Balik minggu lepas perkara pertama aku buat bila masuk rumah ialah pergi kat pintupintu dapur untuk lihat view sawah padi..
Tapi balik kali ni view dah berubah...
Hahaha...dah macam masuk kebun..
Ni view Dicember 2017
Dalam entri KEBUN KECIL BELAKANG RUMAH.....
Setahun yang lalu hanya ada tompok2 hijau nenek tanam pokok belakang dapur
Banyak nampak tanah la
Ni view sekarang December 2018
Penuh kehijauan..
Dah x nampak tanah dah...
Berkebun betul.nenek..!
Paling ketara pokok ni
Tahun lepas nenek tanak.kat sini juga pokok Kacang Botor ni
Ada yang panggil Kacang Kelisa
Nenek panggil.Kacang Sirih
Tahunnlepas nenek tanam pokok ni xnak berbuah..
Hanya penuh bunga sahaja..
Nenek kata pokok tu nenek dah musnahkan ia dan tanam pokok Kacang Sirih ninyang baru..
Haaa....hambik kau...
Merimba di belakang dapur
Penuh bunga dan buah sampai x termakan oleh nenek...
Banyak buah yang sedang berputik
Buah..bunga..memang banyak
Kalau daun2 yang rimbun tu diselak memang banyak buah2nya bersembunyi disebalik daun tu...
Elehhh...Kacang tu mwstiningat dorang dah pandai sangat la tew bersembunyi balik daun..
Sekali nenek lagi pandai daaaa....!!!
Hahaha...
Pokok Terung Hijau
Nenek kata Terung Siam..
Nenek kata nenek masa nak beli terung ni kat pasar nenek pilih sebiji yang dah nak masak
Nenek ambil bijinya dan jemur dan jadikan benih
Haaaa....bijak x nenek aku...?
Takyah nak beli biji benih
Ada beberapa pokok terung ni
Ada yang swdang berbuah
Ada yang nenek baru tanam
Nanti bila pokok yang baruntanam.tu dah mengeluarkan buah..
Nenek akan cabut pokok tua dan ganti plak dengan pokok baru..
Hmmmm..macam Aku Sebatang Pokok Terung Plak...
Ni Terung Hijau tunyang nenek dah petikYang nak masak KARI IKAN MASIN TUMIS DARAT...
Ada buahnya yang nenek kata nenek.sengaja biarkan masak
Sebab nenek ambil bijinya untuk dijadikan biji benij
Kangkung ni banyak sebenarnya
Tapi tumbuh merebak merata2
Asalnya nenek kata hanya ada sepokok jer nenek tanam dari sisa kangkung yang nenek beli
Ni buah Kangkung
Buah ni la nanti bila sudah masak akan mengeluarkan bijjnya dan tumbuh membiak lagi sehingga pokok kangkung ni jadi banyak
Maknaku cakap dolu2 arwah atuk korek kolam.kecil tepi telaga..
Air mandian dan air basuhan kain akan mengalir ke kolam kecil tersebut.
Dalam kolam.kecil tu atuk tanam.kangkung,ulam selom dan pokok kesum.
Mak aku cakap kangkung2 dan ulam tu memang selalu dipetik oleh jiran jauh dan dekat
Mak aku paling sedap kangkung dimasukkan ke dalam maggie
Sebab mak akj kata masa tu nak dapat makan maggie.sebungkus pun bukan senang.
Selalunya kalau beli ssbungkus maggei nenek.akan masak.letak.banyam sayur kakangkung atau sayur manis dan dimakan dengan nasi menggantikan sup sayur..
Mmm..Achik pun ada pernah cerita sama macam mak aki citer..
Mak aku cakap masa tu hanya ada maggie Vit's sahaja yang dijual.dikedai kampung nenek..
Pokok cili ni nenek.kata dah tua
Hanya tinggal.buah cilinyang masak sahaja..
Tiada lagi buah baru
Pokok Ulam Raja
Tidak pernah putus
Nenek.kata swbab bijinya yang masak.sentiasa gugur dan tumbuh sendiri
Eh...ni pokok apa..
Pokok kacang kelisa tu juga atau pokok lain..?
Mmm..aku x cam
Pokok Bawang
Nenek kata walaupun tanah ni x dibaja tapinpokok bawang ni subur jer
Nenek ada tanam beberapa rumpun
Nenek kata pokok bawang ni benih dari pokok bawang yang tumbuh tahun lepas..
Kalau masak sup nenek kata nenek akan petik beberapa helai daun bawang ni untuk.hiris dan tabur dalam sul..
Fresh from Edible Garden
Pokok Terung yang baru ditanam
Pokok Ubi Kayu
Pokok Ubi Kayu yang besar dan tinggu duluntu nenek kata nenek dah tebang swbab daunnya habis keriting kesan racun darinjiran sebelah tu
Nenek.kata racunnya memang power sampaikan batang pokok ubi tu yang bertunas semula pun daunnya tetap keriting
Nenek kata nanti kena amik benih baru kat kampung
Pokok Cekur Manis
Nenek panggil Pokok Sayur Samseng..!!
Hahaha....ganasnya nama dia
Actually mak aku kata sayur Asi- Asin
Tapi nenek dah biasa panggil Sayur Samseng
Hahaha
Pokok Serai dah jadi hutan serai
Nenek kata dari 3 rumpun serai tunhanya 1 rumpun sahaja seraimkampung dan nenek selalu guna untuk masak
Lagi 2 rumpun tu nenek kata dari spesis Serai Peha Ayam..
Batangnya besar2 tetapi keras dan nenek kata x berapa sedap..
Pandanus
Malaysia Vanilla
Hahaha
Pokok pandan ni hari tu kontot jer
Sekarang dah segar
My Grandma Edible Garden
Seronok tau jalan2 celah pokok2 ni
Kalau pagiw banyak rama2 dan kumbang berterbangan
Belakang tembok pagar tu riuh rendah dengan Burung Bangau dan Burung Tiruk sedàng berebut anak2 ikan dalam sawah
Pokok Pegaga baru nak membesar
Pokok.Kaduk ni nenek.cakap.macam x.mesra alam.jer..
Ada pokok baru la....
Nenekkkk....ni.pokok apa ni..?
Ooo...nenek cakap.tu Pokok Inai..!
Eh...inai yang pakai.kat jari tu ker..?
Ye...nenek kata inai tu la...
Nenek kata hari tu ada lori sampah lalu amik.sampah depan rumah
Ada ranting2 pokok inai ni jatuh depan pagar
Nenek amik.dan cucukkan tepi pokok pandan tu
Elok pula hidup pokok inai tu
Kata nenek...Raya Nanti dah boleh petik daunnya..
Nenek kata kena tumbuk sampai lumat dan malam raya boleh pakai pada jari..
Nanti pagi raya akan merah la jari..
Waaa.....x sabarnya aku nak original inai..!
Selama ni pakai inai tube jer..
Aku tringin sangat nak pakai inai ori
Mak aku selalu citer dolu2 tumbuk sendiri daun inai dan pakai malam raya..
Ok...jom sambung Edible Garden
Aqil...
Buat apa tew...?
Haaa...mak aku la soh Aqil.gi amik kacang kelisa tu..
Aqil tengah pilih la tu...
Comel jer Aqil..!
Kadang2 aku selalu ingat Aqil ni kecik lagi..
Aku selalu peluk2 Aqil..cium2 dia
Tapi Aqil selalu lari & dia cakap malu la...
Baru aku sedar Aqil dah besar
Dah nak masuk darjah dua dah tahun depan..
Sowi la Aqil...
Hella selalu lupa Aqil dah besar dah...
Lagipun Aqil sorang jer yang kanak2 pun..
Yang lain semua dah dewasa...Suruh la ibu Aqil dapat baby lagi...!
Hahahaha
Nenek tengah petik Sayur Kacang Kelisa...
Cantik x topi nenek kiter...?
Hahaha...
Ok..bye
Topi class macam queen
ReplyDeleteHahaha...Queen in my heart..
DeleteJangan queen qontrol sudaaaaa...
Pokok subur sebab akar dapat banyak oxygen. Begus on top diletak tanah bakar.. jadi lagi subur...sebab akar tidak terendam sbb banyak batu.
ReplyDeleteYer..hari tu mak kiter belikan tanah hitam untuk nenek..Tapi nenek letak pada pokok cili jer..hahaha
DeleteTanah keliling rumah Baru Tu elok diletak tanah bakar..top soil. Lagi suburban.. sebab bawah tanah Liat... Then tanah laterite etc..campur Batu batuan on top..... So atas sekali tanah bakar...
DeleteBestnya, petik2 fresh terus masuk dapur ni
ReplyDeleteHeee... kan.. Tapi sayur & ulam tu bertukar2lah.. Macam raya haji balik.. Pokok kacang kelisa dh xde. Tapi pokok ulm raja jer banyak
Delete