukup sebab sikit jew..
Kakak kata macam hari tu mak aku dah bekalkan kakak masak kicap ayam yang potong besar2..Kakak kata susah nak makan..kena cubit & gigit ayam...
Hmm..kakak kan jenis control ayu...!!!
Hahahaha...
AYAM MASAK KICAP BEREMPAH..
1 ekor ayam-potong kecik
6 biji kentang-potong wedges
2 cili merah=potong
sikit daun sup- potong
1/4 cawan air asam
1 cawan kicap lemak manis
2 cawan air
garam & serbuk kunyit
1/4 cawan minyak
bahan blend:
8 biji cili merah
1 bawang besar
5 bawang putih
sikit halia
1 sudu besar rempah sup
1. Gaul ayam dengan garam & serbuk kunyit.
2. Panaskan minyak & goreng ayam hingga masak(bukan garing) & angkat
3. Goreng pula kentang hingga masak & angkat
4. Tumiskan bahan blend hingga naik minyak & garing.
5 .Masukkan kicap & air asam serta 2 cawan air
6. Masukkan ayam,kentang,cili & daun sup.
Siapppp...
Malam tadi kakak post dalam whatsaap family group gambar tengah makan ngan kawan2 dia kat bilik & kakak kata kawan2 dia cakap sedappp...
Hmmm...mesti kembang hidung mak aku macam kembangnya hidung aku..!!!!
No comments:
Post a Comment