Gulai Kicap Ayam
Ayam Masak Gulai Kicap
Jangan tanya aku naper namanya macam tu
Sebab mak aku yang cakap namanya gulai kicap ayam...
Mak aku cakap sebab kuahnya banyak dan cair macam sup..
Bukan macam Ayam Masak Kicap yang selalu mak aku masak
Mak aku cakap sepatutnya Gulai Kicap ni lagi sesuai masak guna daging..
Kata mak aku Gulai Kicap Daging tu lauk nostalgia kat asrama masa sekolah..
Mmm....aku tak tahu
Yang aku tahu memang Gulai Kicap Ayam ni kuahnya banyak macam.kuah sup
Tapi ada rasa rempah dan rasa sup berkicap
Kuah dia manis2 skit
Sedap ...
Hirup macam sup pun sedap..
Mak aku kata kuah dia memang manis ori dari ayam dan kicap...
Takde guna perisa makanan atau kiub perisa
Kata mak aku kalau nak.kuah sedap pilih bahagian ayam yang bertulang sebab bila masak perisa dari tulang akan buat kuah sedap
Sebab tu kalau sup tulang kuah dia lagi sedap
Mmmm...kata mak aku la...
Aku belasah makan jer..
Tapi memang aku suka bahagaian ayam yang ada tulang...macam drum stick & wing
Baru feel nak makan..
Kalau breast ayam goreng ngan tepung pedas sedap la..
Kalau buat sup aku x minat bahagian isi
Kecuali kalau mak aku modify jadikan Chicken ball...
Aummmm....
GULAI KICAP AYAM...
1 mangkuk ayam bahagian tulang
1 bawang holland
2 biji kentang
1 asam keping
1 sudu teh garam
1/2 cawan kicap lemak manis
3 cawan air
2 sudu minyak
1 paket rempah tumis sup tulang
1 sudu rempah masak kicap
2 bawang putih
3 hiris halia
cili padi dan daun sup
1. Goreng kentang yang telah dikupas dan potong
2. Panaskan 2 sudu minyak dan tumis rempah tumis sup tulang
3. Masukkan ayam dan biarkan ayam kecut
4. Tambah bawang putih cincang,halia dan rempah masak kicap
5. Masukkan air dan masak hingga mendidih dan ayam empuk.Masukkan kentang goreng
6.Tambah asam,garam,kicap,cili padi dan masak hingga mendidih sekali lagi.
7. Sesuaikan rasa dan tabur daun sup
Bezanya Gulai Kicap ni mak aku kata ayamnya x digoreng ..terus masak dengan kuah..
Lagi satu kata mak aku sebab yang tinggal memang stok àyam bertulang sahaja dalam.peti ais...
Kalau digoreng dahulu nanti isinya akan kecut melekat pada tulang sebab bahagian bertulang
Isinya mak aku cakap dah dihiris untuk masak Me Maggi Goreng semalam..
Hanya tinggal tulang
Tapi siyes cakap.memang feel...
Sebab advanture nak cari isinya..
Hahahaha.....
Kuah dia pun sedap giler..
ok..bye
salam masak kicap...sedap....
ReplyDeletekannnn....kawan2 kiter pun semua suker masak kicap....
DeleteAda ker orang x suker masak kicao..?
hmmmm rugi2...